Dadah dan Malaysia

Assalamu alaikum.
Terima kasih andai post ni berjaya di’approve’.

Saya terpanggil untuk menulis demi tanda sokongan kpd kempen ‘Create A Better Malaysia’. Ceritanya sy pernah terserempak dgn seorang runner dadah / pusher (yg sudah bertaubat) bbrapa buln yg lalu.

Alkisahnya, sy pd ktika itu dlm prjalan dr lrt Gombak ke lrt Xxxxx bersendirian skitar jam 12 tgh hari ke 2 ptg. Sy brcadang utk brhnti di stesen KLCC utk beli rotiboy dn alas perut. Slps roti dbeli, sy trfikir utk mncari tmpt duduk dn mkn. Dan sy pon mnuju kwsn surau KLCC brdktn bank (klw x silap).

Masa tu, tkde seorg pon yg dduk di bangku2 d luar surau. Setelah hampir separuh roti masuk ke badan, sy ditegur seorg bro ni. Mmg asalnya ada rse sdikit cuak, gelisah dn takut, mmg brdebar jgala. Tp disebabkn jarak bro tu dgn sy ada selang 1 bangku panjang, sy cuba utk x tnjuk yg sy ni takut sgt. Dn kami pon brsembang. Mula2 mcm kne ceramah jgakla dia mcm bg ayat2 nasihat gtu.

Bila smpai sesi kami brtukar soalan, barulah sy sedar dgn siapa sy brckap (serius trkjut), tp sy bual2 mcm biasa. Bro tu critala yg dia baru kluar pnjara dn sdg nk cari krja. Tp, paham2 ajela…bekas banduan mcm dia mmg susah nk dpt krja. Sy tnye jugakla dia ada ambil dadah juga ke? Dia kte, dia x ambil…dia hnya jual shja. Dan dia ckp dadah ni mmg salah satu punca pendapatan negara. Even kita ada polis, tp dgn duit…bnda haram ni xkn mampu disekat lbih2 lg dgn integriti segelintir rakyat dn pemerintah Malaysia yg anda sndiri sedia maklum.

Selain tu, bukan stakat lelaki, malah perempuan yg pakai tdung pon ada buat bisnes haram ni nk2 ekonomi Malaysia yg gawat ni. Mmg bro tu andaikn klw ada brkilo-kilo dadah tu dpn mata kita, kita xkn mampu say no bila kita tahu nilai RM pd dadah tu. Nak2 lg bila dh trdesak, x mustahil utk trjebak dlm kancah bisnes diorg.

Selain tu bro tu ada juga cerita yg dia sempat sepenjara dgn Tuan Anuar Ibrahim. Dan semestinya, Tuan Anuar ni besar pengaruhnya, keluar masuk penjara kerana difitnah dn mnjadi mentor kpd banduan2 yg ingin kmbali ke pangkal jln. Ye, negara kita ada hakim…tp sdar x kita yg hakim2 ini boleh ‘dibeli’ oleh seorg yg punya kuasa trtinggi kononnya dlm negara. Di dunia mmg boleh lepas, tp bila menghadap Allah, tiada jaminan utk lepas drpd kerajaan Allah ta’ala.

Kesimpulan yg sy boleh buat:
1. Duit haram mmg x berkat. Pergilah mne2 pon, hati xkn tnang dgn sumber yg haram. Byk lg cara utk dptkn duit halal, yg baik.
2. Pengaruh rakan main peranan. Sy yakin, kdg2 disebabkn circle kita org2 jahat, kita pon trikut jd jahat. Klw circle kte org baik, insya Allah ada jgak tmpias nk jd baik. Sy sarankn klw anda2 ada rakan yg nmpk lain mcm, cepat2lah tarik diorang kembali ke hidup berTuhan. Usahalah shabis baik krana umat Islam itu bersaudara. Sanggup ke mkn daging sahabat kita? Usahalah, insya Allah ada ganjaran pahala utk kita.
3. Ilmu agama. Ye, klw kita ada ilmu agama dn hdup ada prinsip…insya Allah terpelihara hdup kita. Ilmu bukn stakat dlm buku, tp mnjadi amalan dn mmbimbing kpd kbaikan dunia dan akhirat.
4. PRU nk dkt, maka pilihlah pemimpin yg adil. Apa dia adil? Yg letak sesuatu pd tempatnya, yg mnghukum benar itu benar dan salah itu salah. Yg x boleh dibeli dgn wang ringgit.
5. Bro tu ada pesan utk sntiasa doakn ibu bapa kita. Yg bg kita hidup atas dunia dgn lahirkn dan besarkn kita. Brbaktilah slagi mne mreka hidup dn doakn ksjahteraan mreka bila sudah meninggal dunia.

Sy rse ckup stakat tu, dn for sure Allah uji kita ssuai dgn kmampuan. Hidup di dunia hanya satu ujian dn prmainan yg mlalaikn. Hakikatnya, kpd Allah kita akn dikembalikn dn moga Dia terima amal ibadah kita. Jgn pernah brputus asa dgn kasih sayang Allah serta brjuanglah slagi mana nyawa dikandung badan.

Terima kasih.

– Miss Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit