Curhat Aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca di sini. Pertama saya minta maaf andaikata penulisan saya ini tunggang langgang.

Saya Safiya yang berumur 28 tahun serta sudah berkahwin dan ada anak berusia 2 tahun setengah. Bulan januari lalu, Ayah mentua berada di rumah saya kerana sakit. Tidak mampu berdiri. Berak kencing pakai pampers. Makan pun perlu bersuap.

Tujuan Ayah mentua di hantar ke rumah kami kerana suasana lebih selesa dan bersih. Sebagai menantu saya okey sahaja. Salah satu bakti saya untuk Ayah mentua. Lagipun, saya tiada Ayah kerana meninggal dunia akibat sakit buah pinggang ketika saya tingkatan 4.

Jadi memang dah anggap Ayah mentua seperti Ayah sendiri. Lagipun memang Ayah mentua memang baik. Ibu mentua juga telah tiada.

Masalah timbul apabila masa Ayah mentua mahu menukar pampers, ada tiga adik ipar di rumah seolah mengelak. Tatkala Ayah mentua nk tukar pampers saja, mesti panggil saya. Kadang saya sibuk buat kerja juga.

Tahan mereka menunggu saya juga daripada mereka nak buat sendiri. Saya bukan manusia berkira tapi fahamlah batas aurat antara Ayah mentua dengan menantu perempuan walau boleh bersalaman. Tapi bab mencuci itu, sepatutnya si anak lebih berhak.

Bukan tak diajar tapi semua pakat tak nak buat. Kalau ada Kaklong dengan Abang Ngah, mereka tiada masalah. Tapi sebab mereka bekerja dan cuma hari minggu saja mereka cuti dan menjenguk Ayah mentua.

Itu belum bab nak angkat Ayah mentua untuk mandi. Dipanggil berkali-kali tak menyahut. Nak harap saya sorang nak angkat, mana tahan.

Berat Ayah mentua pun lebih 70kg! Saya cuma 58kg. Suami saya pun tak boleh angkat sorang jugak. Memang kena ada dua orang paling kurang untuk angkat Ayah mentua.

Untuk pengetahuan, 3 adik ipar saya ada dua perempuan dan sorang lelaki. Yang lelaki baru berumur 15 tahun. 2 adik ipar perempuan ini asalnya bekerja tetapi setelah Ayah mentua sakit, mereka berdua berhenti kerja untuk jaga Ayah mentua.

Mereka berdua di upah oleh suami serta adik beradik lain. Saya takde upah ye. Saya cuma membantu. Tapi itulah, banyaknya campak ke saya. Nak suap makan Ayah mentua pun payah.

Saya dengan anak lagi. Mujurlah anak macam faham agaknya situasi Ibunya. Tak banyak ragam kecuali kalau dia tak sihat. Kalau dia tak sihat, dia mahu melekat dengan saya saja. Sepatutnya, tiga adik ipar tue fahamlah bila dah nampak situasi macam tue. Malangnya, tidak.

Tetap panggil saya bila nak tukar pampers, mandi or suap makan. Satu lagi, jajan anak saya macam biskut, wafer mesti akan habis. Beli hari nie, esok tinggal plastik saja. Kadang anak belum rasmi lagi dah pandai2 buka dan makan.

Bukan berkira tapi biasakanlah diri untuk minta izin dahulu. Mustahil saya tak bagi. Ada saya tegur tapi jadinya lain. Mereka anggap yang saya tak suka mereka. Suami bertanya perkara sebenar. Saya pun ceritalah semuanya.

Suatu hari, suami, Kaklong serta Abang Ngah datang dan memanggil ketiga2 adik mereka dan bertanya. Kaklong tanya, “Siapa yang tukar pampers Ayah hari nie?”Terkulat2 bertiga nak jawab.

Lepas tue ditanya lagi kalau bancuh susu sekali berapa ML, mereka bertiga gagal menjawab. Kaklong berkata dengan nada kecewa, “Jadi selama nie Kakchik (saya) lah yang buat kerja selama nie ya.

Korang berdua nie yang dapat upah. “Dan Abang Ngah sambung, “Bukan tanggungjawab dan kewajiban Kakchik jaga Ayah. Semua itu atas belas ihsan dia. Dia tak jaga pun tak berdosa.

Kami harapkan kamu berdua jaga Ayah. Ayah dulu sama2 bantu Mak cuci berak kencing kita semua. Kamu, Aina(bkn nama sebenar), masa kecik berapa kali kau muntah kat baju Ayah. Ayah tak pernah marah or merungut.

Nak dekat dua jam juga budak bertiga itu kena “basuh”. Suami juga menegur mereka suka ambil makanan jajan anak saya. Suami kata bukan tak bagi makan tapi ada adabnya. Memang dia kata rumah nie rumah dia tapi bukan bermaksud adik beradik boleh suka hati.

Sejak itu, mereka berubah. Tetapi mereka buat tak tahu dengan saya. Tak bertegur, kita ajak makan pun sampai ke sudah tak makan dan mereka rela order makanan kat Foodpanda. Apa-apa makan dalam bilik mereka.

Takpelah, saya peduli apa. Bukan salah saya pun. Saya cakap benda betul.

Bukan saya berkira ke apa. Buat apa upah mereka tapi tak buat kerja. Mereka fikir bila mereka buat macam tue, saya akan sedih or merayu pada mereka. Tak! Sampai ke sudah saya biarkan.

Suami pun cakap tak payah layan. Suami pun tahu mereka marah sebab dah terkantoi.

Adalah beberapa kali Ayah mentua cakap mereka bertiga buat kerja agak kasar. Kadang kena marah kerana asyuk dipanggil. Sampai pernah kena marah, “Ayah nie berapa kali nak tukar pampers?!Ingat pampers Ayah nie murah ke?!”Kata Ayah dia terasa hati.

Ujar Ayah lagi, ada sahaja mereka rungutkan sehingga membuatkan Ayah mentua saya sedih dan berasa dirinya menyusahkan anak2.

Sampai pernah nak duduk di rumah orang tua lagi.

Ayah pun ada bercerita hal itu pada suami, Kaklong dengan Abang Ngah. Macam biasa, budak bertiga itu ditegur. Sudah itu, dimarahnya Ayah mentua balik. Cakap suka mengadu bagai.

Sampai sekarang nie mereka tak tegur saya. Bila saya memasak di dapur pun mereka tak bantu. Takpelah, tak kisahlah. Tetapi apa yang saya masak mereka tak makan. Macam biasa, order kat Foodpanda. Saya peduli apa, nak makan, makan.

Taknak sudah! Duit habis order Foodpanda jer, duit takde pandai minta kat suami. Tak berani nak minta kat Kaklong atau Abang Ngah. Suami saya just hulur RM10 jerlah. Dah buat muka tak puas hati.

Bayangkan ya, suami, Kaklong dengan Abang Ngah bagi upah jaga Ayah mentua untuk dua adik ipar tue RM1, 200 sebulan. Seorang RM1,200 ya. Makna dua orang RM2,400 sebulan!

Sewa rumah takde, bayar bil api air takde, barang dapur pun takde. Motor pun Ayah mentua dah habis bayar. Apalagi nak. Tue belum lagi dengan perangai hadap phone main games tak sudah.

Memang sekarang saya buat konsep peduli apa aku. Diorang kata nie rumah Abang diorang, ye memang. Saya juga tuan rumah, bukan bibik ke apa.

Adik ipar yang umur 15 tahun siap cakap, “Nanti bila Abang Chik dah mati, rumah nie Adik yang dapat..” Cakap dengan penuh bangga.

Umur segitu dah pandai cakap bab harta. Nampak sangatlah begitu gembira dia bila suami saya meninggal agaknya. Kau tak tahu dik, rumah nie sudah atas nama Akk dah. Kau tak boleh buat apa…

Begitulah ceritanya. Saya bukan apa. Bukan tak bersyukur atau merungut itu ini. Saya tiada masalah pun jaga Ayah mentua jika disuruh pun atau tiada adik2 ipar saya nie. Boleh sahaja. Anggap ianya bakti saya kepada Ayah kandung saya. Dan sebagai anak, janganlah berkira.

Kalau mereka geli basuh berak kencing bapak sendiri, bagaimana pula saya?Tapi ketepikan juga. Ayah mentua saya cakap,

“Ayah tak minta sakit macam nie. Takde niat Ayah nak susahkan anak menantu Ayah. Maafkan Ayah ya” Sayu tak sayu bila seorang Ayah cakap macam tue.

Ibu Ayah boleh jaga 10 or berbelas orang anak. Tapi belum tentu berbelas anak semua boleh jaga Ibu Ayah. Jangan disebabkan upah besar baru nak jaga Ibu Ayah. Beringatlah… Tak mustahil apa yang kita buat pada Ibu or Ayah macam tue, kita akan dapat balik…

– Safiya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *