Dadah dan Akibatnya

Salam readers semua..saya nak confess sikit pengalaman saya dengan penagih dadah yang pernah hadir dalam hidup saya…
Saya Zul , seorang exec yg bekerja di KL. Saya berasal dari sebuah negeri di pantai timur yg agak terkenal dengan gejala dadah. Dari saya sekolah menengah , saya begitu berminat dengan kisah2 penagih dadah. Banyak program AADK anjurkan seperti ceramah dan seminar saya akan hadir. Saya begitu ingin tahu , kenapa manusia boleh rosak kerana dadah. Tak kisah lah dadah sintetik ke bukan. Semua yang saya dengar dari ceramah tu tak mampu memuaskan akal saya untuk terima kenapa manusia boleh tunduk kepada dadah. Tapi saya tidaklah sampai berani untuk menemubual penagih dadah di jalanan.

Akhirnya persoalan saya berjaya dijawab bilamana pada suatu petang, rakan sekerja saya datang dan confess dekat saya yang dia jadi taik syabu/ice. Saya begitu tak sangka dia ni penagih, sebab rupe dia begitu normal bagi saya, nampak sihat dan cergas.
Disebabkan saya bekerja selalu dok office tapi beliau kerja selalu pergi site dan saya jarang bertemu beliau , maka saya jadi terkejut dengan pengakuan beliau yang secara tiba-tiba itu. Rupenya dia dah kena Domestic Investigation pasal kerap ponteng kerja. Dia mengaku kat saya yang dia dah lost track of time. Tak tau siang atau malam. Kadang-kadang dia dah siap-siap nak pergi kerja waktu pagi tapi sebab rasa tak fit, dia isap satu pam, sedar-sedar dah malam. Gila.
Saya tanya beliau face to face, bagaimana rasa hisap syabu. Dia kata rasa dia , “ko macam jumpa syurga wey, anu ko stim tahap gaban , aku kalau stim macam tu, bini dah tak boleh buat apa aku nak, jadi aku akan g jalan bukit bintang cari Ayam “. Terpana saya, cara dia cita tu buat saya telan air liur , sebab syok sangat katanya sampai itulah nikmat yang ko akan kejar tiap-tiap hari tanpa kisahkan hal lain. Ni lah sebab tahik dadah dah jadi sampah masyarakat. Sebab diaorang dah hilang sebab nak hidup tapi bertukar jadi hidup kerana nikmat dadah. Hari-hari cari duit nak benda tu. Anak bini pun dah tak berapa kenal. Dasyat wei, siyes, dia jadi macam tu, selain sebab dia bodoh , sebab lain adalah sebab kawan.
Hari hari cari tokan , keje entah kemana. Patutla saya pelik, kadang tiap2 hari belah malam dia tanya saya masih kat opis ke, dia nak datang wat keje. Dalam hati saya, masa tu tak tahu dia penagih, siap cakap dalam hati, bodoh ke hape macam la saya tak ada social life nak stay opis lama lama.
Segala penerangan dia pasal effect syabu, sampai dia boleh rasa suara2 ghaib , dan rasa macam ada semut bawah kulit berkeliaran. Ni antara sebab, kenapa penagih dadah ni banyak kudis pasal diaorang dok garu garu ingat serangga ke apa bawah kulit sampai luka luka.
Sampai satu tahap dia pernah tengking bos dia sendiri dan nak tumbuk sebab dia dengar bisikan kata bos dia tu Syaitan mata merah.
Lepastu pernah dia cita, kadang masa dia stim lepas hisap syabu tu , dia berbogel sambil tengok alat sulit dia sampai sedar sedar dia pengsan atas meja dan anak dia peli tengok dia berbogel. Masa tu dia rasa hina sangat kat wife ngan anak anak dia. Dia dah cuba nak berenti dadah tapi tak boleh. Sebab bila time dia nak, masa tu dia akan rasa tak sihat, berhingus dan tak leh buat apa pun.
Dipendek kan citer , Alhamdulillah walaupun dia dah kena buang kejer pasal dia gagal dalam pertuduhan selalu MIA dalam waktu kerja. Tapi dia sempat bertaubat dan berubat dengan sorang ustaz mana tah wat rawatan kat kedah. Habis 20k rawatan tu untuk buang rasa nak kat dadah tu. Dia citer perit nak mampuih. Tapi walaupun dia dah clean, tapi sebenarnya dia tak leh lupa kesedapan feeling dopamine memenuhi otak. Itulah syurga katanya. Sebab tu, penagih yang dah clean boleh terbabas hisap balik sebab feeling dia tu tak leh compare dengan apa pun di dunia ni.
Aku tak tahula sampai ke motif aku cite benda ni. Yang aku nak cita sebenarnya, janganlah ngada2 try menda ni. Ko akan dibawa ke sisi lain dunia yang gelap sangat. Banyak lagi dia citer kat aku, tapi aku tak reti nak citer takut tak sampai maksud. Pastu aku ade pengalaman gak ngan orang mati sakit HIV (sedara aku sendiri) sebab dadah dan tanda2 Allah bagi macam sebijik dalam citer tanah kubur , tapi lari topik lak nanti.

Jauhi dadah, hidup bahagia.

– Zul Ariffin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit