Curang & Kekurangan

Assalamualaikum, thanks admin if confession ni admin approve.

Sejak 2, 3 bulan ni hidup aku banyak problem, bermula dengan hubungan dengan tunang aku yang makin hambar, hampir setiap hari kami akan bergaduh.

Kemudian tunang aku kantoi curang, then berlarutan ke prestasi kerja terjejas teruk sampai dapat warning dari bos.

First sekali aku kenalkan diri sebagai Mira, berumur awal 30an, bekerja swasta. Dah bertunang lebih dari 2 tahun. Disebabkan kita asyik pkp so banyak planning terjejas teruk.

Tunang aku Mirul, berumur lewat 30an, pun bekerja swasta, kami pasangan PJJ, maybe faktor PJJ kot membuatkan Mirul curang.

Kecurangan ni baru kantoi 3 bulan yang lepas, aku cuma anggap Allah nak tunjuk segala kebenaran. Hati aku hancur macam kaca berderai, frust sangat.

Aku tak pernah lalui kecurangan selama aku berhubungan dengan mana-mana lelaki, ini kali pertama, dan rupanya sangat sakit ye.

Bila dah kantoi mula-mula Mirul cuba play victim, tak mengaku salah malah tunjuk lagak macam aku ni buat tuduhan menbuta tuli, tup-tup aku tunjuk bukti satu persatu barulah Mirul cool.

Waktu ni aku akui Allah tu benar-benar berkuasa dan maha mengetahui segalanya.

Kalau Allah tak tunjukkan semua ni pada aku, entah sampai bila aku masih ditipu dan terus ditipu.

Dah kantoi teruk, Mirul mula slow down dengan aku, Mirul mintak maaf dan berjanji akan berubah. Katanya dia insaf dengan apa yang berlaku.

3 hari aku ambil masa untuk hadam, dan redha. Duduk dan berfikir dengan waras, sungguh aku cakap waktu tu aku sangat-sangat lemah.

3 hari aku tak jamah nasi, makan ala kadar sekadar mengelakkan aku gastrik.

Aku pertikai diri sendiri, apa salah aku? Aku tak cantik ke? Aku tak pandai masak ke? Sebab aku perempuan kampung ke? Sebab aku kerja biasa-biasa ke? Apa kekurangan aku sampai aku dapat dugaan macam ni?

Dan akhirnya aku terima Mirul kembali. Tapi serius cakap, takkan sama lagi dengan yang dulu. Aku jadi paranoid (entah betul ke tak term yang aku guna ni).

Bila nampak je perempuan cantik dekat social media, aku anggap mesti Mirul suka macam ni sebab perempuan ni lawa, atau entah-entah Mirul dah try mengurat dia.

Aku tak happy dengan keadaan sekarang, kadang-kadang aku sedih, kadang-kadang aku happy. Bila Mirul tak contact aku sejam dua pun aku dah mengelabah, adakah Mirul tengah on call dengan perempuan lain?

Aku rasa letih dengan semua perasaan ni. Susah untuk aku letakkan kepercayaan semula pasa Mirul. Dia nak makan pun aku fikir buruk, entah-entah makan dengan perempuan?

Aku cuma berharap, if Mirul betul-betul berubah dan insaf, aku mohon Allah buka hati aku seluasnya untuk Mirul, dan Allah letak balik sifat percaya aku pada Mirul semula.

Tapi if Mirul masih sama, masih ada penipuan di belakang aku, mohon Allah tunjukkan segala kebenaran dan kuatkan hati aku untuk menerima dan cepat-cepat dapat move on.

Aku sayangkan Mirul sepenuh hati aku, aku percayakan Mirul hampir 99% (sebelum kantoi), aku letak harapan tinggi gunung pada Mirul, aku support setiap aktiviti or hobi dia.

Itu sebab bila jadi macam ni aku rasa aku down yang terlampau sangat. Sampai tahap kepercayaan hampir 99% tu drop ke 1%.

Lately aku banyak pandang diri aku, aku salahkan diri aku. Aku salahkan diri aku banyak kekurangan sampai tunang sendiri curang dengan perempuan lain. Apa lelaki nak dari perempuan?

Lelaki lain memuji aku, sedangkan tunang sendiri memuji perempuan lain? Kelakar kan? Dunia ni betul-betul tempat ujian.

Untill now, aku still confuse, adakah Mirul benar-benar berubah seperti yang dia janjikan? Atau Mirul sekadar berjanji kosong sebab taknak kehilangan aku?

Kenapa lelaki tak boleh setia pada yang satu?

Sekarang aku fikir negatif yang Mirul akan tinggalkan aku suatu hari nanti bila dia dah jumpa perempuan lain yang lebih banyak kelebihan berbanding aku. Lebih muda, lebih bergetah, lebih daring.

Atau dia akan mintak kahwin lagi satu bila kami dah berkahwin nanti? Aku taknak kehidupan macam tu. Aku overthingking kan?

Yes, selepas dicurangi, aku jadi overthinking yang terlampau, nak makan berfikir, nak tido pun berfikir, tengah drive pun aku berfikir.

Segala segi aku berfikir. Sambil bekerja pun aku berfikir sampai prestasi kerja aku drop teruk. Aku banyak mengelamun.

Moga Allah SWT berikan aku petunjuk ke jalan yang benar dan permudahkan urusan aku. Dan kuatkan mental dan fizikal untuk aku hadap semua ni. Doakan aku ye. Thanks…

– Mira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *