D3pr3ssion dan Anxiety

Assalamualaikum pembaca semua. Semoga kita semua sihat selalu & dirahm4ti oleh Allah s.w.t.

Aku perkenalkan diri aku sebagai Bunga. Berusia 30 tahun, sudah berhenti kerja 6 bulan yang lalu, sudah 7 tahun berkahwin dan ada 2 orang anak. Dan 6 bulan yang lalu adalah fasa aku di diagnos d3pr3ssion. Hanya beberapa kali aku pergi appoinment.

Ceritanya bermula bulan 12/2019. Bila aku tunggu suamiku Z bersiap untuk pulang ke kampung. Kebetulan handphone aku kehabisan bateri, jadi aku ambil handphone Z untuk selfie dengan anak2 aku sementara Z bersiap.

Dengan kuasa Allah, dalam masa yang sama ada whatsapp masuk dari perempuan yang aku tak kenal. Tapi Z simpan namanya sebagai Firdaus. Ya Allah, terduduk aku lemah lutut aku, sampai kan aku terbaring hampir pengsan depan anak2 aku. Mereka menangis ketakutan.

Aku baca whatsapp mereka yang tengah hangat bercinta. Rupanya dah berbulan Z menipu aku. Dek kerana kerjanya yang memerlukan banyak outstation dia jumpa perempuan tu di hotel dia menginap sepanjang outstation. Perempuan tu staff di hotel tersebut.

Antara sedar dan tak sedar, aku pecah kan meja kopi dan mengambil serpihan kaca menoreh pergelangan tanganku (maaf, jangan salah faham, sikit pun tiada niat aku untuk bvnvh diri.) Hanya sekadar amarah yang membuak.

5 tahun percintaan, 7 tahun pernikahan, sekelumit pun tiada syak wasangka, sekali pun TIDAK PERNAH aku berfikiran negatif dan TIDAK PERNAH skodeng handphone Z.

Makan minum, pakaian dia hari2 aku sediakan sesempurna yang mungkin. Tiada 1 hari pun yang dia mengosok baju sendiri.

Dan tiada 1 hari pun aku meminta tolong dia sebab memikirkan dia penat bekerja. Beli barang dapur sendiri, bawak kereta servis tukar tayar sendiri. Nafkah zahir batin dia tunaikan seperti biasa.

Allah Maha Berkuasa menunjukkan semuanya malam tu, 3 hari sebelum mereka plan untuk berdating lagi.

Z turun dengan muka terkejut, anak2 dah menangis. Dia memaksa aku masuk kereta untuk ke hospital. Aku pula memaksa dia untuk call perempuan tu depan aku untuk menjelaskan yang dia dah berkawin dan ada anak.

Pada mulanya dia tak nak, tapi akhirnya dia akur selepas melihat darah mgalir tanpa henti dari lenganku. Aku warded 4hari termasuk sesi kaunseling dengan psikitri.

Seminggu aku terbaring di rumah, kebetulan cuti sekolah ibuayah ku minta untuk hantar anak2 ku ke rumah mereka untuk bermain dengan sepupu2 yang lain. Hanya Z yang balik hantar anak2 dengan alasan aku ada kerja yang perlu diselesaikan.

Selepas sebulan d3pr3ssion & anxiety aku tak berkurangan, berat aku makin lama makin susut. Aku terus membuat keputusan untuk berhenti kerja. Hati aku rapuh sgt2. Silap sikit, dengar lagu sedih, dengar cerita sedih, cepat je airmata mengalir macam air hujan. Tanpa aku paksa.

Aku dah tak berjumpa orang, aku sisihkan diri aku. Aku elakkan perjumpaan ramai2. sedangkan sebelum ni aku la kepala segala majlis, perjumpaan, family day, aku seorang happy go lucky. Dan sekarang aku seperti mayat hidup.

Yang senyum di bibir, tapi penuh luka di hati. Yang sangat2 sensitif. Bila Z cakap minggu depan dia akan outstation, hati aku seperti di siat2, seperti luka lama ditoreh kembali.

Walaupun dia bersungguh sungguh buktikan dia dah berubah, tapi semuanya tak sama. Semua nya hambar 6 bulan ni. Semuanya seperti dunia ni berhenti bergerak. Hanya aku dan dunia aku sendiri yang hidup. Aku sekarang bukanlah aku yang dulu.

6 bulan melawan perasaan, 6 bulan hari2 aku disulam airmata, 6 bulan syak wasangka pada Z walaupun dia hanya pergi kedai depan untuk beli ais batu sekalipun.

Ya Allah.. walaupun setelah 6 bulan, hati aku masih sakit. Luka tu seperti baru sangat. Hinggakan aku beli tanah di kampung halamanku, aku beli kereta yang lebih selesa.

Sebagai jaminan bila Z dah tak perlukan aku, aku dan anak2 ada tempat untuk berteduh walaupun tanah yang aku beli sekadar cukup untuk rumah yang kecil.

Z menangis selepas tau aku beli tanah dan kereta tanpa pengetahuan dia. Aku nekad sangat2 walaupun jauh disudut hati sayang aku pada dia masih ada tapi aku perlu ada jaminan untuk aku dan anak2.

Dia tak faham hanya tidur yang menghentikan otak aku untuk berfikir bukan2. Aku terpaksa bergantung pada ubat yang doktor bagi untuk tidur.

Z tak kan pernah faham luka hati aku, tak pernah rasa anxiety yang aku hadap hari2. Tak pernah rasa kemurungan yang aku rasa. Sakit.. Sakit sangat 12 tahun kepercayaan dirobek begitu sahaja. Sakit Ya Allah.. Sakit..

Aku bercadang untuk jumpa pengamal perubatan islam yang bertauliah untuk berubat untuk kembalikan semangat aku. Ada yang boleh cadangkan?

Doakan aku kuat untuk anak2. Doakan aku jadi seperti aku yang dulu. Aku rapuh sangat2 sekarang.

Terima kasih dan hanya Allah saja sapat membalas segala kebaikan pembaca semua.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *