Assalamualaikum.. Maaf andai cerita ni menimbulkan ketidakselesaan pembaca semua. Saya tak berniat nak menyalahkan mana mana pihak.
Tujuan di sini hanya ingin tahu saluran mana lagi yang boleh membantu kami.
Terus pada cerita.. aku ada abang yang dah berusia 30 keatas. Kami satu keluarga dah habis buntu nak usaha macam mana lagi. Makin hari makin menjadi.
Pernah ada kes dengan AADK, sampai sekarang tak dapat khabar berita. Last dihubungi, ujian air kencing tak keluar lagi. Tak ada panggilan untuk bicara ka apa ka. Bertahun menunggu sampai meninggal dah bapak aku.
Pernah tanya pusat pemulihan swasta. Kos mencecah RM700 sebulan. Di bawah kemampuan kami.. Hmmmm.
Kes polis pon ada. Tapi sampai sekarang tak ada jugak khabar berita. Cubaan bunuh la bagi aku sebab dia nak tikam abang aku. Naseb tak kena ja. Sampai harini aku tak taw status kes tu macam mana. Dah makan tahun. Dia pon tak dak kena pi bicara ka apa ka.
Mangsa dia mak aku. Penantian sepi dari sabar dan doa seorang ibu. Hati tak pernah senang tiap kali pikir mak aku.
Untuk pengetahuan, dia tinggal dengan mak dan adik perempuan aku sahaja di rumah. Anak-anak lain dok jauh. Dia seorang penganggur. Makan minum semua ditanggung.
Keluar cari duit untuk beli barang. Ada duit belari beli barang. Haram tak beli makan hatta untuk diri sendiri.
Mai gian tak dapat barang, segala caci maki carut keluar dekat mak aku. Bo***, ba**, orang T** tak guna, apa segala yang tak dikata kat mak aku tu. Penah nak angkat tangan kat mak aku, mak aku lari pi rumah jiran.
Ketum rebuih dalam rumah, apa ada hal. Pak aku penah tegur, dia tumbuk arwah pak aku.
Pak aku tak buat report walaupun kami suruh sebab dia nk slow talk lagi dengan abang aku ni. Sampai hampir akhir hayat dia, dia bagitaw kami, dia dah tak mampu nak buat apa dah.
Kami adik beradik buatlah macam mana pon dah. Dia terima.
Aku pernah report dengan AADK kes dia. Tu yang aku cerita kat atas. Tak dak khabar berita sampai sekarang. Urine test tak keluar keluar.
Yang terbaru adik laki aku marah pasai rebus ketum di rumah. Suruh buang. Dia pon naik angin. Kata adik beradik itu ini. Nak pi pecah cermin kereta adik aku.
Depa dok betekak. Aku kol polis. Dekat sejam jugak baru sampai. Aku paham depa pon banyak kes tapi tah la. Kalau ada kejadian lebih buruk. Macam mana??
Ayat bunuh tu di mulut saja. Anak buah semua takot dengan dia. Semalam anak kak aku ngadu dia dok kata bunuh2 kat budah tu. Kat aku, adik aku pon dia kata. Kat mak aku telah la.
Pengakhiran, polis tak ambil dia. Polis nasihat kami cuba bawak dia pi psikitri. Tak pa.. kami redho dengan apa polis tu sarankan. Akan kami usaha bawak. Polis pon dah bagitaw dia pi pskitri.
Dan aku tanya, kalau dia tak maw pi, macam mana? Polis tu suruh kol dia.. Alhamdulillah.
Sekurang kurangnya kami ada jaminan untuk tu.
Bukan senang nak cakap dengan penagih. Yang pernah hidup dengan depa, akan faham. Di depan orang cakap lain, di belakang lain. Yang buruk adalah keluarga sendiri. Yang salah adalah keluarga sendiri. Buat muka kesian serah kat depa.
Bila mak aku tinggai rumah sebulan pi rumah anak anak, jiran jiran kata tak kesian ka kat dia ka. Hampa kesian hampa bela. Nak tengok macam mana. Lani bila hampa bagi betih, dia mintak paha. Baru hampa nak menggagau.
Sekarang ni, aku nak kena urus dengan psikitri macam mana proses nak ke sana. Satu bab lagi, ic dia pon tak ada. Kad bank semua tak dak.
Katanya polis tak return balik lepas dia keluar kes tikam aritu.
Wallahualam.. Dia keluar lepas seminggu dok lokap. Taw taw balik seniri sampai depan rumah. Panggilan apa pon kami tak terima.
Dia seniri pon tak usaha buat ic dia. Kami nak bantu?? Mintak maaf lah. Ada duit makan natang haram tu. Daripada aku buat, dia pi renew kad bank. Duit bantuan kerajaan masuk.
Dia buat makan menatang tu. Tak payah. Buat sakit hati aku. Ni maw tak maw aku kena buat ic dia jugak untuk review dkt psikitri nanti.
Doakan aku ada kesabaran dan keikhlasan.
Hajat hati memang nak mak aku tinggal dengan anak anak. Tapi dia nak duduk di umah dia sendiri. Hanya tawakal dengan Allah saja kami ni. Jangan terjadi perkara tak diingini.
Mohon yang ada pengalaman macam nie, kongsikan cara hampa uruskan masalah macam ni. Semoga yang baik berbalik kepada hampa.
Terima kasih.
– Mentimun (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit