Cust, PCOS, atau Hormon

Hello semua. Saya nak minta pendapat dan nasihat daripada pengalaman pembaca-pembaca semua ya.

Begini, saya ada masalah dengan kitaran haid saya. 1/2 tahun kebelakangan ni period saya tak teratur, selalu tak datang dalam masa 1-2 bulan itu saya anggap biasa. Sehinggalah sekarang ni, dah 4 bulan saya suci dari haid. FYI, saya masih bujang dan tak pernah melakukan hubungan seksual.

Saya terfikir untuk berjumpa doktor, tapi saya selalu tangguhkan niat tu sebab takut. Saya pernah pergi ke klinik hingga ke kaunter dah, tapi patah balik sebab rasa takut yang menebal. Jadi, saya pilih untuk google simptom yang mungkin saya ada. Sekarang ni saya rasa serabut fikir mungkinkah saya ni pengidap pcos, atau mengidap cyst? Atau sekadar masalah hormon.

Saya seorang yang bertubuh agak berisi, dan perut saya agak buncit. Bila saya baca simptom cyst antaranya adalah perut buncit dan mengeras seperti mengandung, saya terus menahan nafas untuk tujuan mengempis perut dan tak susah. Saya selalu tekan kawan sekitar perut untuk rasakan sesuatu yang keras atau tak, tapi saya rasa cuma sekadar lemak.

Simptom pcos juga mungkin ada pada diri saya. Sebabnya saya perhatikan bahu saya agak besar dan nampak macam kelelakian sedikit. Saya tak tahulah betul atau pun tak berdasarkan penilaian saya sendiri.

Bila difikirkan hal ni, saya jadi stress dan tak tidur malam. Saya takut baca pengalaman orang kena operate sebab cyst. Saya takut nak jumpa doktor dan disahkan ada penyakit. Saya takda keberanian untuk itu.

Tolonglah kawan semua, berikan saya nasihat atau kalau perlu marahlah saya sebab saya takut nak jumpa doktor :(. Saya ada terfikir nak ambil ubat turun haid di farmasi, tapi risau mudaratkan diri sebab tak tahu apa yang tak kena dengan badan saya.

Sekiranya ada sesiapa nak kongsi pengalaman didiagnosed with pcos atau cyst, saya amatlah berterima kasih. Saya cuma nakkan semangat korang je sebab saya takut nak berdepan dengan situasi ni :'(

– Moon

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *