Assalamualaikum semua pembaca. Ini merupakan confession pertama saya. Tidak pernah terfikir akan meluahkan di sini. Namun, saya telah menemui jalan buntu bagaimana mahu mengatasi masalah ini.
Alhamdulillah mungkin tidak seberat masalah – masalah yang sering diluahkan di sini namun sesungguhnya ia telah mengganggu gugat jiwa, perasaan dan hati saya tatkala ini.
Bagaimana ya mahu saya mulakan? Moleklah kiranya saya perkenalkan diri dulu.
Nama saya Melati. Berumur 40-an. Bekerja dalam bidang profesional. Telah berumah tangga lebih kurang 16 tahun. Mempunyai 4 orang cahaya mata, lelaki dan perempuan sama banyak.
Permasalahan saya bukanlah berasaskan kecurangan rumah tangga. Saya jalani rumah tangga sebaiknya..
Alhamdulillah Allah telah melengkapi hidup saya seadanya, punyai ibu bapa yang masih sihat, adik beradik yang baik, Anak yang sihat dan cerdas suami yang baik, pekerjaan yang bagus, serta ruang lingkup rumah yang bagus. Itu sudah cukup bagi saya.
Namun begitulah, nama pun kehidupan. Hidup berumah tangga pasti ada pasang surutnya.
Saya bekerja di sektor pendidikan. Semua anak anak saya yang bawa ke sekolah. Pergi dan pulang bersama saya. Pendek kata anak anak bersama saya sentiasa kecuali anak sulung di sekolah menengah.
Kisah bermula apabila suami saya terlalu bersikap curiga. Apabila saya tidak bersama anak- anak (saya perlu menghadiri bengkel atau mesyuarat di luar tempat kerja), saya dituduh keluar bersama lelaki atau curang dengannya.
Puas saya terangkan, saya ada mesyuarat di situ, di sini, namun dia tetap tidak percaya. Seringkali hal ini terjadi, dia akan silent treatment saya sehinggalah saya yang perlu mengalah.
Saya ambil pendekatan, tak apa lah mengapalah bukan bererti kalah, mengalah demi keharmonian rumah tangga dan kebaikan emosi anak- anak. Anak- anak perlu berada dalam keadaan emosi yang stabil, mereka masih belajar dan meningkat dewasa.
Suami saya juga bekerja dalam kerajaan. Tugasnya memerlukan dia outstation kadang kala. Bila dia perlu outstation, saya sangat risau kerana kami sering bergaduh atas sikap ketidakpercayaannya pada saya.
Saya tidak boleh keluar makan atau kemana – mana atas alasan leisure bersama anak-anak. Kalau saya ditangkap keluar makan di luar bersama anak- anak pelbagai tuduhan prasangka saya dapat. Keluar dengan jantan, gatal dan lain lain.
Ya Allah, saya bawak anak makan di luar saja kot. Saya dah berumur! Saya dah tak fikirkan keseronokan. Hidup dan mati saya untuk anak- anak saja. Jikalau benarla saya curang, saya patut malu pada Allah, pada anak- anak!
Sakit. Perit. Kesetiaan saya seringkali diragui.
Kadangkala saya sering terfikir, jalang sangatkah saya pada pandangan mata suami.
Saya seorang yang berkepribadian. Saya jaga ikhtilat saya sebaiknya.
Kemana- mana saya pastikan anak bersama tetapi saya tetap diragui.
Saya beli 3 cctv di shoppee dan suruh suami saya pasang dikawasan rumah in case kalau dia meragui saya, dia boleh pantau saya di telefonnya. Tetapi cctv tu masih lagi dalam kotak, belum di pasang.
Saya dah cakap heart to heart pada dia, yang saya hanya ada dia. Saya hanya kejar keredhaan Allah dan suami. Umur pun dah tak muda mana. Apalagi yang saya kejar. Tapi sudahnya, sama sahaja saya tetap dituduh berkali-kali.
Penat.
Saat saya menulis ini pun, dah hampir sebulan saya di silent treament oleh suami. Saya jadi tawar hati.
Kejadiannya hanya kerana saya melawan katanya apabila dia tuduh saya bawa jantan keluar menaiki kereta. Padahal ketika itu saya menghadiri bengkel di kawasan berdekatan sahaja perumahan kami.
Dia menuduh saya di depan anak sulung saya. Saya rasa air muka saya jatuh di depan anak. Saya rasa seperti saya ibu yang jahat kerana dituduh curang di depan anak saya. Entah apa prasangka anak saya. Entah dia percaya atau tidak.
Saya melawan suami ketika itu juga di depan anak dan keluar rumah dalam keadaan sedih.
Ketika memandu, saya menjerit sekuat hati. Alangkah bagus jika saya mati, suami dapat berkahwin dengan wanita yang bebetul baik. Mungkin saya ni jahat.
Ya Allah… Ujian kau cabutlah prasangka dan curiga dalam diri suamiku. Aku ingin hidup bahagia seadanya. Cukuplah jika dia hargai aku sebelum aku menutup mata.
Apa yang perlu saya lakukan lagi. Ujian ini benar benar merenggut kedamaian dalam hati saya.
Saya tidak dapat bekerja seperti biasa, saya kurang makan, saya kurang bercakap, saya rasa saya bukan diri saya lagi. Tetapi di depan anak saya terpaksa berpura pura sempurna.
Semoga ada jalan atas permasalahan saya.
Terima kasih admin kerana akhirnya saya rasa sedikit lega dapat meluah di sini.
– Melati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Entah2 suami akak ni projecting. Maksudnya dia yang curang, lepastu takut dengan bayang2 sendiri. Maaf tercucuk jarum pulak.
Kenapa dia nak tuduh adik curang
Adakah dia sendiri yg curang?
Kalau nak tuduh adik
Suruh dia bagi bukti dulu
Akak doakan semoga adik terus kuat n tabah