Curang Itu Pilihan II

Untuk part I, (https://iiumc.com/curang-itu-pilihan/).

Bismillah. Alhamdulillah. Confession aku disiarkan juga.

Aku nak mohon maaf sebab ramai yang tak faham cerita sebab aku gunakan abjad instead of nama samaran.

Baiklah, aku mulakan. Watak dalam cerita Siti (bekas kekasih aku), Paan (kawan aku), dan isteri Paan.

Aku juga terhibur dengan komen2 daripada netizen2 sekalian. Aku sangat happy dengan komen2 korang.

Aku nak kata, apa yang korang komen tu kena dengan aku. Ada yang cakap baik aku terus tinggalkan kawan aku si Paan. Ada juga yang cakap baguslah Allah tunjuk gaya Siti tu sebelum kahwin.

Aku memilih untuk jaga hubungan aku dengan Paan instead of Siti. Ada yang cakap aku ni gayah. Aku terhibur. Aku lebih mementingkan persahabatan dan aku rasa persahabatan lebih penting berbanding kekasih yang curang.

Aku membesar tanpa mempunyai banyak kawan, aku ada kawan tapi yang aku anggap rapat tu memang tak banyak mana pun.

Aku dulu dapat biasiswa belajar oversea dan selepas aku balik, memang takda kawan dekat tempat aku tinggal.

Aku berkenalan dengan Paan selepas aku back for good dan kemudiannya, aku ada kenal beberapa orang lagi yang aku memang sayang dan aku doakan selalu kebahagian mereka semua.

Siti berkenal dengan aku di tempat kerja dan aku banyak menceritakan kehidupan aku dengan Siti.

Aku ada bagitahu Siti, hubungan aku sebelum ni, aku diduakan. Siti juga tak silap aku, pernah menghadapi keadaan yang sama. Malahan ibu dan ayah Siti juga sudah bercerai.

Aku sangat sayang Siti dan aku memang dah nekad nak bawa Siti kahwin sebab aku rasa umur aku dah lanjut (dah awal 30an). Siti pula masih berumur 25 tahun.

Aku cuba mengajar Siti untuk berdikari, aku bagitahu Siti, mari bercinta kerana Allah dan dia juga bersetuju. Setelah itu, aku memang cuba jaga ikhtilat antara kami berdua.

Berpegangan tangan pun aku cuba hindari. Aku tahu yang aku akan tunjuk kasih sayang aku yang sebetulnya selepas aku berkahwin dengan Siti.

Tapi mungkin Siti tak percaya dengan semua tu dan dia pun mula meluahkan perasaan dia dekat Paan, kawan karib aku dan juga kawan sepejabat.

Mungkin juga silap aku kerana aku banyak menceritakan kepada Siti betapa sayangnya aku dengan Paan.

Ada yang katakan seperti Paan ni tak bersalah di mata aku. Aku nak cakap, Paan memang salah. Cuma aku hanya tegur dia dan luahkan saja perasaan aku dekat dia selepas kejadian.

Penumbuk aku tak sampai ke muka Paan. Haha.. Aku bagitahu Paan, aku diduakan, aku tak kisah sangat tapi apa yang lebih menyakitkan, orang yang aku anggap kawan karib sailang aku. Huhu..

Aku ada bermesej dengan isteri Paan selepas kejadian tu dan isteri Paan memberitahu aku yang dia nak tuntut cerai. Tapi aku pujuk isteri Paan untuk terus kuat.

Aku tahu yang isteri Paan memang meroyan (bertempat) dengan segala emosi dia yang bercelaru selepas kejadian Paan berscandal dengan Siti.

Isteri Paan sekarang selalu ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Aku tak tunjuk kemarahan aku dan betapa sakitnya hati aku sebab aku tahu isteri Paan lebih layak untuk buat semua tu.

Aku ni baik sangat dengan orang yang aku sayang dan itulah kelemahan aku sehingga aku dipergunakan. Aku ni lelaki tetapi aku memang jenis beremosi.

Beberapa minggu dah berlalu dan Paan memang tidak menghadirkan diri di tempat kerja sekarang. Aku sedih tapi aku kuat dan aku percaya semua ni akan baik semula.

Berkenaan dengan Siti pula, selepas kejadian dia sexting dan membawa Paan tidur dan mandi sekali. Aku memang putuskan segala contact dengan dia. Aku memang tak contact lagi.

Aku rasa dia selama ni tidak menyayangi aku dan hanya mempergunakan aku untuk rapat dengan Paan.

Paan juga bodoh sebab mudah tergoda dengan kata-kata manis Siti. Aku tak tahulah nak cakap apa.

Aku tak tahu sekiranya dorang dah bersama buat benda tu di atas katil. Aku cuma tahu yang Allah tahu dan aku berharap mereka tak pernah terlanjur.

Aku hanya berdoa kepada Allah agar keluarga Paan dan isteri Paan akan berkekalan. Aku tak nak tengok dorang bercerai.

Aku juga berdoa agar Allah perbaiki hubungan aku dengan Paan. Aku berharap sangat Paan dan Siti menyesal dan berubah.

Siti, dimana kau berada sekarang, harap kau jaga diri dan sentiasa ingat dengan kejadian gelap ni. Aku memang marah dekat kau Siti sebab kau rosakkan persahabatan aku dengan Paan dan kau juga punca isteri Paan sakit.

Paan, aku berharap kau juga menyesal. Aku maafkan kau dengan Siti. Aku hanya berharap kau masih kuat untuk teruskan persahabatan antara aku dan kau.

Aku masih ingat di dalam masjid aku katakan kepada kau yang aku sayang kau kerana Allah dan aku selalu doa agar persahabatan kita ni akan berkekalan.

Aku semakin kuat dari hari ke hari. Aku memproses segala emosi dan anxiety dalam diri aku dan aku bertambah sayang dengan diri aku.

Aku mungkin akan menutup hati aku buat sementara waktu untuk lebih fokus dalam hal kerjaya. Aku yakin jodoh aku akan datang juga satu hari nanti.

Terima kasih semua yang sudi membaca. Doakan aku. Doakan doa-doa aku dikabulkan Allah yaa.

Aku bukanlah manusia yang perfect dan aku juga ada kekhilafan. Semoga Allah mengubat segala penyakit yang ada dalam diri aku.

Akhir kata, hanya Allah yang tidak akan pernah mengecewakan. Teruslah berharap kepada Allah, tuhan yang satu.

– Si Naif (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *