Curang Itu Satu Pilihan, Bukannya Takdir Semata-mata

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Admin kerana sudi menyiarkan artikel ini.

Saya terpanggil untuk menulis di sini setelah membaca luahan hati seorang isteri yang menjalinkan semula hubungan dengan bekas kekasih. Sila rujuk, (https://iiumc.com/rasa-itu-ya-allah-aku-berdosa/).

Sedikit latar belakang saya: berumur awal 40-an, bekerjaya, berkahwin dan mempunyai 3 orang anak yang meningkat dewasa. Suami saya merupakan penjawat awam.

Perkahwinan atas dasar suka sama suka – berkenalan atas sebab urusan kerja; ini hampir menginjak ke usia 15 tahun November akan datang.

Kisah yang bakal diceritakan ini bertujuan untuk membuka mata mana-mana individu yang berniat untuk curang/sedang curang/telah curang kepada masing-masing.

Allah uji kita sebab DIA sayang…di setiap ujian itu Allah sedang mempersiapkan diri kita menjadi hamba-Nya yang lebih baik.

Ya… CURANG itu adalah satu PILIHAN, BUKAN TAKDIR semata-mata!

Sebenarnya telah lama saya mengesyaki bahawa suami ada menjalinkan hubungan (skandal) dengan beberapa wanita sebelum ini. Ini naluri seorang isteri yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada hambaNya. Wujud 6/10 tanda-tanda orang yang curang itu pada beliau.

Tetapi saya tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk dikemukakan ketika proses ‘confront’ dengannya. Kalau ada pun setakat ‘panggilan yang mencurigakan’ dan cara suami menjawab saja yang buat saya pelik.

Ini tidak boleh dijadikan bukti kerana suami akan buat seolah2 saya yang bersalah kerana cemburu/’over thinking’ tidak kena tempat.

Maka sejak itu, saya diamkan sahaja. Bertahun lamanya. Lagipun, kalau saya ceritakan kepada orang lain, saya yakin tiada orang akan mempercayainya kerana tiada bukti…

Kerana pernah pertama kali saya syak suami ada skandal (di awal usia perkahwinan) saya pernah meluahkannya kepada adik ipar perempuan (adik suami) tetapi dia menafikan sekeras-keraskan dan mendakwa saya sengaja mereka-reka cerita.

Sejak daripada itu memang saya hanya memendam rasa sendiri.

Satu-satunya insan yang percaya kepada cerita ini adalah arwah ibu mertua saya. Ya, saya menantu kesayangan arwah ibu mertua. Banyak yang saya ceritakan/luahkan kepada arwah terutamanya tentang perangai2 pelik suami.

Arwah ibu mertua sangat memahami perasaan saya kerana sebagai seorang wanita beliau faham dengan status kerja suami saya, susuk fizikalnya, sifat ‘charming’ dan ‘sweet talker’nya mmg tiada wanita yang tidak mudah ‘goyah’.

Ketika hayatnya beliau banyak menasihati saya selain bersabar, banyakkan berdoa dan memohon kepada Allah lembutkan hati suami untuk berubah.

Sejak beliau meninggal dunia 5 tahun lepas, saya hilang tempat mengadu dan berkongsi cerita. Hanya pada-Nya tempat saya luahkan segalanya. Hampir setiap mlm saya berdoa supaya Allah tunjukkan jalan dan kebenaran.

To cut story short, rumah tangga ini saya pertahankan selama ini kerana suami bukanlah orang yang mengabaikan saya dan anak-anak;

Nafkah anak-anak tidak pernah diambil mudah (walaupun gaji saya melebihi gaji beliau), mendirikan solat 5 waktu dan tidak pernah sesekali pun tangan beliau hinggap ke tubuh saya hatta dalam keadaan marah sekalipun. Hubungan suami dengan keluarga saya juga baik.

Sehinggalah suatu hari suami tinggalkan telefon kedua beliau kepada saya untuk saya gunakan bagi membantu online learning anak dalam tempoh PKP ini kerana beliau terpaksa bertugas dan tidak dapat membantu saya dengan hal ehwal pembelajaran anak-anak .

Dan buat pertama kalinya suami berkongsi access pin number telefon itu dengan saya. Sebelum ni, memang suami sangat merahsiakannya.

Kalau saya curi-curi tengok telefon pun beliau akan cepat2 mengelak. Dan saya tahu rutin suami akan delete semua conversion yang boleh menimbulkan syak wasangka kepada saya.

Namun begitu, tak pasti di mana datangnya kekuatan ini, sambil tangan terketar-ketar, saya terbuka hati untuk memeriksa secara terperinci telefon tersebut.

Finally, saya jumpa semua bukti yang saya cari selama ini. BUKTI yang tidak sempat suami delete. Semuanya saya baca dengan mata yang berkaca.

Allahu… DIA saja yang tahu bertapa hancur, remuk dan luluhnya hati seorang isteri tatkala membaca semua conversation suami dengan isteri orang dan beberapa wanita lain (I am crying while am typing this).

Dan saya menangis semahu-mahunya selepas itu…. muhasabah diri ini, di mana silapnya… di mana kurangnya layanan saya terhadap suami selama ini.. dan apa yang suami dambakan daripada isteri seperti saya…

Namun hari itu, layanan makan minum dan keperluannya masih macam hari-hari sebelum ini, walaupun hati saya menangis bagaikan orang hilang pedoman. Cuma saya kurang bercakap dengan suami; satu-satunya perkara yang sukar saya lakukan selama ini.

Lama-kelamaan suami syak yang rahsianya telah terbongkar dan cepat2 padam segala chat yang mencurigakan. Ini terbukti bila saya check semula telefon tersebut, conversation itu telah tiada.

Hampir seminggu saya mewujudkan ‘social distance’ dengannya.. hampir setiap malam saya menangis semahunya mengadu pada Yang Esa, sambil2 saya mencari kekuatan diri.. di mana mahu dimulakan confront ini supaya segala yang terbuku dan terselirat dalam hati masing2 dapat diluahkan.

Selama seminggu itu juga ada proses2 memujuk daripada suami tetapi saya tidak endahkan dan suasana dalam rumah menjadi makin ‘suram’ dan hambar. Kami hanya menggunakan anak2 sebagai medium komunikasi.

Kalau sebelum ni, solat, mengaji, makan dan menonton TV berjemaah tetapi kini masing2 mengambil ruang sendiri. Saya juga perasan dengan perubahan suami yang setiap waktu usai solat akan membaca Al-Quran di mana sebelum ini hanya dilakukan selepas solat Maghrib/Isyak.

Dan akhirnya Allah makbulkan permintaan saya.

Suatu lewat mlm setelah anak2 tidur, suami mendekati saya yang pura-pura tidur (suami tahu saya belum tidur) dan meluahkan segala-galanya termasuk mengaku atas segala kecurangan beliau terhadap saya selama ini.

Pertama kali juga saya melihat suami menangis semahu2nya (selepas kematian ibunya 5 tahun lepas).. menyesal dengan apa yang telah dilakukan terhadap saya dan anak2…

mengaku dirinya sebagai pendosa dalam setiap saat dan waktu.. dalam esak tangisnya, suami merayu2 mohon diampunkan dosa dan kekhilafan selama ini.. beliau takut Allah ambil nyawanya sebelum sempat saya memaafkannya.

Suami ingin berubah tetapi setiap kali itulah dugaan datang melanda. Dia malu nak melihat wajah saya dan anak2 kerana teringat segala dosa yang telah dilakukannya. Dia malu dengan segala kekurangan dirinya berbanding dengan saya.

Dia rindu saya yang ‘dulu’.. saya yang ceria.. saya yang celoteh bercerita dan berkongsi segalanya.

Isteri manalah yang sanggup melihat suami merayu2 dan merintih begitu, supaya dimaafkan segala salah silapnya???

Saya juga bukanlah insan yang sempurna dan bukanlah mencari suami yang sempurna..cukup sekadar melengkapi kekurangan yang saya ada. Bila ditanya siapakah isteri orang yang menjadi skandalnya selama ini.. yang dipanggil ‘sayang’ itu dan diingati setiap masa?

Ya, dia adalah kekasih lamanya, sebelum kami kenal lagi.. pernah lost contact tetapi masing2 saling mencari dan ditakdirkan bertemu semula di sosial media.. dijadikan teman bercerita meluahkan tentang penat lelah dan stress bekerja.

Bila ditanya, kenapa dia yang dipilih sebagai isteri walaupun mereka saling sayang menyayangi…jawapan suami:

Itu adalah takdir dan rahsia Allah.. jangan dipersoalkan. Kasih sayang suami terhadap saya juga takdir dan rahsia Allah katanya. Ya betul, tetapi CURANG itu juga pilihan bukan takdir semata-mata.

Lelaki dikurniakan 9 akal jadi kenapa harus tunduk dengan 1 nafsu?? Saya juga mempunyai bekas kekasih yang saya kenali sejak zaman sekolah ke universiti hingga kini tetapi kami tetap menghormati status masing2.

Sentiasa mewujudkan ‘gap’ atas dasar status isteri/suami orang sebab saya terlalu takut jika tiba2 diuji dengan perasaan yang pernah wujud sebelum ini.

Demi Allah ia adalah hubungan persahabatan atas dasar bekas rakan sekolah semata-mata. Suami hanya diam mendengar kata2 saya itu dan mengakui kebenarannya dan meminta saya menyokongnya untuk bertaubat dan berubah ke arah yang lebih baik.

Penghujung malam itu, saya maafkan segala2nya tetapi tidak semestinya saya dapat melupakan segala yang berlaku selama ini. Saya mohon diberi waktu dan ruang untuk mengubat kelukaan ini… kerana walaupun maaf telah terucap tetapi rosak dan parutnya tetap ada.

Saya juga mohon suami memohon kemaafaan dengan semua orang terutamanya suami wanita tersebut supaya beliau lebih tenang. Janjinya demi Allah, kesilapan ini tidak akan berulang lagi.

Daripada perkongsian ini, saya berharap agar pembaca dapat mendoakan yang baik2 dan kesejahteraan rumah tangga kami…

Semoga saya dapat menerima semula suami dengan sepenuh hati ini dan supaya lebih tabah serta kuat demi anak2. Semoga ada sinar kebahagiaan di penghujung usia ini. Aamiin….

– PUAN H (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *