Curiga

Assalamualaikum semua pembaca. Terima kasih kepada admin kerana menyiarkan post ini. Di saat ini aku keliru sangat kerana aku curiga dengan tindak tanduk suami aku.

Aku perkenalkan diri aku. Berumur 30 an, sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Ceritanya di sini aku ingin bertanya pendapat dan pengalaman daripada kalian semua. Adakah suami aku ambil benda terlarang?

Disini aku akan ceritakan kisah kenapa aku boleh curiga terhadap suami aku.

Kisahnya bermula pada bulan lepas di mana suami aku hendak meminjam duit daripada aku. Dia meminta 1500. Aku tanya untuk apa duit tu. Dia kata untuk barang rumah.

Oh ya untuk pengetahuan semua aku baru berpindah duduk rumah sewa dan kelengkapan semua dah ada kecuali barang dapur ke tambah sikit sikit.

Aku tak ada duit. Gaji aku 700+ sahaja. Aku bagi semua gaji aku sebab aku fikir nak tolong suami aku. Suami aku bekerja tapi duitnya dah habis.

Dan memandangkan dia akan naik kerja tak lama lagi, jadi aku tidak risau untuk meminjamkan dia wang kerana dia akan bayar ikut pengalaman sebelum ni.

Wang 700 tu aku ikut suami aku membeli dan habis dalam 80 + sahaja. Tak beli barang basah ya. Jadi dekat dapur barang dapur masih tak cukup.

Selang 2 3 hari aku tanya ada lagi tak duit haritu, sebab dia tak beli makanan pun. Dia kata dah habis.

Aku terkejut sangat aku tanye buat apa dengan duit tu. Dia kata habis dan beli tu beli ini. Tapi aku tak nampak apa barangnya. Tak ada barang yang di bawak baliknya.

Jadi aku dan suami aku dah tak berduit. Aku terpaksa korek tabung aku. Aku tukar duit syiling sebab aku nak belanja beli makanan. Lepas aku tukar dia tanye ada tak duit sikit.

Aku bagi amount yang besar sebab tak ada duit kecik. Tapi dia habiskan semua. Aku tak tahu dia buat apa sebab tak nampak pun barang yang di belikan.

Untuk pengetahuan semua, rumah ibu bapanya dekat dengan rumah kami. Kadang kadang dia menghilang, rupanya dia balik ke rumah ibu bapanya.

Lama dia di situ, baru dia balik ke rumah kami. Aku musykil sebab dia balik ke rumah ibu bapanya, dia duduk dalam bilik. Biliknya dah tiada barang hatta baju sekalipun.

Lepastu dia akan mandi dan pakai baju orang lain dah pulang ke rumah kami.

Pada suatu hari, aku dapat tahu yang suami aku kerap meminjam duit dengan ibu bapanya. Ibu bapanya terpaksa bagi kerana suamiku akan bising selagi tak bagi.

Aku tak tahu kenapa saat ini aku fikir suami aku ambik barang terlarang. Suami aku perokok. Merokok bukan habitnya, tapi dia merokok bila dia tekanan sahaja.

Terlalu kerap dia meminjam duit bukan 10 20 tapi 50. Dan semuanya habis dalam masa sehari. Aku semakin pelik sebab tiada apa yang di belinya.

Ada satu hari, kami bergaduh teruk. Suami aku, aku rasa tak normal orangnya. Bila bergaduh, segala maki hamun keluar. Aku taknak cerita yang ini. Nanti jadi panjang.

Dia suruh aku jualkan gelang anak aku sebab dia kata aku mandai mandai belikan gelang untuk anak aku sedangkan duit tu boleh beli benda lain.

Aku jual gelang tu dan semua duit tu aku bagi dekat dia. Dapat duit tu, dia ajak belikan barang dapur.

Oh ya sebelum beli barang rumah dia kata suku daripada duit tu dah habis. Aku terkejut bila masa guna? Guna beli apa sebab tak ada barang yang dibelikan.

Kami pun belikan barang rumah, barang kering sahaja tak termasuk lauk pauk jadi balance duit tu ada lagi. Aku fikir baki tu boleh belikan lauk.

Tak sampai dua hari, duit baki tu dah habis. Ya Allah aku tak tahu nak cakap apa. Masa ni dia sering balik rumah ibubapanya dan berkurung dalam bilik.

Kemuncaknya pada bulan ini dia masih meminjam lagi dari ibu bapanya. Hari ini 20,esok 50, lusa 30 begitulah seterusnya.

Dan duit gaji aku habis juga bulan ini untuk beli barang dapur dan di pinjamnya untuk belanja. Aku tak tahu dia belanja apa sebab 50 ringgit boleh habis dalam sehari.

Aku jadi curiga dengan suami aku. Aku rasa dia ambil barang terlarang.

Kalaupun untuk beli rokok, takkan semahal tu rokok. Kadang kadang suami aku menghilang tiba tiba. Selalu alasanya keluar untuk pergi kedai.

Kadang kadang alasanya balik ke rumah ibu bapanya dan berkurung dalam bilik lepas tu dia balik semula dengan pakaian yang dah bertukar (baju orang lain yang di pakainya).

Aku jadi curiga dengan tindak tanduk suami aku. Tolong aku semua apa pendapat kalian. Aku buntu aku takut.

– Puan Pelangi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *