Cuti, Bukan Resign

Assalamualaikum. Hi. Nama aku Limah. Hahaha of course la bukan nama sebenar. Aku nak minta pendapat sebenarnya dengan korang. So terjadi la confession ini. Okay ceritanya macam ni.

Aku seorang introvert. Boleh dikatakan agak sukar bergaul atau berurusan dengan orang secara formal. Tapi bila dah masuk alam pekerjaan aku kena la beranikan diri untuk hadapi kekurangan aku.

Aku bekerja di syarikat courier di klang valley dah lebih 5 tahun. Baru-baru ni aku ambil cuti bersalin selama dua bulan.

Sebelum aku cuti, task dah pun diberi pada colleague aku. Bos aku agak risau dengan ketiadaan aku masa cuti nanti. Tapi kerja perlu diteruskan.

Colleague aku yang menggantikan aku ialah adik aku sendiri. Ya, kami bekerja satu office satu department. Dia sebagai assistant aku.

Aku ajak adik aku kerja di sini sementara dia menunggu panggilan kerja. Aku panggil dia adik. So adik pun bekerja dengan aku tanpa melalui formal interview macam orang lain.

Adik aku agak rapat dengan bos aku. Dalam team aku, aku sorang je perempuan.

Seminggu sebelum bekerja, aku ada whatsapp bos aku inform bila aku akan mula kerja. Hari pertama aku kerja selepas cuti panjang, tak banyak perubahan kerja.

Aku dan adik dipanggil oleh bos untuk discuss hal kerja. Aku blur dengan apa yang dibincangkan haha tapi masih mendengar dan slowly catch up.

Bos aku ada cakap aku sekarang adalah assistant kepada adik aku. Sekali lagi aku blur. Aku takde tanya, tak respon apa. Cuma diam memikirkan hal itu.

Lepas habis waktu kerja kami pun balik ke rumah mak aku. Naik satu kereta. Sampai rumah adik aku cerita tentang kerja masa aku cuti hari tu. Mungkin dia terlepas cakap kat aku. Bos nak upgrade dia.

Segala task aku diambil alih oleh adik aku. Bos aku ada cakap yang aku ni tak perlu masuk pun takpe la. Sekadar gurauan atau serius aku tak pasti. Dan aku rasa bengang bila adik cerita pada aku.

Rasa marah bertambah bila kat office bos bergurau yang aku kena beringat aku sekarang cuma assistant kepada adik aku. Tapi aku masih bersabar.

Aku ada jumpa bos tanya tentang job scope aku sekarang. Dan dia beritahu yang mungkin bulan depan dia akan rombak balik job scope team aku.

Job sementara yang dia akan bagi aku pada bulan 12 nanti tapi itu hanya la job kecil kecilan dan tak berapa penting pun. Kalau betul la bos nak upgrade adik aku, kenapa dia tak bagi job kecil tu pada adik aku?

Fyi, aku ada lah key person dalam department aku.

No wonder la bila aku minta data dari adik aku untuk update client dia buat bodoh je. Kerja yang diberi pada aku macam aku ni budak intern.

Aku rasa macam kena betrayed pun ada. Rasa dipergunakan pun ada. Dah 4 hari aku nangis, haha. Aku datang kerja goyang kaki je. Sebelum ni aku la yang paling sibuk mengalahkan menteri.

Sedih mengenangkan kerja yang aku bersusah payah dari mula jumpa client untuk dapatkan kepercayaan sampai bill client dah pun diambil orang. Lagi parah time aku cuti pulak tu. Kenapa tak bagi pada adik aku sebelum cuti? In a formal way.

Dan adik aku tanpa berkata apa-apa setuju tanpa memikirkan aku. Memang la lumrah orang bekerja sentiasa bersaing. Tapi rasa ni macam betrayal.

Aku dah pun slowly start cari kerja baru. Time to move on. Slowly move on walaupun sangat susah sebab adik aku ada dalam satu department.

Buat masa sekarang aku tak boleh terima apa-apa arahan dari adik aku. I just can’t. So aku ignore je apa yang dia suruh.

Dia mungkin anggap aku takde rasa apa. Aku malas create drama. Sebab increment akan dapat tahun depan.

Sementara cari kerja ni aku nak increment tu. Aku tak tahu apa yang aku patut buat sekarang selain cari kerja. Boleh korang bagi pendapat?

– Limah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *