Untuk part I (https://iiumc.com/curang-2/).
Terima kasih admin siarkan cerita yang lepas. Dan yang ini.
Terima kasih yang bagi pandangan dan aku dah terus terang dengan Tokan.
Satu hari aku ajak Tokan keluar. Aku bawa dia ke kawasan tempat kerja Salmi. Alasan aku nak tunggu COD barang. Tokan macam pelik sebab jauh daripada pejabat kami. Tapi macam biasa, dia jenis buat tak reti je.
Aku cuba tanya-tanya dengan Tokan, wife kau kerja area mana. Aku nak tengok. Masa tu tengahari
Aku tanya Tokan, kau nak balik rumah ke. Sebab dah dekat. Aku boleh je hantar. Atau dia nak ambil anak.
Tokan menolak. Dia ada kena hantar report petang nanti. Jadi nak selesaikan kerja di pejabat. Lagipun motor dia di pejabat.
Sampai di tempat parking ofis Salmi, aku pun ajak Tokan keluar. Aku bagitahu COD tu dekat situ. Tokan follow je.
Sampai di bangunan ofis Salmi, pejabat dia gelap. Tokan mula pelik. Sebab setahu dia Salmi kerja. Kenapa ofis tutup. Tokan cuba call Salmi, tak berjawab. Kemudian kami cari kereta Salmi. Tak jumpa.
Tokan mula syak sesuatu. Tapi dia ni bersangka baik lagi. Mungkin Salmi ada kerja luar. Tapi takan lah ofis tutup terus.
Kami pun lupakan perkara tu, mengeteh di kedai minum berdekatan. Aku pun tipu dia kata orang COD tu mintak hantar esok. Tokan percaya.
Tak lama lepastu, Salmi balas call Tokan dan bagitahu dia ada di ofis. Dan kami pergi balik ke situ, ya. Betul ofis bukak. Pelik.
Ofis Salmi ni staf tak ramai. Dalam 4-5 orang termasuk bos. Tapi sekarang ada yang masih WFH lagi.
Esoknya aku dan Tokan ke tempat yang sama. Kereta Salmi ada di pejabat. Aku pun keluar ke DIY dan beli lampu suluh.
Balik ke kereta aku tipu Tokan kata barang COD dah sampai. Dia tak peduli mana, belek-belek lampu tu dan teruskan dengan main telefon. Dia percaya aku dah selesai COD.
Aku kemudian sengaja ke tempat parking Salmi. Aku cakap nak emel sesuatu. Park kejap. Kemudian aku ternampak kelibat motor si LB dan Salmi! Tokan masih tak perasan. Sibuk dengan telefon.
Kedua mereka berbual di celah tiang dan kemudian berpisah. Point ni tak cukup kuat untuk aku sabitkan Salmi curang. Sebab aku tak cerita apa-apa kat Tokan sebelum tu. Salmi menuju ke kereta, Tokan perasan dan cuma melihat.
Aku bagitahu Tokan, jom follow Salmi. Tokan cuma mengangguk. Salmi meluncur laju ke Taska untuk ambil anak mereka dan kemudian terus balik ke rumah. Hampeh. Tiada pergerakan.
Kami pun balik ke pejabat semula.
Peliknya Tokan ni, dia macam tahu aku nak siasat si Salmi. Tapi dia tak bersungguh pun. Mungkin dia malu atau tak bersedia kalau tahu hal sebenar.
Next aku pergi lagi. Sendiri. Tak puas hati sebab kenapa masa Tokan ada takda benda pelik berlaku. Mustahil.
Waktu yang sama, rutin yang sama. Kali ni kedua mempelai tu berjumpa. Bawa ke taman permainan. Allah, aku bagai nak gugur jantung.
Kenapalah tak berlaku masa Tokan ada. Aku follow pasangan tu sampai lah ke rumah Salmi. Mereka masuk ke rumah dan keluar balik. Pergi ke kedai makan. Langsung tak rasa bersalah.
Sampai di kedai makan, aku ternampak motor Tokan. Rupanya dia pun tengah follow Salmi.
Aku perhatikan Tokan memerhati dari jauh. Celah tiang kedai. Sesekali menaip sesuatu di telefon.
Tokan cuba merapat ke kereta Salmi. Aku pun cuba rapat. Aku rasa Tokan tak perasan aku. Waktu LB dan Salmi menuju ke kereta dan nak masuk, Tokan berlari dan tendang lelaki tu. Terjatuh. Bergelut.
Waktu tu kawasan agak sunyi. Tak ada orang yang perasan sangat. Dorang parking belakang kedai.
Tokan memaki lelaki tu dan Salmi terus masuk ke kereta diam-diam bersama anak.
Aku biarkan saja drama tu. Aku tahu Tokan geram. Tapi aku tak nak campur. Biar Tokan selesaikan. Aku tahu Tokan boleh tumbangkan dia.
Selepas bergelut beberapa ketika, lelaki tu larikan diri. Salmi masih dalam kereta.
Tokan cuba kejar tapi LB hilang disebalik kedai-kedai. Balik ke lokasi, kereta Salmi pun hilang. Kurang ajar betul perempuan tu.
Aku pun datang ke arah Tokan yang tengah berserabut tu. Tokan nampak aku. Dia menangis. Aku peluk Tokan suruh sabar. Rupanya Tokan tahu aku follow Salmi juga.
Kami lepak mengeteh dan aku terus terang pada dia apa yang aku dah buat. Aku tunjuk bukti-bukti sebelum ni. Tokan diam dan menung jauh. Aku nampak Tokan tengah sedih gila. Tokan tak nak balik rumah.
Dia ajak report polis. Nak mengadu kata lelaki tu kacau bini dia. Aku pun cakap, polis tahu ni kes suka sama suka. Tapi aku layankan aje si Tokan. Sampai di balai, Tokan buat report. IO tu bagus. Tapi kata dia susah nak lekat kes.
Selesai, Tokan ajak aku jalan. Kami ride ke Genting malam tu. Sampai di Genting, kami lepak dalam sejuk tu sambil merokok minum kopi panas. Tokan dan aku bercerita.
Aku nasihat dia sabar dan fikirkan baik-baik masa depan dia. Aku ulang kali mintak maaf sebab tak beritahu.
Aku pun ada anak bini, dugaan Tokan ni berat. Aku sendiri kalau kena kat batang hidung taktahu nak buat apa.
Tokan banyak diam. Memendam rasa. Aku pujuk Tokan balik rumah. Bincang baik-baik. Kalau dia nak LB tu, lepaskan lah dia. Tak guna simpan. Kalau Salmi nak Tokan, berubahlah. Tapi boleh ke dia terima selepas semua ni terjadi.
Tak lama di Genting, kami balik. Aku follow dia ke rumah. Selamat sampai, aku pun gerak balik.
Esoknya Tokan ambil EL.
Aku wasap Tokan tanya dia okay ke tak. Satu tick. Risau juga dia apa-apa kan Salmi walaupun aku pun benci gila dengan Salmi tu.
Janganlah Tokan buat kerja bodoh. Tak berbaloi.
Satu hari tu aku tak senang duduk. Rasa bersalah pun ada. Tokan tak jawab mesej atau call.
Kemudian aku nampak status wasap Tokan. Bunyi macam puitis. Kecewa. Aku call Tokan, dia bagitahu dia okay. Aku tak tanya lanjut cuma kata jumpa esok sembang.
Sampai di pejabat pagi tu, Tokan buat kerja macam biasa. Waktu lunch kami lepak sekali. Aku ajak dia pegi kedai jauh sikit dari kawan-kawan. Nak sembang berdua.
Dan isteri dia ada mengaku yang bukan sekali tapi berkali-kali curang dibelakang Tokan. Sedih aku dengar.
Salmi bagitahu yang dia tak ada hati lagi pada Tokan. Gentlewoman betul Salmi. Tokan sedih tapi dia kata tak ada guna lagi hidup sebumbung. Dia nekad bercerai.
Tokan ajak aku ke mahkamah esoknya. Aku apply AL dan bantu Tokan uruskan perceraian.
Tokan cerita Salmi langsung tak mintak maaf. Aku respect dengan Tokan. Cool dia hadapi benda ni. aku pulak batu api ajak cari si LB tu.
Nak repeat. tapi Tokan kata dia dah lepaskan semua petang tu. Dia dah puas. Bengkak muka. Patah gigi mamat tu.
Tokan bagitahu, Salmi mengaku anak dorang tu benih si LB. Allah, dunia apa yang tengah berputar ni. Aku macam tak boleh nak terima.
Sampai macam tu sekali Tokan kena game.
Tokan kata dia redha. Dia sayang Salmi dan anak dorang. Tapi dia kata hati Salmi Allah yang pegang.
Kesian aku dengan Tokan. Apapun dia tetap akan bela nasib budak tu. Patutla chemistry LB dengan Salmi ni lain macam, rupanya ada zuriat yang menyatukan.
Aku pulak naik gila memikirkan benda ni. Ketahian apa ni…
Salmi – mungkin ada kekurangan pada Tokan tapi aku tak setuju tindakan dia curangi suami sendiri. Benda boleh curang, buat apa bincang.
Tapi part anak tu, melampau. Takda ayat nak luahkan apa yang dah berlaku.
Tokan – orangnya baik. Layak dapat lebih baik. Aku lega aku tak perlu sorok apa-apa dari Tokan. Aku kesian sebab dia naif.
Tapi alhamdulillah akhirnya dia sendiri tengok depan mata dan terbongkar segala rahsia Aku doakan Tokan dapat jodoh yang boleh hargai dia. Allah ada.
LB – langsung tak rasa bersalah keluar dengan bini orang dan rosakkan kebahagiaan orang. Kalau aku jadi LB, Salmi bukan calon isteri yang sesuai. Eh, tapi dah ada anak luar nikah…eh, Dua-dua elok pegi mamp_s.
Aku – ya, menyibuk hal rumahtangga orang lain. Tapi sebagai kawan, aku rasa Tokan ni takut terima kenyataan sebenar. Aku gagahkan diri juga mengintip tanpa gaji. Sekurangnya aku lega. Aku dah bebas dari belenggu menyimpan rahsia Salmi.
Dan, last tak nak buat dah. Serik oii..
– Sherlock Holmes (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit