Curang Kerana Bet

Korang ada kan kawan yang tak pernah main social media tapi lawa gila? Like, dia ada fb Instagram tapi macam tak wujud. Sekadar ada.

Aku ada sorang kawan macam ni. Muka macam Preity Zinta masa muda. Memang cantik orangnya. Perangai bagus, duit banyak, kerja elok. Tapi datang dari broken family. Bagi aku, okay je. Bukan kau pilih kan?

Tapi bagi dia, tidak. Itu insecurity dia. Banyak dugaan dan cabaran dia hadap. Lagipun dia anak sulung. Banyak ‘cela’ family dia kena selesaikan. ‘Luka’ family yang dia kena address.

İni semua menjadikan dia seorang yang sangat berdikari dan tegas. Garang. Lawa lawa pun orang tak berani dekat sebab dia garang. Pernah putus tunang sebab mak ex tunang dia taknak perempuan dari broken family.

Jadi dia jalan terus dan cari orang lain. Jumpa la sorang lelaki nerd yang baik. Kerja bidang sama, suka main game dan sangat introvert. Berbeza dengan isteri dia. Sangat kontra.

Satu hari aku terkejut, kawan aku ni call aku nangis teresak-esak. Dia cakap suami dia curang. Dah lama. Dia tak tahu nak cakap dengan sapa. Aku minta dia bertenang. Petang tu jugak aku pergi rumah dia. Dia cerita la dekat aku.

Suami dia ni macam bet (bertaruh) dengan kawan, siapa boleh dapat perempuan tu kira hebat la. Budak perempuan ni staff baru. Kerja bidang banyak lelaki, bila ada perempuan, mula la.

Walaupun rupa taknak la judge kan, tapi nak judge jugak sebab bagi kawan aku merana. Muka 5% pun tak ada cantik macam kawan aku ni. Entah la, maybe sebab muda.

Masalahnya, tu bet orang bujang, yang hang dah ada anak bini nak join kenapa? Last last perempuan tu berkenan dekat dia, yang ada anak isteri ni. Setahun jugak dah kawan.

Isteri ni dah tahu, tapi masa tu baru lepas pantang. Dah warning. Ingatkan dah stop. Kawan lagi. Sampai lah anak dah setahun lebih.

Dia cakap dia suka sebab perempuan tu lembut, bini dia garang. Aku dalam hati nak je mengata “dapat la bini garang hg tu akai mcm budak kecik.”

Dah la komitmen bini bayar lebih, ada hati ya nak cari no dua. Sembang punya sembang, aku suruh kawan aku ni inform mak ayah dia, mak mertua semua. Tak boleh sembunyikan. Nanti lagi rumit.

Lepas daripada tu kawan aku terus diam. Lama jugak aku contact dia tak layan, baru baru ni dia ajak jumpa lagi.

Dia cakap dia dah decide. Last warning dia bagi. Dia masih bertahan sebab anak. Buat taik lagi sekali memang dia taknak dah.

Depan mak ayah laki dia, dia bincang. Kereta nama dia, rumah nama dia. Segala harta benda semua dia tukar nama dia. Diam diam dia beli kereta baru. Dia tukar kerja baru yang gaji 2x ganda dari kerja lama. Siap buat post-marital agreement.

Dia tunjuk agreement ni depan family dia dan family laki dia. Langgar janji, tengok anak pun tak boleh. Mak laki dia nangis-nangis minta maaf.

Laki dia memang drama la. Melutut bagai. Dia cakap setitik air mata pun tak keluar. Dia buat segala benda untuk anak dia.

Apa jadi budak perempuan tu? Dia malas ambil tau. Budak tu minta maaf. Dia malas nak ambil tahu lebih lebih. Bukan salah perempuan tu je, laki dia pun salah.

Apa jadi laki dia? Macam dah insaf. Aku harap dia sedar peluang ni takkan datang lagi. Mungkin dia rasa confident. Dia boleh dapat orang macam bini dia, why not try someone else?

Aku harap kawan aku terus jalan kedepan. Walau apa pun keputusan dia, aku akan sentiasa sokong dan respect.

Semoga tak ada la cerita cerita begini di luar sana. Nampak buruk dan childish betul perangai Kalau sanggup curang semata sebab bet.

– Kawan Preity Zinta (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *