Curang Seorang Isteri

Salam semua. Aku Sally, bukan nama sebenar. Dari tajuk korang akan tahu apa yang aku nak ceritakan.

Aku seorang isteri kepada pekerja oil & gas. Tahukan orang yang kerja bidang tu akan offshore berbulan.

Awal perkahwinan kami hidup berdua, bekerja tempat yang sama. Selepas 1 tahun berkahwin, suami aku terima tawaran bekerja di bidang itu.

Aku mula di tinggal selama berbulan lama nya, aku ok aje. Tapi bulan makan tahun, aku terasa sunyi yang amat. Dan kelamaan sunyi terasa kosong.

Suami aku kerap call dan video call, tapi aku mula hilang rasa kenikmatan tu.

Aku mula download dating apps, aku berjumpa lelaki sana sini, aku rasa seronok sebab aku nak pergi ke mana, sentiasa ada teman.

Bila di tanya status, aku akan kata bujang. Dan aku mula suka pada seorang lelaki bujang, aku bagi nama dia A. Dari suka jadi cinta.

Aku tahu ape yang aku buat ini salah, tapi aku rasa seronok sebab kesunyian aku dah terisi.

Pada suatu hari, suami aku balik rumah senyap2 untuk buat surprise pada aku, time tu aku tengah tidur, entah macam mana time tu suami perasan notification whatsapp masuk, kantoi.

Dan suami baca segala perbualan aku dengan lelaki A di whatsapp. Suami terus mengamuk menumbuk pintu bilik.

Aku minta maaf, tapi suami diam. Sepanjang hari suami tak bertegur aku. Aku rasa bersalah teramat.

Dan ke esokkan nya suami maaf kan aku. Aku janji tak nak buat dah. Iye selepas itu aku memang tak buat dah.

Aku ok berbulan macam biasa bila berjauhan dengan dia. Kami call dan video call macam biasa. Namun rasa sunyi itu muncul balik, dan aku mencari semula lelaki A, yang aku jatuh cinta itu.

Dan sekarang ini, lelaki A itu nak masuk meminang aku, aku jadi serba salah sebab menipu lelaki A itu dan aku rasa bodoh sebab rosak kan kepercayaan suami aku itu semula.

Sekarang ini, hati aku dengan suami makin pudar, aku mula berpaling arah pada lelaki A itu.

Aku tahu apa yang aku buat itu memang berdosa, aku memang nak berubah.

Jadi aku nak minta pendapat pada semua, macam mana aku nak warnai balik perasaan aku dengan suami yang makin pudar itu.

Dan bagaimana aku nak lari dari lelaki A itu, adakah aku patut bagi tahu yang aku sebenarnya isteri orang atau bagaimana?

Aku memang nak berubah, aku nak cari kebahagian dalam rumah tangga aku, tapi aku buntu macam mana nak mula.

Harap korang dapat bagi nasihat yang murni pada aku, jangan marah sampai menghina aku. Terima kasih.

Maaf ayat aku macam kapal karam..

– Sally (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Bagitahu yang kau dh berkahwin. walauapa pun mmg kena bagitahu kau dh berkahwin. even you decide you nk cerai sekalipun, kau still kena bgitahu kau dh kahwin. if you decide nk pertahankan perkahwinan.. pergi cari hobi, cari kawan bukan lelaki. penuhi hari anda dengan aktiviti. ituje

  2. Akak, saya pun suami yang bekerja o&g, dan dia offshore. jangan membongak nak kata sunyi.
    Saya kerja, saya penuhkan weekend dengan aktiviti bersama keluarga (saya tiada anak, kahwin dah lebih 6tahun). Jangan sesekali letak sunyi dalam hati, jgn sesekali fikirkan kehidupan bujang dan jangan install dating apps.

  3. Anon, aku doakan suami ko dapat perempuan jauh lagi baik dari ko and bf ko pun dapat jodoh jauhhhh lagi better.

  4. first of all, bagitahu everything to your spouse. bagitahu dia you lonely bila dia takde jauh. think of the solution together. honestly if you ask me, he deserves better. kalau tak boleh rasa sunyi, you shouldnt have gotten married in the first place. kalau single, nak main dating apps, main lah. ni dah bersuami. ada banyak benda lain yang berfaedah boleh buat. find something that could get rid of your loneliness.

  5. Mak ai beraninya ko. Dah kebal ke. Laki ko tu cari rezeki untuk ko, hargailah. Ko ingat dia seronok ke kat laut, sunyi beb, hidup tak serupa orang. Duit banyak tapi tak bole enjoy, Kiri kanan depan belakang bawah semua laut, tak ada betina nk hilangkan sunyi. Otak ada untuk fikir. Ramainya yg terluka nnti. Jgn ikut nafsu, berhenti sebelum suami benci. Bole ke hidup tanpa dia. Kalau jadi macam akak suami tak bekerja, ada depan mata tapi tak happy sbb nk happy pon kena ada duit. Tapi akak tetap bersyukur sbb kami semua sihat walaupun hidup dlm kesempitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *