Assalamualaikum para pembaca IIUM Confession yang dirahmati Allah, moga kalian di bawah lindunganNya selalu. Sebelum meneruskan pembacaan, suka aku ingatkan ‘karangan’ aku agak panjang.
Jadi awal-awal lagi aku maklumkan, jika anda rasa ada input yang boleh dikongsi, anda boleh meneruskan pembacaan. Namun jika sekadar untuk mencari salah dan sudah terbiasa menghentam sana sini, cerita kali ini mungkin tidak sesuai untuk anda.
Ok.. dengan bismillah aku mulakan.
Terasa terpanggil untuk meluah rasa dan jika boleh, ingin mendapatkan pandangan dan kata-kata semangat daripada kalian semua.
Jika ada rezki, aku harap sangat luahan aku ini turut dibaca oleh suami ku sendiri agar dia dapat memahami kenapa isterinya ini sudah tidak seperti dahulu lagi.
Ya, abang sudah pun meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi kesilapan serupa,
Dan isterimu ini juga sudah memaafkanmu dan sedayanya untuk melupakan segalanya yang terjadi, tapi percayalah bicara lidah lebih mudah untuk dituturkan berbanding kudrat diri yang perlu melakukan.
Dan inilah point utama kenapa coretan aku hadir memenuhi ruangan page kegemaran ramai ini.
Sebelum tu, sedikit intro tentang diriku- namaku Dee (semestinya bukan nama sebenar), berumur awal 40-an dan sudah mendirikan rumahtangga hampir 20 tahun lamanya. Pasti kalian dapat mengagak kan topik apa luahan ini?
Yang mana sebut ‘mid-life crisis’, anda sememangnya hebat! Yang tak dapat teka dengan tepat, anda juga hebat. Semua kita dilahirkan hebat.
Tinggal lagi kadang kala keadaan hidup dan takdir yang menukar kita daripada seorang hebat kepada seorang yang tak berapa hebat, atau lebih tepat lagi seorang ‘looser’.
Dan itulah yang aku rasa kala ini. A LOOSER!
Sepanjang hampir 20 tahun perkahwinan, inilah kali pertama aku diduga sebegini. Ya jika diukur dengan kisah-kisah para isteri dalam ni, kisah yang ingin aku kongsikan di sini tidaklah seteruk mana pun.
Ada lagi yang jauh lebih dasyat ujian buat mereka (dan aku sangat kagum dan tabik kat para isteri yang diuji dengan isu suami curang tapi mampu bertahan sehabis baik untuk keluarga, korang memang insan terpilih, moga syurga buat kalian!)
Dan kenapa aku memilih untuk berkongsi kat page IIUM Confession ni? Terus terang, sukar untuk aku meluah pada mana-mana manusia di luar sana atas status yang kami pegang. Suamiku, kalau disebut namanya di daerah kami menetap ini, pasti semua orang mengenalinya.
Aku pula tidaklah sampai ke tahap itu, tapi sebagai isteri orang ‘terkenal’, tempiasnya sedikit sebanyak pasti akan terkena.
Dia orang yang dihormati, berjawatan tinggi dalam organisasinya dan begitu dipandang tinggi oleh mereka yang mengenalinya. Andai katalah mereka semua itu tahu apa yang telah berlaku…………..
Jadi, mengambil kira semua faktor ini, aku tak rasa dengan bercerita dan meluah pada manusia secara fizikal bersesuaian, sedangkan aku memerlukan medium untuk aku menghilangkan segala gundam.
Walau sebelum ini aku sudah meluah direct kepada suamiku, ber page-page luahan aku di ruangan facebook peribadi ku, still rasa release itu tidak sampai. Aku masih dihantui rasa itu.
Seperti yang aku katakan di awal cerita tadi, kisah aku tidaklah seteruk kisah-kisah lain.
Aku simpulkan yang incident ni berlaku bilamana suamiku telah terjumpa kenalan lama di facebook yang sudah terpisah puluhan tahun lamanya (dia sendiri yang search cari, gigih hantar PM dan bertukar-tukar no hp), dan semua itu tanpa pengetahuanku!
Berapa lama sudah mereka berhubung, aku sendiri tidak pasti walau suami ku bertegas baru sahaja berhubung dengan perempuan tu yang juga seorang pendidik yang sudah bergelar isteri orang!
Allahu akhbar..ampunkan aku ya Allah. Izinkan aku meluah tanpa niat untuk membuka aib suamiku sendiri. Aku hanya perlukan sokongan dari insan yang prihatin, atau mungkin yang senasib untuk aku teguh berdiri dan bangkit melawan emosi terluka ini.
Sebelum ini, aku memang meletakkan sepenuh kepercayaanku kepada dia. Dan mungkin inilah silapku- terlalu mempercayainya.
Suami ku ini sejujurnya sering menjadi tempat rujukan kawan-kawan yang mengalami masalah rumahtangga, dan dialah yang selalu ke depan memberi nasihat dan panduan.
Atas dasar itu, aku betul-betul yakin yang dia takkan sesekali curang padaku kerana dia seorang yang ‘walk the talk’. Tapi mungkin kali ni Allah nak uji dia, Allah bolakkan hatinya dan apa yang dia pernah nasihatkan orang lain sebelum ini terhempok atas muka dia kembali.
Mungkin expectation aku terhadap dia terlalu tinggi. Umpama mendaki tempat tinggi, sekali kau terjunam, terus terbenam.
Berbalik pada kenalan dia tadi yang terjumpa semula di mukabuku. Aku yakin bukan sehari dua mereka berbual mesra, berkongsi cerita dan update kehidupan masing-masing,
Walau suamiku ingin meyakinkan aku perbualan mereka sekadar kenalan lama- tanya tinggal mana, anak dah berapa, hal kerja, hal anak dll.
Aku yakin ia lebih dari itu! Dari hasil soal siasat aku terhadap suami aku sendiri, aku dapat katakan hampir setiap hari mereka ber ws Bersama, saling bertukar-tukar gambar selfie, hatta tatkala hari raya pun perempuan tu tahu kami sekeluarga beraya di mana!
Apa yang perempuan tu makan dan lakukan, pun dalam pengetahuan suami aku. Umpama pasangan baru bercinta, setiap masa perlu update pasangan buat apa dan segalanyalah!
Cuba kalian bagitau, mana mungkin isteri yang setia ini tidak terluka, jika ini keadaannya?
Selama berbulan-bulan mereka bermesra berdua, awal pagi sudah hantar gambar selfie tanpa aku ketahuinya, entah apa lagi yang dorang bualkan dan kongsikan..
Wallahi Aku serahkan segalanya kepada Dia untuk tentukan dan berikan pembalasan yang sewajarnya sekiranya mereka menjangkaui batasan seorang Islam..
Yang aku tahu sekarang, aku sangat-sangat terluka dan terus terluka walau berkali-kali sudah suamiku memohon maaf. Mereka tidak pernah berjumpa secara bersemuka, tapi bertemu di mukabuku dan bersambung di ws sudah cukup buat hatiku lebur.
Aku rasa ditipu, dikhianati, ditikam lunyai oleh suamiku sendiri bilamana dia seakan cuba menyembunyikan hal ini daripada pengetahuanku dengan tidak menyimpan nombor perempuan tersebut menggunakan nama sebenar tapi hanya nama samaran.
Semua perbualan mereka di ws dibuang selepas mereka berbual. Bagaimana aku tahu jika semua sudah delete?
Duhai kalian, sehandal-handal manusia, handal lagi pencipta kita! Kun fayakun. Dan aku boleh katakan, naluri seorang isteri tak pernah tersalah alamat. Hidayah atau petanda datang bila Allah jentik hati isteri-isteri ini untuk bertindak atau melakukan sesuatu.
Dalam kes aku, terdetik hatiku untuk melihat hp nya setelah sekian lama aku tak cuba menyelidik siapa kawan-kawan dia, apa yang dia selalu buat bila bersendirian dan sebagainya.
Macam aku katakan tadi, silapnya aku kerana terlalu percaya akan dia. Dan hasilnya, inilah yang sedang aku alami dan hadap sendiri.
Kala aku memegang hp nya, terserlah kegusaran di wajahnya. Riak dan air mukanya nyata tidak tenang.
Dan kebetulan kala itu juga perempuan itu ws dia, update apa dia sedang buat kala itu sambil menghantar gambar selfienya. BINGO! Terbongkar sudah yang kau nak sangat rahsiakan sebelum ni kan?
Aku confront suami ku terus. Soalan demi soalan aku talukan padanya, dan nyata dia hanya mampu meminta maaf dan mengakui kesilapannya.
Dan nyata perempuan itu adalah perempuan yang sama yang pernah mengganggu kami kala aku dan suami masih di fasa pertunangan dulu *sigh
Dan kini, suami aku sendiri yang mencari dia, ber ws secara sembunyi-sembunyi seperti pasangan kekasih lagaknya.
Walau suamiku bertegas tiada apa-apa perasaan terhadap perempuan itu, berbual benda-benda biasa sahaja, kau ingat aku nak percaya? tutur katanya masih tidak mampu meyakinkan aku, jauh sekali merawat luka hatiku.
Soalan aku mudah, jika tiada apa-apa, kenapa selepas puluhan tahun masih lagi mencari dan mengintai nama perempuan itu?
Kenapa perlu sembunyikan dari pengetahuan aku, dan kenapa perlu berhubung secara sembunyi-sembunyi, jika betul atas dasar ‘kawan lama’?
Aku juga ramai kawan lama, tapi perlu ke aku mencari mereka semula, save nama mereka dengan nama berlainan dan delete semua perbualan aku dengan mereka?
Paling utama, untuk apa aku mencari kawan lama yang berlainan jantina, sedang dalam usia begini normalnya masing-masing sudah berpunya dan beranak pinak dah pun.
Persoalannya..untuk apa? UNTUK APA???
Syaitan mudah saja memberi jawapan..laki kau yang tak boleh move on, tak boleh lupakan perempuan tu yang mungkin kekasih lama dia (yang mungkin tak officially declare as couple tapi memasing ada memendam rasa…*cry)
Jadinya kalian, salahkah aku jika aku terluka dengan keadaan ini?
Salahkah aku jika jiwa aku tak tenteram tiap kali membayangkan mesranya mereka berbual, bahagianya mereka menggamit memori lama, happynya mereka bila dapat ‘bertemu’ tiap hari dengan menipu pasangan masing-masing.
Jiwa aku memberontak tiap kali incident ini ter pop up di minda ku, menggugat keharmonian mood dan emosi.
Aku terus berubah daripada tenang dan tersenyum menjadi pendiam dan berkelat muka, hanya kerana tiba-tiba terpampang muka perempuan itu di ruangan mataku.
Sementelah suamiku pernah mengaku pernah membahasakan perempuan tu ‘my dear’……….Allah..sakitnya aku!
Aku tak meletakkan salah pada perempuan itu sepenuhnya. Jika suami aku tak mencari, dia takkan jumpa perempuan ni, dan takkan melalut-lalut hingga ada possibility hubungan terlarang jika terus dibiarkan.
Anyhow, its take two to tango. Silapnya perempuan tu – melayan dan seronok melayan tanpa rasa bersalah pada suami sendiri.
Yelah, benda haram dan berdosa ni kan seronok. Ber ws sembunyi-sembunyi ni kan thrill, mencabar. Lagi mencabar sesuatu itu, lagi tinggi kenikmatannya. Dosa pahala apa kau kira, bila nafsu sudah beraja.
Walau suami aku bersungguh minta maaf, berjanji bermadah segala, hatta dah delete pun nombor perempuan tu, tapi semua ini belum cukup untuk aku terus erase segalanya dari ingatan semudah A,B,C.
Bukan aku tak bersyukur, at least hubungan mereka tak berlarutan hingga ke level yang tak sepatutnya tapi I am having trust issue here.
Percayalah, kepercayaan ini sekali retak tak semudahnya nak dipulihkan kembali.
Apatah lagi jika ia sudah lunyai terhempas berterabur…nak kutip satu-satu dan tangkupkan semula, bagi aku tak semudah lidah menutur.
Bagi aku, suami aku insaf pun hanya selepas aku kantoikan mereka.
Jika aku terus menerus mendungukan diri tak check hp dia, sampai kiamat agaknya aku tak tahu hubungan terlarang mereka. Dan jika dibiar berlarutan lama-lama dan isteri bodoh ni teruslah percaya yang laki dia baik, korang rasa macam mana?
Jadi pada mereka yang pernah melalui situasi seumpama ini, bagaimanakah kalian overcome rasa insecure, trauma dan paranoid kalian?
Aku tiap kali melihat suamiku online, cukuplah buat aku berdebar jantung nk pitam. I might be overly thinking, tapi seperti yang aku katakan, aku menghadapi trust issue. Aku hilang percaya pada suami sendiri.
Aku jadi tak yakin bila dia kata dia dah berubah, dia takkan sesekali menghubungi mana-mana perempuan lagi, tapi bagi aku, itu hanya satu penipuan, ayat penyedap rasa dan hanya sekadar nak tutup kesalahannya sahaja.
Hilang sudah rasa yakin untuk hidup bersama sampai mati dengan dia..Hinggakan aku minta jaminan daripada dia, jika dia ulangi lagi silap yang sama, kita berpisah!
Terpana suami ku mendengar ugutan dari isteri sendiri kerana dia tahu aku sejenis manusia yang macam mana; sekali nekad, tiada istilah u-turn kembali. Itu aku.
Satu lagi, dengan apa yang terjadi, aku rasa hina diri. Aku beranggapan mungkin aku sudah tak secantik dulu, aku compare kan diri aku dengan perempuan tu yang nyata lebih berkulit cerah- semua ini membuatkan aku rasa insecure dan LOOSER!
Walau berat aku masih maintain 50kg macam dulu dan perempuan tu berisi badannya, still aku rasa aku tertinggal bertiang tiang daripadanya. Hebatnya dia walau puluhan tahun terpisah, namanya masih segar dalam ingatan suamiku.
Pasti dia terloncat gembira bila suamiku gigih mencarinya semula dan melayan berbual hampir setiap hari (walau suamiku mendakwa mereka hanya bercontact paling banyak pun 3-4 hari sekali)
Again, bagi aku itu semua dusta, melainkan jika aku dapat tengok sendiri perbualan mereka, baru aku puas hati dengan statement dia.
Bukan suamiku tak bersungguh meyakinkan aku, aku jauh lebih lawa, cantik, bergaya, baik, sempurna buat dia, still aku rasa itu semua takde makna. Aku dah takde rasa seronok bila suami bertalu memuji aku gitu gini..
suara jahat tu akan berseru: depan aku puji aku, dengan perempuan tu entah apa lagi pujian yang dia dapat. Yes i might over thinking tp cuba kalian berikan tips, bagaimana untuk aku hilangkan rasa gila sebegini? How to regain my broken trust again?
Macam mana aku nak positifkan diri dan redha dengan apa yang dah jadi. Yes past is past tapi at the same time, damage is also done.
Korang boleh labelkan aku apa saja.. Tapi korang…… tolonglah aku.
Dariku isteri yang tersakiti,
– DEE SI LIMAU KASTURI (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit