Curang 2 Minggu

Untuk permulaan, Mak kenalkan diri Mak sebagai Mak dan suami Mak yang sempat curang 2 minggu tu sebagai Mok.

Makcik yang merupakan bekas kekasih lama Mok, Mak gelarkan sebagai Ron. Usia pun dah tak muda kami ni. Semuanya hampir kelubang kubur. 

Ceritanya agak kelakar bagi Mak tapi mungkin agak biasa bagi pembaca. Mak bagi sikit gambaran awal ya. 

Kekasih lama Mok ni Mak pernah tahu ceritanya dari kawan sekerjanya dan suami Mak juga. 

Mak tak selidik pun hal Ron ni sebab bagi Mak tak da kena mengena dengan Mak pun.. tapi sorang kawan sekilang dia ni beria-beria bagi tahu bahawasanya Ron sedih dan kecewa Mak kahwin dengan kekasihnya (suami maklah).

Bila dengar lagu jamal abdillah menangis jer katanya kat kilang tu. Mak layankan jer cerita nya dan rasa kasihan juga. Tapi minta maaflah.. Mak tak tahu menahu pun kisah cinta suami Mak sebelum kahwin. Lepas kahwin baru dia cerita dia pernah bercinta dengan Ron.

Selepas beberapa bulan Mak dan suami kahwin si Ron tu pun kahwin juga. Dalam sedih-sedih tu kahwin juga dia. Cepat juga dapat pengganti.

Selang beberapa bulan kami kahwin dia pun kahwin. Dalam gambar kahwin dia tu siap pakai baju pengantin pink duduk selimpuh atas katil kahwinnya. Kawan dia tu lah yang bagi gambar pada Mak.

Nampak beria sungguh kawannya tu nak Mak tahu. Apa motifnya pun Mak tak tahu. Mungkin dia nak Mak sampaikan pada suami Mak. Tapi Mak diam-diam je.. sebab Mak pun sibuk hal Mak.

Tapi apa pun Mak tetap faham perasaan Ron. Mak minta maaflah sebab Mak tak tahu pun Ron sayang sangat pada Mok.

Kisah cinta mereka pun tragis.. dihalang keluarga Mok sebenarnya. Sebab apa keluarga Mok tak suka Mak ada dengar juga dari suami Mak.. tapi malas nak cerita sini.. panjang sangat. 

Al-kisah pun terjadi.. walaupun dah setahun yang lalu kisah ni.. Mak ada free sikit ni boleh lah Mak kongsikan kat sini sebagai pengajaran dan teladan.. bukan jadi ikutan pulak ya!.. 

Satu hari Mak nampak perbezaan suami Mak ni.. Mak ada nampak sekeping gambar perempuan dalam hp suami Mak.. irasnya seperti Ron. Macam mana Mak tahu?… eh.. eh.. kan Mak dah pernah tengok gambar kahwin Ron.

Mak tanya suami Mak kenapa simpan gambar Ron lagi. Tapi seperti biasalah kaum mereka ni susahkan nak mengaku.

Jadi dalam diam Mak mulalah download wassap web. Memang tak sangka ia seperti yang di rasakan.. paling Mak terkejut adalah suami Mak si Mok tu bercinta semula dengan Ron yang terpisah selama berpuluh tahun tu..

Gambar tu bukan tersimpan lama oleh suami Mak.. tapi sebenarnya baru di send semula oleh Ron kepada Mok semenjak mereka berwassap tu. Mungkin bertujuan nak mengimbauu kenangan mereka. 

Selepas kantoi pasal gambar tu.. suami Mak wassap pada si Ron minta jangan wassap dia kerana keadaan tengah panas katanya. Sebenarnya tak da panas pun.. helok je.. Mak releks jer.. dia yang menggelupur.

Selepas kejadian gambar tu, masa terluang Mak di isi dengan menjadi spy.. buka wassap web sentiasa.

Maka ayat-ayat cinta mereka amatlah menggelikan dan loya dibaca. Masing-masing dah gendut pun masih bersayang-sayang. Masa Mak busy membaca wassap web diorang suami Mak seolah tahu dan dia terus datang kearah Mak.. 

Mak tak cerita panjang.. Mak bagilah penumbuk dulu sebelum dia menggelupur.. tujuan Mak nak bagi dia tenang. Paling loya Mak baca si Ron dengan tulus menasihati suami Mak agar memadam semua wassap setelah mereka bersembang supaya tidak kantoi seperti gambar tu..

Nasihat yang padu tu tak sempat suami Mak follow sebab Mak dah Screen shot semua perbualan mereka dan janji-janji mereka untuk bersatu semula.

Mak bacakan semua wassap tu depan suami Mak.. seperti yang dijangka dia menggelupur seolah-olah Mak membaca ayat ruqiah. Mak terus dail nombor fone Ron depan suami Mak. Ron tak angkat. Seolah tahu itu nombor fone Mak. 

Mak minta hp suami Mak.. dan hulurkan pada suami Mak. ”sila dail nombor ni”.. Suami Mak turutkan dalam keadaan terpaksa.. kalau tak dail mungkin akan kena sedas lagi tumbukan.

Dengan laju Ron angkat panggilan tersebut. Tapi apabila mendengar suara Mak yang bercakap dia terus putuskan talian. Keadaan masa tu Mak biarkan berlalu.. 

Esoknya Mak pulak terpaksa pujuk Ron dengan wassap.. Mak kata jagan risau Mak restu korang berdua. 

Si Ron nampak makin berani bercakap dengan Mak.. Mak tenang dan mungkin dia rasa Mak senang dibawa berbincang. Dari serendah suara sampailah setinggi-tinggi suara pada Mak dilontarkan seolah Mak yang curan dengan suami dia.

Paling Mak rasa nak muntah apabila Ron meminta Mak faham akan perasaan mereka berdua yang setelah sekian lama tak berjumpa. Ron kata lagi dia dan suami Mak kenal dulu dari Mak kenal suami Mak.

Makin Mak layan luahannya makin berani dia meminta-minta Mak faham keadaan mereka. Dia cuba nak psiko Mak. Tapi dia lupa Mak ni ada ijazah.. di tu spm pun tak da. 

Akhirnya Mak minta dia berikn nombor fone suaminya pada Mak. Ron tiba-tiba menggelupur dan menangis merayu macam filem kasim selamat .. merayu supaya kes ni tidak dipanjangkan kepada suaminya.

Si Ron punya menggelupur dia mengadu dan meminta suami Mak nasihatkan Mak agar Mak tidak beritahu kes kecurangan di kepada suaminya. Dia putuskan talian. 

Setelah itu Mak cuba dapatkan nombor telefon suami ros dari beberapa risikan. Dapat!.. tapi Mak terharu.. punyalah si Ron ni takut pada suaminya.. dia dah berterus terang dulu kes ni tapi tak tahu lah versi yang macam mana.

Apabila Mak wassap je semua bukti screen shot kepada suami Ron.. suami Ron menasihati Mak supaya jangan ganggu isterinya. Dan menyatakan suami Mak lah punca segalanya mencari isterinya semula.

Mak ok jer ayat tu.. Mak harap suaminya tak menyesal dengan kata-katanya tu.. kalau tak bertepuk sebelah tangan tak kan menjadi cinta 2 minggu tu.

Tak pa lah Mak nak gelak lagi.. tapi Mak tahan. Mak faham perasaan suaminya tu. Apapun Mak happy sebab suaminya dah tahu.. apa pun suaminya respon Mak tetap yakin hatinya juga hancur. 

Apapun Mak nasihatkan agar semua diluar sana teruskan kehidupan susah senang dengan pasangan yang kita ada. Jangan sesekali bula kisah lama. Tak da gunanya.. yang berlalu biar jadikan kenangan.. yang didepan mata jaga lah sebaiknya. Sekian cinta 2 minggu. 

– MAK (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Sempoi baq ang! Ambek, dapat kat orang yang pintar, haha..terciduk jua. Nasihat berguna. Usahlah mengikut telunjuk nafsu semata-mata dalam kehidupan ini kerana Allah tidak pernah tidur. Tabik puan Mak!

  2. Alhamdulillah Mak bijak handle dugaan. Dan terima kasih mak atas perkongsian yang banyak pengajaran. Tapi mak memang The Real Kelakar.

  3. Beza org yg dah berumur dgn org yg darah muda handle crisis rumahtangga. Kalau muda maunya dia serang laki dia kot haha. smoga puan mak terus bahagia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *