Curang? Semua Salah Seorang Saja?

Aku ada tengok satu video ustazah ni handle kes peceraian di Malaysia. Ustazah ni cerita ada suatu kes seorang makcik ni datang mengadu suaminya curang, suaminya pangkat besar dan ada PA yang memang follow je suaminya ke mana sahaja.

Suatu hari makcik ni tahu bahawa suaminya itu bercinta dengan PA dia. Makcik ni pun call lah perempuan tu nak tahu adakah niat perempuan ni baik atau sebaliknya.

Semasa call perempuan ni dengan angkuhnya berkata walau macam mana sekali pun dia akan pastikan suami makcik tu akan jadi suaminya.

Dari riak suara dengan nada keangkuhan perempuan ni makcik ni tahu yang perempuan simpanan suaminya tu tidak lah Berniat baik. Jadi dia mintak nasihat dekat ustazah ni lah.

Ustazah ni cakap semua yang berlaku ni adalah ujian makcik tu. Ada salah makcik tu sehingga suaminya cari lain blaaa blaaa memang 100% ustazah tu salahkan makcik tu.

Aku mengaku tak semua point ustazah tu salah ada yang betul tapi tak semuanya aku setuju.

Suami aku pernah curang dengan aku, yes disaat aku amat memerlukan dia, dia bercinta dengan perempuan lain, adakah ia salah aku? Ia betul dan ia tidak.

Betul masa tu aku ego aku tak hormat suami aku selayaknya seorang isteri hormat pada seorang suami tapi adakah 100% salah aku?

Tidak suami aku pun salah dimasa aku sakit tengah mengandungkan anaknya sehinggalah anaknya meninggal dalam kandungan di mana dia? Dia di sana dengan perempuan tu.

Aku mengaku aku juga bersalah tak sepatutnya seorang isteri berperangai seperti itu dan suami aku juga bersalah (dia mengaku) dia tidak melayan aku selayaknya sebagai seorang isteri.

Ustazah tu cakap curang tu adalah ujian dan teguran dari Allah betul aku setuju, dari kes suami aku curang tu aku banyak istiqomah dan dekat kan diri padaNYA lagi lagi aku perlukan semangat setelah aku kehilangan anak dan “hilang” suami.

Allah menegur aku untuk berubah bukan untuk suami aku tapi untuk diri sendiri dan Allah. Hati manusia ni cuma lah pinjaman sahaja hanya Allah Maha Mengetahui.

Point yang aku tak setuju bila mana ustazah tu umpama mendesak makcik tu untuk berubah menjadi lebih baik untuk suaminya, belikan hadiah, bagi layanan paling terbaik blaa blaa blaa.

Betul makcik tu kena berubah tapi tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi suami pun kena sama sama berubah.

Itu yang kami suami isteri buat, masing2 kena berubah, masing2 kena mainkan peranan masing2, Insyallah perkahwinan itu akan sentiasa dalam lindungan Allah.

Aku bercakap berdasarkan pengalaman dicurangi dan akhirnya dapat selamatkan rumahtangga aku dan bukan aku sahaja yang berusaha untuk berubah menjadi lebih baik tapi suami aku juga berubah bersama sama.

Jika dicurangi dan awak masih sayang kan suami awak berdoa letak kan sepenuh kepercayaan pada takdir Allah dan berusaha berubah untuk menjadi diri awak yang lebih baik untuk awak dan Allah.

InsyaaAllah suami awak akan pulang ke pangkuan awak versi yang lagi baik atau awak akan dijodohkan dengan orang yang lagi baik InsyaaAllah.

Perkahwinan adalah kerjasama dua belah pihak suami dan isteri. Kalau hanya 1 pihak sahaja yang berusaha itu bukan lah sebuah perkahwinan.

– -Yang sedang berubah- (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *