Cerita “Curang Tanpa Niat” ni tengah hangat dekat Astro kan.
Saya bukan nama sebenar (Shaima) adalah anak mangsa seperti kisah si Eshal dan Astrid. Saya menggunakan nama pelakon Curang Tanpa Niat dalam kisah kami sekeluarga.
Eshal ayah saya. Elina ibu saya. Omar suami Astrid. Astrid ibu tiri saya. Eshal dan Astrid bercinta di tempat kerja.
Bezanya di sini, ibu saya masih lagi bertahan menjadi isteri Eshal dan membenarkan Eshal berkahwin dengan Astrid. Astrid diceraikan Omar, dan berkahwin dengan Eshal.
Sepanjang perkahwinan Astrid dan Eshal, Eshal jarang atau lebih tepat lagi tidak bermalam di rumah Ibu Elina. Ayah Eshal akan balik siang, tapi akan pulang bermalam di rumah Astrid.
Ibu saya memang penyabar. Dia membesarkan kami 7 orang sendirian. Tapi ibu kata, asalkan Ayah Eshal masih lagi bertanggungjawab dan pulang walaupun sekejap dia dah bersyukur.
Saya juga kasihan dekat nasib anak-anak Astrid. Beza Astrid dalam kisah kami, dia ada anak juga 7 orang dan anak paling bongsu dia pada waktu itu baru setahun.
Saya anak bongsu. Sewaktu hal ini berlaku saya seumur si abang Azril. Ibu Elina selalu ingatkan kami adik-beradik supaya hormat dan sayang Astrid sebagai ibu juga.
Dia tak pernah berdendam dekat Astrid. Walaupun Ibu Elina tak pernah dapat hak dia sebagai seorang isteri pertama seperti isteri pertama yang lain.
Ayah Eshal kata dia tak boleh tinggalkan Astrid seorang di rumah. Sebab Astrid seorang yang penakut dan Astrid ada masalah trauma akibat kisah silam dia bersama Omar. Serta Astrid di rumah seorang tiada peneman. Kalau Ibu Elina ada kami bersama-sama adik-beradik yang lain.
Astrid tinggalkan anak-anak dia dekat ibu mertua dia. Saya sangat kasihan akan anak-anak dia, masih kecil lagi. Dah berjauhan dengan ibu ayah dia.
Omar suami Astrid seorang kaki pukul dan kaki perempuan juga. Sebab itu, kononnya ayah saya menjadi penyelemat. Macam Astrid dalam cerita Astro tu kata kan. Cuma bezanya Omar dalam cerita tu baik.
Jadi bila Astrid berjumpa dengan ayah saya, Eshal, dia jatuh cinta. Dan Ayah Eshal pernah cakap, perkahwinan dengan Ibu Elina perancangan keluarga. Dengan Astrid memang atas dasar cinta dan ingin menyelamatkan.
Kini Ibu Elina pun telah tiada, meninggal pada Julai 2024. Pada waktu itu, Ayah Eshal seakan menyesal. Kerana waktu akhir-akhir Ibu Elina, Ayah tiada di sisi Ibu. Tapi Ayah pun uzur, dan tak mampu berjalan sangat akibat strok separuh badan.
Pada September 2024, kami adik-beradik ke majlis perkahwinan anak Astrid. Ini semua atas permintaan akhir arwah Ibu Elina. Layan Astrid dan keluarganya baik. Tapi nampak riak wajah Ayah Eshal kesal atas segala-galanya. Sebelum balik saya salam Ayah, Ayah minta maaf.
Dari kisah ini saya sebagai anak bongsu dan seorang perempuan serta menyaksikan segala-galanya. Sejujurnya saya amat takut untuk berumah tangga. Kini umur saya 36, dan ada kerjaya yang bagus. Alhamdulillah.
Saya juga merasakan, perosak dalam sesebuah rumah tangga tu bukan sekadar orang ketiga sahaja. Tapi, ada berbagai-bagai bentuk.
Saya tahu, betapa hancurnya hati Ibu Elina waktu tahu Ayah Eshal ada hubungan dengan Astrid. Tapi dia menelan segala-gala rasa demi kami anak-anaknya.
Ibu tak pernah minta kami membenci Ayah Eshal. Cuma bila ada kehadiran Ayah di rumah ia menjadi sesuatu yang janggal.
Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Ibu Elina. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.
– Shaima (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya menangis baca kisah awak. Memang kebanyakan isteri akan berkorban perasaan sendiri demi menjaga kebajikan anak2nya agar tidak terabai jika berlaku perceraian. Suami selalunya ambil mudah bila bercerai serah segala tanggungjawa bulat-bulat pada ex-wife. Tanggungjawab nafkah mula lah culas dengan alasan dah ada keluarga baru. Selalu sangat dengar cerita tak enak bab nafkah anak-anak bila perceraian berlaku. Akhirnya isteri makan hati telan segala kesedihan .
Benda ni takkan berlaku kalau ayah kamu jaga mata dan jaga nafsu terhadap perempuan lain.
Lihatlah krn mengikut hawa nafsu konon CINTA?hati isteri dihancurkan anak 7 org terabai.
Semua berpunca drp hawa nafsu nak berbini.
Bawa masuk duri dlm perut.Itu je nak ckp..
Kalau manusia gunakan akal dan iman dgn waras takkan terjadi perceraian..perselisihan dan permasalahan
Al fatehah utk ibu kamu.Dia seorg yg sgt penyabar.Ayah kamu dh terima kifarah atas dunia jd stroke..dia mmg menyesal sebenarnya jauh di sudut ht cuma x terungkap je.Kerana dia banyak hati yg dah dihancurkan
Semoga kau tabah.Hidup ni mmg pentas ujian bg yg sanggup menerima ujian.Banyakkan beramal ibadah dan bersyukur krn kau ada kerjaya bgs.Dari sisi situ kau menang.Ada org rezekinya tidak bagus dari segi kwangan.
Soal jodoh..jgn cr lelaki yg ada latar blkg kwen ramai.Contoh mak/bapak/atok nya kahwin rmai lelaki.Benda ni blh menurun ke keturunan.