Customer Scammer

Hari ini saya nak buat luahan pasal customer. Saya seorang peniaga kedai elektrik, jual peti sejuk, mesin basuh, dan lain-lain. Memang agak lama lah kami berniaga, dalam lebih kurang 30 tahun.

Kami meniaga pun kecil-kecilan hingga sekarang dah besar sikit sahaja lah. Dekat kawasan yang saya buat bisnes ni, kiranya kami orang pertama lah yang buat bisnes.

Baru-baru ni kawasan kami maju dan sekarang banyak competitors. Saya tak kisah pun pasal competitors ni sebab kami orang lama, since parents started lah, dan kami ada kami punya customers yang tersendiri.

So, bila katakan kami jual barangan elektrik, tau-tau lah kan harga pun mahal. Tapi since kawasan kami banyak orang Melayu, 90% kawasan dalam jugak lah, harga pun kami tak mahal lah.

Dari zaman mak ayah saya, kenalan dan kawan diaorang pun ramai.

Kami bagi lah untuk customer yang tak mampu untuk bayar bulanan, dengan interest yang kurang jugak lah compare to Chinese competitors yang sekarang ni. We still follow the same since last time.

Apa yang buat saya rasa sakit hati hari ini adalah satu insiden yang baru sahaja berlaku, dan dari pengalaman saya sejak saya ambil alih kedai ni dah 8-9 tahun, customer zaman sekarang memang kuat scam eh.

Bukan macam zaman mak ayah saya, diaorang takut kepada Tuhan, takut kepada halal haram, takut kepada Allah. Kalau janji diaorang akan bayar, memang akan bayar. Takde masalah scam, tipu, lari semua.

Yang sekarang ni, apa masalah sekarang eh? Memang puihh. Sebab nak beli barang, tahu lah zaman ni harga makin naik.

Kalau you ada duit, you boleh beli. Kalau tak ada duit, jangan menyusahkan pekedai macam kami. Jangan eksyen nak ambil barang besar mahal, jangan ambil untuk bayaran bulanan kalau tak mampu bayar.

Pandang-pandang lah dengan income tu sendiri. Saya tak tahulah, muka cantik, handsome, masa nak beli barang manis percakapan.

Pekedai: “Encik, nak bayar bulanan kena ikut prosedur, perlukan dokumen, perlukan janji. Saya trust customer saya kena ada komitmen bayar tepat pada masa.”

Customer: “Boleh kak, semua boleh.”

Memang Malaysia boleh lah… Tapi masa nak bayar, kita ni kena call hari-hari, kena susah payah. Ada customer siap lari bawa barang, tak nak bayar.

Wey, korang yang jenis janji tapi lari tak nak bayar tu, korang tahu tak saya kerja ni halal, cari rezeki. You tipu saya, you jawab lah di akhirat nanti.

You tak takut ek tuhan you? Memang akan kena kira tau! Sakit hati saya. Saya beli barang guna duit modal tau. Untung pun tak banyak.

You, customer yang scam saya ni, you ingat you boleh lari dari saya? Tapi bila masuk kubur nanti, you tak boleh lari tau. Saya tak akan halalkan tujuh keturunan keluarga kau.

Sorry lah guys hari ini, ini untuk customer saya kalau dia terbaca ke apa ke kan. Saya pun bukannya orang kaya raya. Saya pun ada keluarga, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Customer tak tahu lah. Diaorang ingat kita ada kedai bisnes ni, kita kaya. Dari profit tu banyak nak cover—tax, modal nak bayar balik, expenses, rental, bayar utiliti, bayar pekerja.

Net yang kami dapat, memang kadang-kadang nak cover pun sakit kepala. Geram sangat-sangat.

Tapi kalau saya ada customer yang baik, you know, when customer treat you right, we will treat them right as well.

Saya ni orang yang memang senang bagi diskaun, kurang harga if they are good. Even when they complete their payment on time, saya siap excited bagi free gift semua with all my heart, tau tak?

Just to pinpoint lah, kalau customer tak mampu bayar, jangan beli barang. Kalau mampu, baru beli. Jangan kacau rezeki orang lain macam ni, memang tak baik. And we always believe in karma. The comeback is stronger than what you give.

And if you have family, just think what you have done in your past. Your family has some shares as well. Memang diaorang pun kena jugak. Kalau lah ada anak kecil-kecil lagi, because of you, diaorang akan kena jugak. Apa salah diaorang?

Harap lepas ni jadilah pembeli yang baik…

– Dari pekedai tempatan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *