Curahan Hati Aku

Nama aku Norya (bukan nama sebenar) umur ku 17 tahun dan aku masih belajar. Aku berasal dari keluarga yang senang.

Kisahnya bermula apabila adik dilahirkan di dunia. Beza aku dan adik adalah 7 tahun. Aku ada seorang abang juga.

Setelah lahirnya adik di dunia ini kasih sayang ibu bapaku terhadap aku juga berubah. Sering aku makan hati. Tetapi aku terap sahaja bersabar.

Semakin menginjak usiaku, aku makin kuat hadapi cabaran di dunia ini.

Aku sebenarnya banyak terasa hati dengan keluarga aku tetapi siapakah aku untuk bangkang. Semua yang baik dan keturunan baik adalah abang dan adikku.

Mereka membuat seolah aku adalah insan yang paling buruk di dunia ini walhal aku keluar dari rahimmu juga ibu tetapi mengapa kau sanggup banding bandingkan aku dengan mereka?

Adakah kerana aku tidak sepandai abangku? Atau secantik adikku?

Aku teringat tentang kisah semasa aku darjah 4. Aku disuruh oleh ibuku untuk menolongnya tetapi asyik leka menolongnya, Aku tergelincir dan jatuh.

Lalu pinggan ‘kesayangan’ ibu aku terlepas dari tangan aku dan terhempas di lantai. Ibu menjerit, memaki malah Mengugut untuk membunuh aku dengan membawa pisau di dapur.

Aku segera bangun dan berlari menuju ke bilk dan mengunci kan diri. Masa itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa takutnya aku.

Menginjak dewasa ku fikir aku akan hidup aman malah sangkaan ku meleset sekali. Ibu dan ayah makin galak memperlekehkan aku.

Ada satu hari aku mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh setelah habis pt3 lalu ibu mengatakan bahawa ‘Anak perempuan tidak perlu belajar tinggi’

Seterusnya abang pula menyampuk ‘kau ni bodoh je, bazir duit ibu ayah je nanti’. Seolah kaca hatiku pecah. Hati aku sakit sesakitnya.

Di sekolah pula, Aku dibuli. Dari sekolah rendah hingga menengah segala cacian, makian, sumpahan sudah aku dengari. Pembuli pembuli aku juga sering membuang bekal makanan ku di dalam tong sampah. Alamatnya aku berlaparan sahaja sepanjang sesi persekolahan.

Di rumah juga aku selalu dibuli oleh abang dan adik ku. Pelbagai makian jugak sudah ku dengar. Aku teringat lagi satu peristiwa yang aku takkan lupa sampai akhir nafas aku.

Ketika itu Ibu, aku, adik dan abang sedang berkumpul di meja makan. Niatku hanya untuk nasihat abang sahaja . Lalu korang tau dia balas apa?

Dia balas ni. ‘kau tak payahlah nasihatkan aku, aku lagi bijak dari kau’ dan sambungnya ‘Aku harap kau mati digilis lori satu hari nanti’.

Sekali lagi hatiku sungguh mati. Salahkah aku ingin menegurnya sahaja tetapi dibalas dengan sumpahan itu. Ibu masih diam membatu.

Seketika itu, Ayah aku pun sertai kami. Dia melihat mata aku bertakung bagaikan empangan yang mahu pecah.

Aku menjerit bagai dirasuk apabila aku cakap yang abang aku kata begitu terhadap aku. Aku minta ibu aku pertahankan aku namun ibu membalas abang hanya bergurau.

Bergurau? Ibu tidak sesekali mempertahankan aku sebaliknya mempertahankan abang aku. Orang yang bersalah disanjungnya.

Ayah hanya dengan dunia dia dan tidak masuk campur. Mereka hanya gelar aku manja oleh kerana aku tidak boleh bergurau macam tu.

Sungguh pedih sekali jadi aku kerana tiada tempat yang nyaman untukku. Rumah sekolah semuanya tiada. Aku cuba untuk berdamai dengan sekeliling tetapi tidak semua boleh menerima kehadiran ku di sini.

Aku ingin akhiri kisah ini tetapi satu sahaja pintaku iaitu jika ibu atau ayah atau sesiapa sahaja yang membaca cerita ku ini,

Diharapkan ibu dan ayah tolong layan saya seperti anak kandung sendiri dan bukan sebagai anak angkat kerana saya juga keluar dari rahim yang sama seperti adik beradik saya.

Sekian dari saya anak yang tidak berguna,

– Norya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *