Assalamualaikum. Besar hatiku jika confessions ini dipaparkan.
Aku kenalkan namaku Rose. Berumur dalam 20 an. Aku sudah berkahwin dan dikurniakan 2 orang anak yang bijak dan comel.
Ku tulis confession ini bukan untuk meluahkan.. tetapi lebih kepada memberi pendapat.
Oleh sebab,ketika ku menulis confession ini.. hatiku sudah remuk. Bagai kaca yang jatuh berderai.
Biar aku ringkaskan apa yang terjadi terhadap diriku ini.
Aku adalah seorang yang menjaga solat. Rupa juga ada. Tidak culas tanggungjawan sebagai seorang isteri dan juga ibu.
Jika ditanya pada suamiku.. apa yang aku perlu ubah.. apa kekurangan aku pada suamiku. Suamiku akan jawab.. aku terlalu sempurna di matanya.
Suamiku pula seorang yang sangat bertanggungjawab. Sentiasa tunaikan permintaan aku dan anak-anak.
Sebelum ini, aku banyak tidak memahami kerjanya. Selalu bertelagah dengan waktu kerjanya yang padat membuatkan hati dia makin lama makin tawar padaku.
Makin lama makin tiada perasaan padaku. Ia berlanjutan smpai bertahun-tahun tanpa aku sedari.
Dalam pada waktu itu, aku sedari dia sudah mula tidak ucapkan sayang apatah lagi cinta buatku. Dia hanya jalankan tanggungjawab dia macam biasa.
Dalam waktu itu juga, 2 tahun yang lalu, aku telah tangkap dia curang dengan ofismate dia beberapa kali.
Walaupun dia sudah meminta maaf, kemudian benda-benda curang ni berlaku lagi.. Yang aku ingat, dia kantoi dengan aku sebanyak 3 kali. Masa ni password phone dia aku tahu.
Aku terbaca conversation email dia dengan ofismate dia. Mesej gatal-gatal. Masa ni aku nangis semahu-mahunya.. tanya apa kesalahan dan kekurangan aku.
Barulah dia beritahu yang selama ni aku tak sporting dan tak raikan minat dia juga tidak faham kesibukan kerjanya. Dan aku akui itu salahku.
Fast forward, dia berjanji tidak akan berlaku curang denganku lagi. Aku pun berjanji akan berubah.
Memang aku berubah betul-betul.. jadi seorang yang matang dan tenang juga memahami kerjanya yang sibuk.
Masa ni dia mula rahsiakan password handphone dia dari ku. Alasan dia supaya aku tidak fikir bukan-bukan.
Dia suruh aku percayai dia seratus peratus. Dan memang itu yang aku buat dan aku nampak perubahan ketara dalam diri dia.
Dia mula menyayangiku kembali dan aku juga mula merasai cintanya kembali. Dia juga mengakui aku banyak berubah.
Kami hidup bahagia selepas itu. Walaupun bahagia, hari-hari aku minta Allah tunjukkan aku jika suamiku berlaku curang.
Aku mohon begini kerana aku berasa sangsi oleh sebab dia sangat menjaga privasi telefonnya.
Hari ini, tanganku menggigil lagi. Suamiku kantoi curang lagi dengan ofismate dia yang lain.
Waktu itu, aku meminta izin dia untuk melihat gambar-gambar bercuti kami. Aku mengambil kesempatan untuk membuka whatsappnya.
Ya.. memang benar tekaanku. Dia curang. Bermesej mesra dengan isteri orang anak dua.
Dengan perempuan itu dia puji cantik persis anak dara. Dengan isteri dia tak pernah dia puji sebegitu rupa. Risau ofismate tak datang kalau kena demam. Cinta.
Di saat dia tahu diri dia kantoi. Dia melutut, menangis juga memelukku. Memohon maaf padaku berkali-kali.
Katanya dia sudah mula menyintaiku. Kalau betul cinta, kenapa masih curang.
Hatiku berbelah bahagi. Ingin sahaja aku ke mahkamah memohon perceraian.
Sudah tiada kepercayaan dalam diriku walaupun dia minta peluang untuk kesekian kali nya. Hatiku sudah hancur.
Atau mungkin aku hanya jd isteri dia hanya pada nama. Betulkah tindakanku itu? Mohon bercerai atau stay kemudian menghabiskan harta-hartanya? Apakah cara bijak yang aku perlu buat?
Aku sangat buntu. Aku malu untuk mohon pendapat adik beradik juga kawan-kawan.
Mohon doa kalian agar diriku kuat.
– Rose (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit