Salam warga IIUM Confession. Maaf tajuk agak kasar. Tapi ini lah hakikat.
Aku dah berkahwin dan ada 3 orang anak. Masih kecil semuanya paling muda tak sampai setahun.
Kisah aku seperti yang korang boleh agak. Suami yang tak setia dan perempuan yang tak tahu malu. Kejar suami orang dari masih bujang hingga dan beranak pinak.
Alhamdulillah akhirnya cinta mereka bersatu. Waktu aku dalam pantang.
Kisah diorang ini on off. Aku tak tahu suami berkawan dengan penyondol ini waktu berkawan dengan aku juga. Tapi suami kawin dengan aku. Yang perempuan ini pun datang je nikah kami.
Mungkin sebab bekerja sama itu yang makin galak. Tak kenal antara janji dan amanah yang Allah beri.
Suami ada minta izin sebelum ini. Tapi aku tolak sebab suami tak mampu. Perempuan tu pun tahu. Dia mengaku.
Fast forward perempuan ini ada message aku kata nak move on. Alhmdulillah syukur la dah sedar.
Aku pun masa tu naik hantu dekat suami aku. Then dia block smua number penyondol tu. Tapi, ada satu medium yang tak block.
Allah tak gerakkan untuk aku cek tang ini. Mungkin ada hikmahlah kan. Takpelah. Aku ingatkan drama dah tamat.. Rupanya tidak.
Satu hari tu, suami aku bagitahu dia dah bernikah dengan peyondol tu. Perempuan ini cari laki aku dalam medium tadi.
Laki aku kan setia sangat dengan janji perempuan ini tanpa pikir panjang diorang kahwin ye di seberang.
Dalam keadaan isteri dalam pantang. Masa ini Allah je yang tahu macam mana aku rasa. Bagitahu pun sebab nak daftrkan nikah di sini.
Pada isteri yang mengalami nasib macam aku, kalau dapat surat mahkamah panggil isteri pertama untuk pengesahan nikah poligami tanpa kebenaran, korang wajib datang.
Time ini la korang kene tuntut hak korang. Hak bermalam, nafkah anak – anak, nafkah korang, harta sepencarian. Jangan tak hadir. Memang sakit nak hadap tapi yes korang perlu berjuang.
Nanti akan ada sesi lagi yang kau kene pergi. Masih belum bicara lagi.
Masa pertama kali korang pergi mahkamah, pendaftar akan tanya, ada apa-apa tuntutan tak..
Yes! Jangan sekali kau cakap tak de ye. Time ni la ko kene sediakan afidavit jawapan. Minta smua yang aku cerita kat atas tadi.
Kalau tak tahu mcm mana nak buat, korang pergi je hire lawyer untuk buat document tersebut.. boleh capai sampai RM1k camtu. Yang ni kene pandai survey tau.
Nanti hantar dokumen ke mahkamah tinggi anda bagi salinan dekat suami yang curang tu. Aku berkongsi sebab mungkin ada yang tak tahu apa yang perlu dibuat kan dalam keadaan camni.
Memang masa tu memang blank. Macam macam rasa akan muncul tapi ingat. Hadir tau da fight for your self.
Cakap pasal perasaan.. Aku tak tahu dh nak rasa apa.. Tapi aku dah faham bila orang cakap hati mati, bila orang cakap sush nak tinggal suami even bila kene pukul, masih sayang dan sebagainya.
Ikut logik memang patut tinggal je jantan macam tu. Buat apa nak setia kan.. Tapi hanya yang alami sahaja yang paham..
Aku masih dalam mode tenangkan diri. Aku tak nak beremosi dalam membuat keputusan. Dalam bulan ramdhan mulia aku mohon petunjuk Allah, mohon doakan aku kuat sabar dan tabah.
Aku perlu fikirkan kebhgiaan aku kan? Diri aku… itu yang penting.. Tolong doakan aku ya. Moga Allah angkat darjat untuk ujian ini. Aku doakan korang semua sentiasa bahagia dunia akhirat.
Buat para suami, hargailah isteri anda selagi mereka masih bersama anda..
Bila hati dah mati, dia dah tak kan pedulikan anda lagi…
Begitu jua para isteri, jauhilah dari berlaku curang. Moga baik – baik sahaja untuk kita.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.
– Nisa’ (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit