Current Generation

Assalamualaikum.

Terlebih dahulu, terima kasih admin kalau approve nak publish cerita saya ni. Minta maaf kalau susunan ayat tunggang terbalik. Yelah masa SPM, tak dapat A untuk BM. Huhuhu. Aku hanyalah seorang hamba ALLAH dalam lingkungan umur 20an, duduk negeri sembilan. Aku just nak share pengalaman aku baru-baru ni. Kenapa? sebab aku rasa benda ni penting untuk dijadikan pedoman untuk kita semua. Ada dikalangan kita yang dah ada anak or bakal jadi ibu bapa in the future, or jadi makcik/pakcik pada anak buah masing2. Sekarang pulak, tengah hangat pasal kes anak pukul ibu, bapak datang sekolah bergaduh dengan cikgu sebab cikgu denda anak (kalau tak silap). Kisah aku yang nak share ni ada berkait sikit dengan kes-kes tersebut.

Beberapa hari yang lepas, pada waktu petang, lepas habis kerja. Aku temankan kawan aku, dia nak makan KFC. So kami pergi KFC berdekatan dengan rumah kami. Bila sampai di KFC, aku just lepak duduk, sementara kawan aku yang pergi beratur. Tak ramai pun orang dalam tu, mungkin semua baru nak balik kerja/sekolah. Meja tempat aku duduk tu paling dekat dengan pintu masuk. Pintu entrance kan jenis kaca, boleh nampak siapa yang keluar masuk, or jalan² dekat luar KFC/ kawasan parking situ. Lepas tu aku perasan ada sorang budak lelaki ni, pakai baju sekolah petang, umur aku rasa dalam 8-9 tahun macam tu kot, dia berjalan dengan aku rasa nenek dia kot. Tengok rupa makcik tu pun macam baya² mak aku. Dari tempat parking, berapa meter dari bagunan KFC ni aku nampak budak tu tunjuk² dekat KFC tu, tapi nenek dia just geleng kepala jer, sesekali aku bertembung mata dengan makcik tu. Tapi aku buat² tak nampak je la.

Aku tengok budak tu merengek² nak KFC, dia tarik tangan makcik tu, ikut budak tu sampai depan KFC. Aku boleh dengar makcik tu cakap, “Nanti lah dulu sayang. Nenek tak bawa dompet ni, tunggu ayah keluar kejap lagi” . Si budak ni terus menangis , terbaring dekat depan pintu. Aku perhati pun kesian pada makcik tu. Tengok dalam KFC, ada yg pandang, siap gelakkan budak tu. Budak ni makin lama makin kuat nangis dia, siap mencarut “b***,b****”. Terkejut jugak aku, yelah budak lagi, tapi dah pandai mencarut segala. Makcik tu dah berapa kali cuba nak angkat budak tu. Tapi faham sajalah, budak umur gitu, berat badan pun korang dah boleh agakkan. Takkan larat punya makcik tu nak angkat dia. Nak pulak budak meronta-ronta, hentak kaki lagi. Memang tak terdayalah makcik tu. Aku terdetik nak keluar. Nak panggil budak tu masuk dulu.

Aku bangun nak ke pintu. Masa aku bukak pintu. Betul² depan aku, budak tu tendang makcik tu sampai makcik tu jatuh terduduk. Nasib tak jatuh masuk ke longkang yang betul-betul sebelah tempat makcik tu jatuh terduduk. Seriously, aku tergamam sangat. aku jadi geram dengan budak tu. Aku keluar tolong makcik tu bangun. Lepas tu aku pergi pada budak tu, suruh dia bangun sekarang jugak. Aku cakap pergi minta maaf pada nenek dia. Budak tu just diam. Memang masa tu aku rasa nak marah budak tu, yelah tendang orang tua. Walaupun budak sekalipun. Sekali datang ayah budak tu, dia datang terus marah aku. Kata apahal aku sibuk² nak ajar anak dia. Aku pun cakap lah, “anak encik tendang makcik sampai terjatuh, nasib tak masuk longkang”.

And his respond is , “Biarlah, nama pun budak². Mana diorang faham. Yang kau sibuk nak jaga tepi kain orang dah kenapa l*****”. Then, dia terus tarik anak dia pergi tempat parking. Masa tu, aku memang tak mampu nak cakap apa. Sebelum pergi, makcik tu pegang tangan aku, minta maaf pada aku. Nampak muka dia sedih sangat masa tu. Macam tengah tahan nangis. Aku jadi sebak sangat. Seriously tak boleh terima. Biar pun dia budak sekali pun, dalam usia macam ni da pandai tendang orang yang lagi tua. Mencarut lagi. Kalau betul budak, macam mana dia boleh cakap benda² tu. Maksudnya dia belajar dari persekitaran dia lah agaknya.

Zaman dulu, bila buat salah sikit, nakal sikit, menjawab sikit, dah kena rotan, kena sebat dengan hanger, getah paip dengan mak ayah kita. Even kalau tak kena rotan sekali pun, mak ayah kita tegas dalam mendidik anak-anak. Bila di sekolah, cikgu rotan pun, mana ada mak ayah datang mengamuk bagai, nak saman cikgu sekolah. At the end, tengoklah, korang jadi “manusia” jugak bila dewasakan. Tapi zaman sekarang. Seriously, bukan setakat rotan, jentik pun jadi kesalahan BESAR. Mak aku cikgu sekolah menengah, cikgu disiplin lagi. Dia sendiri cakap sekarang budak2 makin dasyat perangai. Ada kes tahun ni, berapa orang pelajar positif consume dadah. Bila pihak sekolah panggil ibu bapa, mereka salahkan cikgu pulak. Kata tak buat kerja, tak mengajar diorang anak betul2. Seriously bagi aku, sangatlah pathetic.

Kalau ada antara korang yang ada anak, bakal ada anak, ke anak sedara ke. Perhatikanlah anak-anak betul. Tak ada rasa takut ke tengok sekarang ni banyak kes,yang melibatkan budak² bawah umur. Jangan sebab sayang, kita butakan mata bila mereka buat salah. aku ada baca satu artikel, “Perangai anak² sebenarnya cerminan didikan kita. Kalau betul sayang, didiklah anak betul2. ” Jangan pandang pada akademik saja. Adab n akhlak pun kena didik juga. Melentur buluh, biar dari rebungnya. Jangan ambil mudah, takut nanti seribu kali kesal kelak. Bukanlah nak suruh pukul anak sentiasa. Sekarangkan banyak medium untuk kita belajar cara didikan yang betul. Takpun, tengoklah ibu bapa kita sebagai contoh. Contoh terbaik, Rasulullah dan para sahabat.

Aku share cerita ni bukan nak pin point kesalahan semata. Aku harap biarlah perkara ni jadi pengajaran untuk kita semua. Aku pun takut sangat kalau benda ni jadi pada aku nanti. “Semoga keluarga kita semua terpelihara dari benda² negatif ni. Semoga zuriat keturunan keluarga kita lahir menjadi anak yg soleh dan solehah” (Quote dari kawan aku). Terima kasih kalau ada yang sudi baca sampai habis dan minta maaf juga kalau ada yang tak puas hati dengan cerita aku ni. Assalamualaikum..

– Makcik Kepoh Kot

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit