Assalamualaikum. Terima kasih pada admin jika tulisan saya disiarkan. Saya Y, berumur 27 tahun, sudah berkahwin dan seorang wanita bekerja sepenuh masa.
Selama ini kita selalu mendengar isu perempuan mengatakan mampu berdiri sama tinggi dengan lelaki. Perempuan mampu menjadi ketua sesebuah organisasi seperti lelaki. Perempuan mampu menjadi hebat berbanding lelaki.
Tetapi apabila isu cuti bersalin 90 hari ini menjadi satu perbualan hangat netizen sekarang ini, membuatkan saya terpikir. Bagaimana kita boleh menjadi sehebat lelaki kita jika kita sendiri tak mampu.
Lihat saja komen-komen atau pos-pos dari netizen. Mereka mengatakan menjaga anak itu lebih memenatkan dari apa saja kerja. Sehingga membandingkan kepenatan suami tak akan sama dengan kepenatan mengandung, melahirkan dan menyusu anak.
Saya tidak menafikan, sememangnya semua itu amat memenatkan. Tetapi tanpa kita sedari, kita memperkecilkan susah payah seorang suami bekerja keras mencari rezeki untuk isteri dan anak2 bersama ibu dan bapa mereka sendiri.
Berbalik pada isu tadi, bagi pendapat saya sendiri cuti panjang bagi seorang 2 mungkin tidak mendatangkan kesan yang ketara. Walaubagaimanapun, saya percaya setiap orang dalam sesuatu organisasi adalah sangat penting.
Tetapi bagaimana jika seseorang itu sendiri mempunyai kepakaran tersebut dimana saya percaya dia seseorang yang sangat penting disitu. Dan saya juga percaya, setiap syarikat mungkin mempunyai staff yang berlainan kepakaran disitu.
Bagaimana dengan nasib sesebuah syarikat itu, tempat dimana kita semua mencari rezeki. Secara tidak langsung kita telah menyusahkan rakan sekerja kita dan mungkin menyebabkan productivity syarikat terjejas.
Jadi, tidak hairanlah ada sesetengah syarikat tidak menggalakkan pengambilan pekerja wanita lebih-lebih lagi yang dah berkahwin.
Sebagai seorang yang penting dalam sesebuah organisasi seseorang itu perlulah menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap tugasnya. Begitu juga sebagai seorang ibu bapa terhadap keluarganya.
Tetapi disini, jika seseorang itu memegang tugas sebagai kedua2nya dia perlulah mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut dari terus memberikan anak sebagai alasan untuk meninggalkan tugasnya.
Jika dia tidak dapat menyelesaikan masalah keluarganya tetapi kerjanya bagus, dia bukan seorang ibu/bapa yang baik. Begitu juga sebaliknya.
Apa yang saya cuba nak sampaikan disini, bukannya saya membantah wanita untuk bekerjaya dalam hidup.
Tetapi, saya agak terganggu dengan golongan wanita yang melaungkan kata-kata bahawa wanita mampu menjadi sehebat lelaki, tetapi apabila isu cuti 90 hari ini bangkit, mereka mula memainkan isu-isu sensitif. Contoh nya seperti yang saya utarakan di perengan 2 diatas.
Kepada wanita diluar sana, yang bekerja mahupun suri rumah. Kita dijadikan istimewa dimana kita mampu melakukan pelbagai jenis kerja.
Tetapi, akan lebih baik jika kita tidak gunakan kelebihan kita untuk dijadikan alat untuk mengambil ringan tugas penting kita tidak kira tugas dirumah atau dipejabat.
Pada pasangan pula, jangan sentiasa fikir 1 pihak sahaja yang lebih penat, lebih banyak melakukan kerja, lebih banyak bekorban dan lain-lain.
Kerana kita semua saling berusaha untuk membina keluarga yang bahagia dan juga berusaha untuk menjadi pekerja yang cemerlang kerana disitulah tempat kita mencari rezeki.
Kita cari rezeki pun untuk keluarga kita juga. Kalau bukan kita, siapa lagi kan?
– Madam Y (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit