Curang Ditempat Kerja

Cerita ini akanku ubah sedikit demi menutub aib si pelaku. Curang. Perkataan yang sangat aku benci dan menyampah. Tujuan aku menulis supaya ingin menasihati suami/isteri supaya ambil tahu dengan siapa pasangan masing-masing berkawan.

Aku mempunya seorang kawan yang bernama Azura. Azura telah berkahwin dan mempunya cahaya mata seramai 3 orang. Dia juga masih mempunyai seorang suami. Azura sering menceritakan kepadaku bahawa suaminya selalu endah tak endah sahaja dengannya. Hal ini membuatkan Azura galak melayan lelaki lain.

Dek kerana tingkah lakunya seorang yang peramah, Azura sering memberi alasan itu jika ramai lelaki yang menegurnya. Senang cerita Azura sejenis yang “kaki melayan”. Oleh kerana itu Azura memang rapat dengan lelaki lelaki di tempat kerjanya. Secara tidak sengaja aku juga agak rapat dengan mereka.

Kami mempunyai kawan lelaki yang agak rapat bernama Zack. Zack juga merupakan suami orang. Sikap Zack yang kelakar membuat kan hubungan kami sebagai kawan menjadi rapat. Adakalanya kami sering keluar pada hujung minggu bersiar-siar atau lepak di mana mana.

Pada suatu hari, aku mendapati Azura agak rapat dengan Zack. Apabila balik kerja mereka akan berjalan sekali. Waktu rehat juga kami akan rehat sekali. Senang cerita kalau ada Si Azura pasti ada Si Zack. Sebelum ini setahu aku, Zack akan memanggil Azura dengan panggilan kak Zura. Namun beberapa hari ini aku jarang mendengar panggilan tersebut.

Zack sekali sekala akan menggunakan panggilan “Dia” kepada Azura. Tapi fikiranku tetap positif mengatakan mereka hanyalah berkawan. Sebulan telah berlalu, perangai mereka berdua masih sama. Pada waktu rehat pula kami makan dalam satu meja yang sama.

Tapi anehnya Azura seperti mendiamkan diri jika Zack bersembang denganku atau dengan rakan perempuan yang lain. Jealous agaknya. Tanpa berdiam diri, aku memberitahu kawanku Amy tentang keabraban mereka.

Amy mengatakan padaku mereka hanyalah kawan biasa sahaja. Oleh kerana Amy sudah lama berkenalan dengan mereka, maka aku iyakan saja. Namun aku masih tidak berpuas hati. Aku berpesan pada Amy supaya perhatikan gelagat mereka.

Keesokkan harinya di tempat kerja, Amy memberitahu kepadaku bahawa mereka sememangnya mempunya skandal. Amy tidak sengaja melihat conversation di whatsapp, Azura dan Zack masing masing menggunakan perkataan sayang. Azura jugak save contact name Zack di telefon dengan nama “Sayang”. Berderau darahku. Geram pon ada.

Aku tidak percaya yang mereka sebenarnya sudah saling sayang dan cinta antara satu sama lain. Sebagai kawan rapat mereka,aku agak sedih. Sampai macam ni sekali jadinya. Patutla perangai Azura tidak seperti dahulu. Apabila Zack bersembang denganku pastu Azura diam angkara cemburu. Pelbagai usaha telah kulakukan, antaranya menasihati Azura (tetapi Azura tidak mengaku).

Aku tidak memberitahu tentang conversation di whatsapp. Takut dia malu. Kemudian, aku sering berkongsi tentang kisah curang di media sosial. Sekadar untuk mereka berdua baca dan sedar.

Tapi aku perasan sejak aku menasihati mereka, mereka juga sering berkongsi gambar pasangan masing masing dengan caption manis dan jiwang. Mereka juga jarang berkomunikasi di tempat kerja. Hatiku lega. Mungkin mereka telah insaf.

Selang beberapa bulan, semasa di tempat kerja, seseorang telah menelefon Azura. Azura menjawab panggilan tersebut dengan nada yang lemah lembut. Azura berkata suaminya menelefon. Aku sangat lega kerana hubungan skandal Azura dan Zack telahpun berakhir. Tapi… jeng3, aku telah ditipu hidup-hidup.

Semasa di cafe, sewaktu Azura membeli makanan, dia telah meninggalkan telefonnya di meja. Tiba tiba seseorang telah menelefonnya. Secara tidak sengaja aku ternampak di skrin telefon, “Sayang”. Tetapi aneh nombor telefon itu sebenarnya milik Zack. Alangkah terkejutnya aku rupa rupanya mereka masih lagi berhubungan. Aku sangat marah.

Pada hari itu aku endah tak endah saja dengan Azura. Selama ini mereka berkongsi gambar pasangan masing masing di media sosial hanya kerana ingin menutup kesalahan mereka. Adakalanya mereka ada juga bersembang di tempat kerja, berbicara mengenai hal kerja. Menyampah pula aku dibuatnya.

Ya Allah, mahu saja aku bercerita dan mengadu dengan pasangan mereka masing masing. Biar padan muka. Tapi aku tidak sejahat itu. Aku masih mencari bukti yang kukuh.

Sehingga ke hari ini aku masih tidak dapat menangkap kesalahan mereka kerana mereka jarang sekali berkomunikasi di tempat kerja. Aku tidak boleh menuduh mereka melulu kerana tiada bukti yang kukuh. Tak sangka hampir setahun juga mereka berhubungan.

Oleh kerana itu aku menyeru kepada semua suami mahupun isteri supaya mengenalpasti dengan siapa pasangan kamu berkawan. Kalau boleh check lah handphone pasangan masing masing.

Bukannya mahu mengongkong tapi supaya pasangan kamu tidak ada niat untung curang sekalipon. Sebagai suami isteri, ambil tahulah akan apa yang pasangan kita lakukan. Biarlah apa orang nak kata. Janji pasangan kita tidak curang di kemudian hari.

Aku akan terus berdoa agar Azura dan Zack berubah dan insaf dengan perbuatan mereka. Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.. mungkin, anda yang membaca boleh kemukakan cadangan apa yang harus aku lakukan untuk menyedarkan mereka…

– Peah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *