Nama aku Bunga. Aku seorang suri rumah tangga sekarang. Telah berkahwin dan usia perkahwinan telah jejak lebih dari 10 tahun. Punyai cahayamata seramai 4 orang dan bakal hadir lagi seorang hujung tahun ni InsyaAllah.

Dugaan aku mungkin tak sehebat orang lain tapi bagi aku ini sangat berat untuk aku laluinya.

Aku punyai suami yang sangat penyayang, bertanggungjawab, soft-spoken, lembut hati, tak pernah angkat tangan dekat aku dan anak2. Tak merokok, sangat penyabar melayan aku yang kadang2 hot temper. Tidak dinafikan dia seorang suami yang sangat aku idamkan.

Cuma aku tak tahu salah aku kat mana sehingga dia sanggup berlaku curang dengan aku. Dari sebelum kahwin aku memang bekerja. Pada tahun 2017 aku mula PJJ dengan suami aku. Segala urusan anak2 dan rumah aku yang handle.

Pada tahun 2019 kami tidak PJJ lagi. Mungkin rezeki anak no 4 sebelum bersalin dia dapat kerja baru di sini. Semuanya begitu indah bagi aku. Family yang sempurna. Dengan kehadiran anak yang baru dan dia pun sentiasa berada disisi.

Namun semua tu ada yang disembunyikan. Tahun itu juga kantoi chat telegram dengan seorang perempuan. Hati isterikan. Kuat rasa ada sesuatu. Kantoi dalam web telegram sewaktu aku pinjam laptop dia. Naik noti chat telegram tu.

Bila balik kerja aku cuba cek hp untuk kepastian. Namun chat2 tu semua tak ada. Aku mula berdebar. Dan aku mula persoalkan. Dan dia mengaku staff dia sendiri. Cuma chat2 tu semua chat2 biasa. Tidak lebih. Dia mintak maaf dan tak akan ulangi lagi. Dan dia akan jaga batas2.

Aku cuba lupakan sebab kenangkan kebaikan yang dia dah buat untuk aku. Lama kelamaan aku lupakan kejadian itu. Adakah aku bodoh sebab membiarkan?

Namun tahun 2021, tahun aku berhenti kerja demi anak2. Aku tekad walau aku sayangkan kerja aku sangat. Aku ikut cakap suami untuk berhenti kerja. Dugaan mula datang bila suami jugak berhenti kerja kerana tekanan dari majikan.

Aku mula buat kerja lain untuk tolong suami aku. Aku positifkan diri walau keadaan masa tu cukup2 makan untuk kami sekeluarga. Dia keluar kerja cari customer. Dia buat freelance jual telco.. waktu tu aku tak pernah rasa was2 dengan dia. Sebab percaya.

Tahun 2022 kami PJJ kembali kerana dia dapat job dekat KL. Aku mula rasa takut. KL kan, aku tak tahu kenapa terasa macam risau tu kuat sangat.

Bila dia dekat sana aku kerap mimpi dia curang. Hampir setiap hari. Aku mimpi dia berpegangan tangan dengan seorang perempuan bertudung. Aku cerita kat dia, tapi dia kata mainan tidur.

Setiap minggu dia balik sini kami akan jalan2 bawa anak2. Namun mood dia sering berubah. Kejap Okey kejap tak.. kadang tiba2 moody.

Pernah cakap dengan dia, awak macam tengah bergaduh dengan makwe je. Hp kat tangan tak pernah lekang. Hati aku mula was2. Tapi aku tak endahkan.

Hujung tahun tu, nyawa aku bagai dicabut. Bila kawan aku bagi tahu dia nampak suami aku dengan seseorang berpegangan tangan. Dan perempuan tu peluk suami aku.

Aku tak percaya. Tapi aku terduduk. Aku nak kan kepastian. Aku tekad cari cctv mall tu. Ya Allah sungguh aku tak percaya Allah bantu aku. Aku dapat cctv tu dan bermula lah detik hitam dalam hidup aku.

Aku tanya dia siapa perempuan tu. Pada awalnya dia bagi nama pendek saja. Dan kata tak tahu nama penuh. Entah kenapa mulut aku terus sebut nama penuh perempuan tu. Tapi suami aku nafi senafi2nya..

Aku siasat semua benda pasal perempuan tu dan ya betul sangkaan aku. perempuan yang pernah kantoi chat2 dulu. Allah. Lama betul suami aku simpan dia. Aku tak duduk diam. Lagi sakit perempuan tu kerja KL jugak.

Boleh dikatakan hari2 diorang dating. Rupanya dari dekat sini lagi diorang dah berasmara dana sehingga staff2 lain perasan. Ketika suamiku tak kerja, dan buat freelance tu rupanya dia cari perempuan tu.

Ada staff nampak mereka sering berdua. Dan ada juga sekali waktu malam suami aku datang jumpa perempuan tu dekat tempat kerja perempuan tu. Aku isteri selalu fikir positif je rupanya…

Kantoi macam2 dengan aku. Gambar, chat, cctv. Banyak benda yang main dalam kepala aku. Sampai kan aku boleh terfikir diorang mungkin pernah bersama.

Mulanya aku fikir diorang biase2 saje tapi bila aku nampak suami aku bergambar dengan dia pegang tangan dia. Hati aku hancur sangat. Banyak benda suami aku share dengan dia. Dari hari pertama dia kerja dekat KL lagi. Aku ditipu oleh kedua2 bila aku mintak penjelasan.

Perempuan tu kata baru berjumpa n jarang jumpa. Suami aku tipu dekat mall tu first time pegang tangan. Tapi Allah nak tunjukkan. Kantoi gambar2 dan date gambar tu. Berkecai wey aku.

January suami aku pergi KL. Dan dalam bulan tu jugak dia start jumpa n berpegangan. Sumpah aku sedih. Mental aku rosak. Kepercayaan aku musnah. Namun aku tak boleh mengalah dengan perempuan tu. Aku kena amek balik suami aku. Macam2 cara.

Alhamdulillah suami sedar khilaf dia. Namun sejauh mana aku boleh percaya? Aku masih lagi buat semua tugas aku sebagai isteri. Layan dia sehabis baik. Jaga makan pakai dia. Dan akhirnya dikurniakan zuriat kelima.

Namun sehingga hari ni mental aku terlalu rosak. Aku depressed aku anxiety. Aku risau. Aku overthink.. aku tak boleh move on. Aku masih salahkan diri sendiri. Kenapa benda ni jadi.

Aku hampir bunuh diri kerana terlalu sedih. Aku hampir pengsan kerana terlalu sedih dan marah dengan diri aku. Kalau nak cerita kan detail. Panjang sangat. Tapi percaya lah kehancuran seorang isteri datang apabila suami curang. Sakit tu Allah yang tahu.

Kepada penyondol tu. Kenapa kau berharap dengan suami aku. Kenapa kau pikat suami aku. Ramai lagi lelaki diluar sana. Seorang Introvert tapi pikat suami orang. Terlalu sakit untuk hadapi.

Benda tu akan jadi titik hitam dalam hidup aku. Sampai bila2 pun aku tak boleh lupakan betapa lamanya dia simpan kau.

Jika suami aku yang gatal tapi tolong lah jadi seorang perempuan bermaruah dan jadi lah perempuan yang tak musnahkan kebahagiaan perempuan lain. Ya suami aku salah sebab bagi ruang. Ruang tu tercipta bila ada perasaan simpati dengan hidup kau.

Sehingga hari ni air mata aku tak pernah kering. Aku perlu tanggung sampai bila. Aku tak kuat. Aku tak tahu suami aku akan berubah atau tak. Tolong doakan aku. Tolong doakan kandungan aku sihat. Aku patah seorang diri. Tanpa ada sape2 sebelah aku. Tolong aku ya.

Nak cerita lagi terlalu panjang. Terlalu banyak yang Allah perlihatkan. Cuma aku doa dapatlah aku untuk kekal kan perkahwinan ni dan keluarga kecil ku ni sebab ini je harta aku dunia dan akhirat.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

10 Comments

  1. moga bunga terus kuat yea..sy yg bc pn sedih,fhm sgt perasaan bila d khianati oleh org yg kita sygg…jaga kandungan baik2..

  2. Assalamualaikum puan,

    Puan tak kerja kan? Usahakan la untuk ikut suami. Suami tu bnyk masa terluang tu, sbb tu dia boleh pasang yg lain.. stay sekali, biar dia sibuk juga dgn anak2, dgn kerja rumah.. dekat KL nanti, mesti bnyk kerja dekat2 area rumah.. anak2 puan boleh antr ke pengasuh., puan kerja, bahagiakan diri puan semula.. sy faham burn out tu macam mana kalau kita asyik hadap rutin yang sama.. cari masa untuk me time, makan makanan yg puan suka. Buat aktiviti yang puan teringin cuba.. bahagiakan diri.. in shaa Allah.. anak2 pun akan seronok nanti..keluarga bahagia tu bermula dari ibu yang bahagia.. hugs dari saya..

  3. 1st time accident
    2nd 3rd time are habit.
    plus, SUAMI PUAN PENIPU , PENGKHIANAT. DIA TIKAM PUAN DARI BELAKANG. INI KERJA ORANG MUNAFIQ. HYPOKRIT.

    minta laki kawen dengan penyondol – dah asyik bersama, depa jd addicted. lama x berhubung , akan berhubung kembali. benda sedap tak nak depa lepaskan. sampai depa jumpa barang baru, baru depa x sama2 berhubung lagi.
    minta fasakh
    minta nafkah anak
    untuk TT, bina hidup baru.

    your depression, your anxiety, even puan boleh jd chronic mental illness.
    stop living in toxic.
    PENYONDOL TAKKAN SEDAR WALAUPUN KITA MERAYU MCM GILA.
    DIA SELFISH SPT SUAMI PUAN JUGA.

    JANGAN BUNUH DIRI. X MASUK SYURGA.
    even terfikir nak bunuh diri pun dah dosa besar.

    Puan, puan banyak sgt pahala kesabaran melayan suami, membesarkan anak. JANGAN SIA2KAN PAHALA TU DENGAN BUNUH DIRI. JAWAPAN ORG BUNUH DIRI ADALAH NERAKA.

    jangan bg anak hilang ibu. biar mereka hilang ayah. TAPI JANGAN HILANG IBU. IBU IS EVERYTHING
    IBU DEPRESSION ,
    ANAK DEPRESSION, ANAK STRESS.
    Ibu happy , ibu tenang, anak happy , anak tenang.

    YA ALLAH MUDAHKANLAH IBU INI. BERILAH DIA KEKUATAN MENTAL DAN FIZIKAL

  4. Salam,

    Nak cerita ke tak nak, cerita jela, kes suami dengan orang luar nih, 100% ajakan dari seorang suami, usaha gigih, tawaran wang ringgit, makan free, bayar sewa rumah, hadiah mahal mahal, perhatian penuh dari seorang suami kepada perempuan yang dia suka. Perempuan bujang Gen Z, Millenial tak akan pikat suami orang, jadi no 2 nih hina yer di mata mereka, lebih lagi mereka faham, suami orang banyak kekurangan, duit gaji mereka dah habis ke anak bini, masa mereka dah habis dengan anak bini, perhatian mereka habis pada anak bini. Ada juga yang empati tinggi, tak nak ganggu rumahtangga orang.

    Gadis Gen Z dan Wanita Millenial nih memang elak jadi no 2, 100% elak suami orang, sebab tuh statistik menunjukkan Gen Z dan Wanita Millenial nih hampir tak tunjukkan minat untuk berkahwin, semua fokus dengan kerjaya, sampai Malaysia dapat top 3 negara paling ramai single lol. Banyak kajian yang boleh dilihat, semua sahih, Gen Z dan Wanita Millenial memang berduit, takat nak pergi Kazakhstan, kenyit lelaki sana ajak kahwin pun tak ada hal. They have money, they can choose which man for them, which father for their kid. They love freedom.

    Berbalik cerita suami curang, bila si suami orang nih dah aim target mereka, dengan usaha yang suami orang tuh tunjukkan, begitu konsisten umpama orang bujang yang tak ada anak bini. Call jer sampai, call jer ada, call jer depan mata, dengan jumlah wang yang di laburkan, masa, tenaga yang dia invest pada perempuan tuh, perempuan auto jadi seronok.

    Mostly mereka kapel berbulan, kalau tak kantoi, baru lelaki mengaku dia suami orang, mula lah buka cerita dia tak bahagia, hanya perempuan tuh boleh buat dia tenang, bini beranak serupa kucing, anak ramai, balik rumah bingit. Banyak bil nak kena bayar dia stress, buka pula cerita bini tak pandai layan diranjang bini dress up kuno, tak pandai bergaya. Kalau perempuan tuh tak percaya, lelaki akan bagi sosial media isteri. Nih benda biasa, semua perempuan kenal luar dan dalam isteri lelaki yang pikat mereka. Isteri jer tak kenal perempuan tuh, kecuali kantoi.

    Lelaki curang memang tak ada rasa hormat atau takut kehilangan anak isteri, sebab si suami dah boleh baca fikiran isteri dia, isteri fikir nak kerja apa kalau pilih berpisah, anak dah lah ramai nak kena tanggung, isteri fikir lagi kalau pisah, lelaki mana nak janda anak 4,5,6,7, macam dia, lelaki mana sanggup nak tanggung anak lelaki lain yang ramai ramai tuh, itu yang selalu isteri fikir, itu yang suami dah tahu lama, dekat situ suami dah menang besar. Wujud yer suami bagi isteri anak ramai untuk kontrol hidup isteri. Nih ayat datang dari mulut seorang suami yer, terus semua bersurai, bergerak tempat lain. Serius keji lelaki macam tuh.

    Lelaki curang akan balik ke isteri, atas TIGA sebab,

    1) BILA LELAKI KALAH DENGAN LELAKI LAIN. Let say perempuan yang dia invest masa, tenaga, dan wang dah tak nak ke dia lagi, dah total reject dia, dah discard dia, perempuan tuh dah ada lelaki lain, mostly perempuan pilih lelaki bujang yang lebih hensem, lebih kaya. Suami orang tuh dah kalah, tak tahu nak letak muka kat mana, tak boleh fight, dia akan auto u turn ke isteri dia. Bila dia dengan isteri, dia rasa menang sentiasa, selalu jadi pilihan utama, jadi konfiden dia naik balik. Sedih sebab kalah akan hilang serta merta.

    2) PEREMPUAN YANG DIA BERSAMA ADA SAKIT BERJANGKIT. Mostly suami orang yang jenis naik katil nih tahu, kalau perempuan yang bersama dia tuh ada bersama orang lain juga, yela dia perangai syaitan, tentu perempuan yang dia pilih pun setan tarbus jugak, bila si perempuan ada tanda tanda sesuatu penyakit, si lelaki dapat tahu dari sumber sahih, suami orang akan dengan pantas nya u turn ke isteri. Jadi dia boleh seks dengan rasa yang selamat bersama isteri, bila rasa selamat tuh dah dapat, rasa takut dari seks yang lepas dengan perempuan lain, akan hilang serta merta.

    3) Nih paling ramai. SUMBER KEWANGAN LELAKI TUH DAH HABIS, bila expenses perempuan tuh makin tinggi, financial lelaki tak boleh nak cope, duit makin habis, dia dah pokai, dia auto balik ke isteri, lelaki faham, satu satu nya manusia yang akan hadap muka dia walaupun dia miskin papa kedana hanyalah isteri dia, yang sanggup makan nasi putih dengan ikan masin alat alat, hanya isteri dia, perempuan yang dia invest, tak akan pernah, sebab perempuan macam tuh high maintenance and tak akan accept kekurangan dia. Jadi bila isteri terima dia waktu pokai, konfiden suami akan naik serta merta, rasa gagal yang dia rasa sebab tak dapat provide duit pada perempuan lain akan hilang dengan serta merta.

    Satu jer saya nak pesan, walaupun pesanan nih tak seberapa, lelaki nih kekuatan dia terletak pada duit, bila dia banyak duit, dia rasa dia raja, duit nih satu satunya kunci untuk lelaki buka pintu maksiat, duit adalah kemaluan lelaki, kemaluan lelaki adalah duit. Lelaki kalau banyak duit, seriusly self esteem dia sangat tinggi, walaupun rupa dan badan level biawak komodo, nothing can stop them when they have money. Jadi kepada isteri isteri yang bila suami dia dah gaji, semua duit gaji suami si isteri rembat, bila suami dapat bonus, semua bonus suami isteri sebat, just tinggalkan Rm20 jer dalam account suami, kalau suami nak apa apa semua kena minta isteri, isteri catu duit suami, isteri tahu suami guna duit untuk apa, isteri kontrol duit suami 100%.

    Saya nak bagitau sangat bijak isteri yang macam nih, sebab dia dah jaga kemaluan suami dia, duit dan kemaluan lelaki nih dua benda yang berkait yer, bila si isteri dah pegang duit suami, maksud si isteri dah pegang kemaluan suami, kemaluan yang pertama, malu si suami, air muka suami, jadi suami nak mengatal sana sini pun dah malu, duit tak ada, kalau gigih buat hanya memalukan diri di siang hari, jatuh air muka diketawakan perempuan, dihina perempuan, no money no talk. Kalau ada yang kata bagus lelaki tuh, mahal, tak layan perempuan, nope, isteri dia dah pegang air muka dia, itu yang si suami nampak gah di mata orang lain.

    Kemaluan yang kedua, tuh hah pisang si suami, isteri dah tutup pintu maksiat tuh rapat rapat, kunci si isteri dah pegang, malam malam gelap gelap, dia tak boleh langgan awek Twitter, dia tak boleh bagi topup budak Omi, dia tak boleh open private live Bigo, dia tak boleh join group berbayar telegram, statement bank dia semua isteri tahu. Si isteri boleh print jer, tampal kat muka dia, biar wali perempuan tahu perangai si lelaki di malam hari.

    Lelaki tanpa duit hanyalah sebungkus sampah, budak perempuan kat Tik Tok baru minta purata gaji Rm9k dah melenting, dah rasa terhina, yer memang lelaki tanpa wang memang akan rasa diri dia hina, sehina manusia, rasa rendah diri, rasa helpless, sebab tuh isteri kena perhatikan suami masing masing, serang dia kat tempat yang dia paling lemah, yang dia tak boleh attack balik demi keharmonian rumahtangga dan anak anak. Please Girls, stop merentan, merintih, meratib. Do your things.

    Tutup salam.

    • Betul
      Suami saya kantoi bila dpt duit epf 50
      Nanti dpt duit epf 55 mcmana agaknya

    • Sy faham. Cumanya terbalik situasi. Di mana perempuan itu yg banyak bagu duit kepada suami sy. Dan sentiasa ada sewaktu suami sy dlm kesusahan. Erti kata susah senang bersama. Namun keadaan itu sy tk tahu walaupun sy Juha ssh sng bersama. Itu yg membuatkan suami sy terikat dgn perempuan tu. Bukan nya sy nak sgt mengandung tp Allah bg walaupun pelbagai cara protection sy sudah guna. Sy cuma mencari kekuatan utk hari2 yg mendatang.

  5. Perkara pertama, solat taubat, tahajjud & solat hajat, banyakkan zikir & baca al Quran, mohon petunjukNya & bantuan daripadaNya. Mengadu padaNya sungguh². InsyaAllah masih boleh diselamatkan rumahtangga puan, usaha puan. Dari cerita puan masih nampak puan & suami masih sama² sayang, jadi usahalah sebaik mungkin, jumpa kaunselor juga,dapatkan nasihat. Puan perlu berhadapan sebaiknya dengan suami, luah sehabisnya apa yg puan rasa & apa puan nak dalam Perkahwinan. Bagitau kehendak puan, puan nak Perkahwinan yg dalam keadaan disayangi hingga akhir hayat, paksa suami buat perjanjian yg dia tinggalkan terus Perempuan itu 100% tak contact & tak cari Perempuan lain dah. Bagi amaran, puan tidak teragak² utk ke mahkamah jika dia buat sekali lagi. Dalam pada itu, usaha ambil balik kasih sayang suami, bercinta semula dengannya, bagi dia jatuh cinta semula dengan puan. 1st sebelum berhadapan dengan suami, untuk berbincang dari hati ke hati puan perlu bertenang sepenuhnya agar dapat kawal perasan utk berhadapan dgn sabar yang tinggi kerana jika puan tidak dapat kawal diri mungkin puan akan dipandang rendah oleh suami & kasih sayang kpd puan berkurang & suami berasa lebih tenang dgn bekas kekasih hati, orang pernah mabuk kasih kan, pasti rasa tenang dengan tempat berkasih.
    Moga puan berjaya merebut kembali kasih sayang suami & kembali sayang pada suami, kerana Allah taala. Semoga suami puan berubah. Andai dia buat lagi, jalan terakhir berpisah jua…moga dijauhkan.

  6. akak kalau kau nak confess sedih je pastu tetap stay, takpayahlah. Kau belajar je la redha dan terima. Dah mmg tu hidup yg kau nak kan. Suami yg curang, suami tak berduit, menipu.

    Gigihla list semua kebaikan suami dgn harapan pembaca sokong dia denial maafkan suami dan kembali bersama.. Tak kak, kau je bodoh.. Kitorg tak.

    Suami curang tu maknanya dia penipu, dia tak jujur, dia takde integrity. Org mcm tu bukan baik. Org mcm tu x boleh dipercaya. Lg satu betul kata si ultraman taro, laki kau sibuk je tabur duit and belanja makan bg princess treatment kat perempuan lain. Sbb tu boleh buat boost ego dia. Lg pun dia tahu kau bodo tunggu and terima je kan? Seronok je suami kau have fun tu..

    Akhir kata, pandai2 lah fikir utk diri sendiri ye. Jgn jd wanita malang lg bodoh lg sedih lg. Hidup ni too short untuk itu. Rajin and berusahalah utk memajukan diri and belajar jaga diri sendiri. Bye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *