Curang Itu Pilihan

Bismillah. Alhamdulillah. Terbuka hati aku untuk luahkan apa yang aku alami semoga menjadi pengajaran untuk semua.

Aku berkenal dengan P dah nak masuk tahun ke-4. Kami bekerja di tempat yang sama. P dah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak.

S, bekas kekasihku, masuk ke tempat kerja kami awal tahun ini. S baru sahaja habis degree dan baru memulakan kehidupan di alam pekerjaan.

Selepas 3-4 minggu aku berkenal dengan S, kami mulai rapat dan mula bercinta. Aku ajak S kahwin dan dia pun bersetuju.

Aku mula kumpul duit sejak aku ajak dia kahwin. Aku juga dah berjumpa dengan ayah S dan memberitahu aku nak halalkan si S ni. Ayah S bersetuju dengan hati terbuka.

Selepas beberapa bulan, pada satu hari, aku ada gaduh benda kecil dengan S. Mungkin salah aku sebab aku gurau kasar dengan S.

Pada malam yang sama, aku terima mesej dari isteri P. Isteri P mengadu dekat aku yang P ni berscandal dengan S. Isteri P siap tanya aku, bukankah S ni kekasih aku?

Aku cakap ya dan aku sangat terkejut dengan kejadian ni. Isteri P screenshots semua chat P dengan S, aku sangat geram bila baca S ni siap sexting bawa P tidur sama-sama, mandi sama-sama.

Isteri P minta aku bawa dia jumpa dengan S keesokan hari dan aku bersetuju.

Malam yang sama, S ada mesej aku nak jumpa. Aku berjumpa dengan S dan aku mohon maaf dekat S sebab gurau kasar. Aku tahu S nak confess dia berscandal dengan P.

Isteri P dah awal-awal mesej dengan S dan memaki segala hamun dekat S.

S tak berani confess dekat aku, sebab aku dah bagitahu waktu awal-awal dulu, sekiranya aku tahu aku dipasang dua, aku akan terus lepaskan.

Keesokan harinya, aku membawa isteri P berjumpa dengan S, dan aku membiarkan mereka berdua.

Aku tahu isteri P dah membahan S dan aku biarkan. Berani sondol laki orang, beranilah tanggung akibatnya. Aku hanya masuk campur selepas beberapa ketika.

Selepas kejadian itu, S berhenti kerja. Aku putuskan hubungan dengan S. P pula masih bekerja di tempat yang sama.

Isteri P memberitahu aku dia nak minta cerai. Aku tahu isteri P masih sayangkan si P ni.

Aku pujuk dan memberi nasihat kepada isteri P untuk terus banyak bersabar dan fikirkan masa depan anak-anak mereka. Pada waktu ni, senang cerita. Keluarga P dan isteri P porak poranda.

Aku juga ada bercakap dengan P dan luahkan dekat P perasaan aku.

Aku bagitahu P yang aku rasa dipermainkan, aku bagitahu P aku sangat sakit apalagi bila sahabat yang aku anggap sebagai kawan baik yang aku sayang, mengkhianati aku.

P ada memohon maaf dengan aku dan aku terima. Aku bagitahu P semua orang ada melakukan kesalahan dan aku nak dia insaf dan berubah.

Aku yakin, bukan aku sahaja tetapi S, P dan isteri P semua masih trauma dengan kejadian yang berlaku. Aku sangat sedih bila P dah semakin kurang menghadirkan diri di tempat kerja.

Isteri P ada memberitahu aku bahawa P nak lupakan semua benda yang berlaku.

Aku faham dengan situasi tapi aku sakit sebab aku tak dapat tinggalkan tempat kerja aku ni disebabkan aku perlu mencari wang untuk sara diri aku sendiri. Disinilah tempat aku mencari rezeki.

Aku merasakan bahawa aku bukan sahaja kehilangan kekasih tetapi juga seorang kawan yang aku sayang. Aku meminta kepada P untuk terus bertahan dan bekerja di tempat kerja.

Aku tahu P trauma dengan apa yang berlaku di tempat kerja tetapi aku berharap dia fikirkan juga situasi aku yang perlu hadap trauma yang sama.

Aku berharap P dapat bersama dengan aku untuk hadapi trauma ni dan memperbaiki hubungan dan buka buku baru.

Otak aku mengatakan aku juga akan kehilangan P tetapi hati aku masih mahu mempertahankan persahabatan aku dengan P. Aku bingung dan harus tabah melalui ujian ini.

Isteri P dan P ada memberitahu aku, S pada mulanya hanya meluahkan perasaan dekat P berkenaan aku tapi S mulai gatal bila P melayan luahan si S ni. P pula tergoda dengan sikap S.

Aku tahu, ini semua bukan salah S seorang. P juga bersalah kerana curang itu pilihan.

S sepatutnya meluahkan perasaan dia dekat aku & P sepatutnya memberitahu aku luahan-luahan S. Namun, aku lebih memarahi si S kerana dia tahu aku rapat dengan P dan dia juga tahu P sudah berkahwin.

Doakan yang terbaik buat aku para pembaca. Mungkin aku sangat naif, tapi aku memang sayangkan persahabatan aku dengan P.

Aku tahu, aku lebih sayangkan persahabatan ini berbanding dengan P. Aku hanya berharap P akan sedar yang dia akan kehilangan kawan yang ikhlas ingin melihat P bahagia.

Aku tahu aku perlu melepaskan P tetapi hati aku tak sanggup. Bahan dan makilah aku, bagi kesedaran sikit dekat aku ni.

– Si Naif (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *