Curang Itu Pilihan

Hi, lately banyak cerita pasal kahwin dengan suami orang dan curang dengan pasangan kan. Aku ada cerita nak kongsi sebab cerita ni hanyalah aku seorang je yang tahu.

Aku tak pernah cerita dekat sesiapa. Jadi apa aku nak cakap, sebenarnya curang itu pilihan.

Sebagai seorang suami, awak ada akal dan otak untuk berfikir. Aku percaya, yang curang ni tak kenal status pendidikan seseorang, cerdik atau tak kalau nak curang tetap curang.

Berbalik cerita aku, 5 tahun lepas aku kenal seorang lelaki, kerjaya dia masa tu doktor pelatih.

Cara kenal dengan dia pun singkat sahaja, dan masa tu aku baru habis degree. Dan tengah mencari someone lah. Pulak tu baru kenal Doktor pelatih, siapa je tak nak kan.

Di pendekkan cerita kami berwasap jarang2 cuma kalau wasap tu dah macam orang bercinta. Pasal family dia, aku tak tahu sangat. Cuma adalah aku stalk fb, ig dia tapi tak banyak info aku dapat.

Fast forward, sebulan sebelum dia senyap, dia ada ajak aku kahwin. Masa tu aku cakap biarlah kita berkenalan lama sikit. Ni kurang setahun dah nak kawin. Kau biar betol.

So nak di jadikan cerita, makin lama makin jarang dia contact aku alasan busy kerja doktor pelatih. Jadi aku mengiyakan sahaja. Sampailah dia sudah tak respon chat aku.

Sebulan kemudian, aku nampak sorang photographer ni upload gambar pengantin outdoor. Aku zoom dekat2 ye betul. Doktor pelatih yang acah busy tu. Hahahaha. Patutlah kau diam. Rupanya busy kahwin.

Lepas pada tu aku wish dekat ig story, sebab sebelum dia kawin, dia memang tak respond chat aku tapi ig story aku dia tengok.

Jadi aku wish dekat situ and bagi 2-3 ayat dan dia terus unfollow aku. Aku check balik fb wife dia, rupanya dah bertunang lama. 3 tahun lepas diorang bertunang. Dah tu aku ni pulak scandal dia ke apa patutlah busy manjang.

Aku fikir kisah kami tamat kat sini memandangkan aku pun nak move on dan tak nak ambil kisah dah. Rupanya tidak ye.

Dalam 8 bulan lepas mereka kawin, aku ada urusan di hospital yang dia kerja @ buat houseman, aku ingat doktor tu dah habis latihan dia kat situ, jadi selamatlah aku ke sana. Rupanya tidak. Nah terserempaklah kami disana.

Cuma masa tu bukan zaman covid, so takde yang pakai mask memang dia kenal aku. Aku pun kenal dia. Tapi aku buat tak tahu ajalah.

Sampai urusan selesai aku balik dengan hati berdebar debar. Kenapalah ketemu lagi.

Esoknya, ting masuk notification. “Hi, ingat lagi tak saya”. Aku buat2 tak kenal.

Tapi tulah syaiton menghasut, kembali lah aku ke dunia percintaan dengan suami orang. Aku boleh kata, dia lagi caring dari sebelum dia kahwin.

Guess what, dia ajak aku jadi wife no 2. Aku memang tergelak besar masa tu. Dia cakap kahwin tunang dia itu semua aturan keluarga.

Tapi tulah aku memang tak percaya sebab dia chat aku dikala mereka laki bini PJJ. Dia keseorangan di rumah.

Nak kata bercinta tu tak jugak, tapi aku layan dia. Aku tahu dan sedar apa yang aku buat tu berdosa. Sampai sekarang aku tak minta maaf lagi dengan wife dia.

Oh masa kami berchattting bagai tu, dia ajak aku jumpa. So aku pun pergilah, tapi itulah nak curang tapi pengecut, jumpa dalam kereta je.

Aku tahu dia risau takot kantoi. Hahahaha.

Jadi dipendekkan cerita ada dalam 3 kali je aku jumpa dia masa dia curang dengan wife dia. Dia sebenarnya yang aku faham cuma nak bermanja, nak kasih sayang. Tapi aku pelik, tak cukup ke dengan sorang?

Lepas jumpa 3 kali macamtu aku tinggalkan dia dengan tak reply chat sama macam dia buat kat aku dulu dulu. Kira macam aku balas balik.

Tapi aku tak jahat sepenuhnya sebab aku tak bagitahu wife dia apa yang dia buat belakang. So begitulah cerita bercinta dengan suami orang.

Cerdik tapi curang. Nak apa tak tahu lah aku. Aku fikir kalau aku melayan dia silap2 memang cerai berai rumahtangga diorang.

Tapi aku sedar, aku bukan jodoh dia. Allah dah atur terbaik untuk aku dan aku pun sudah berbahagia dengan keluarga aku.

Kifarah atas perbuatan aku pun telah terima. Untuk yang tengah berkenalan dengan suami orang, aku harap korang tinggalkan perbuatan ni.

Cinta memang buta. Tapi jangan butakan hati kita.

– Dz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *