Hai, aku Rose, berumur 20an. Ini kisah bapa tiri aku yang aku panggil daddy. Daddy yang kini sedang bertarung nyawa di ICU salah sebuah hospital di Lembah Klang.
Aku mula kenal daddy sewaktu umurku 6 tahun. Mummy bawak aku ke taman, disanalah aku jumpa daddy. Mase tu daddy biasakan diri dia uncle. Aku agak awkward masa tu even aku baru 6 tahun.
Tapi dalam hati aku mase tu happy sangat, daddy ni pandai layan budak-budak dan tak pernah malu nak main macam budak even dekat public.
Mase tu hubungan daddy dengan mummy masih awal lagi. Daddy bujang, tak pernah kahwin.
Aku ingat lagi bila mummy suruh aku tukar uncle panggil daddy. Aku cakap dah kenapa mummy. Entah sesiapa je nak panggil daddy.
Banyak pengorbanan daddy aku dekat mummy dan aku, even sebelum mummy dengan daddy kahwin pun macam-macam daddy buat.
Ayah aku ni ignorance, sedikit culas bab nafkah, tapi daddy selalu ada. Before mummy kahwin dengan daddy, banyak yang daddy bantu dari segi duit mahupun tenaga.
Daddy aku ni kerja biase je jika nak dibandingkan dengan ayah aku. Tapi seluruh hidupnya semua untuk aku, adik (anak mummy dengan daddy) dan mummy.
Bila dah dewasa baru aku faham semua ni. Pernah ketika waktu aku kecil aku rasa daddy ni macam entah apa-apa je. Daddy banyak mengajar aku, mengaji, solat, kehidupan. Dari aku kecil sampai aku besar.
Waktu aku kecil dahagakan kasih sayang dari ayah, daddy laa yang ada. Bila daddy beli apa-apa hadiah untuk aku, ayah mesti cemburu dan belikan yang lagi mahal.
Ayah mungkin menang kalau dari segi duit, tapi ayah tiada ketulenan macam daddy, layanan daddy ni natural, tak dibuat-buat, daddy tak malu nak comotkan diri main macam budak-budak.
Aku ingat satu hari dulu. Mummy dengan daddy bergaduh, daddy ni jenis yang suka menjawab tapi tak pernah tinggi suara apatah lagi mengangkat tangan. Mummy je laa yang tinggi suara.
Selepas dorang bergaduh daddy datang kat aku, pegang aku, mintak maaf dengan aku sebab buat mummy jadi macamtu. Aku tak faham pun ape jadi sebab aku baru 8 tahun mase tu.
Kini daddy aku sedang berjuang melawan penyakit buah pinggang. Sedih bila tengok daddy kene dialisis. Daddy dah tak macam dulu, daddy makin kurus, tak berdaya, tak boleh penat.
Aku rindu daddy yang selalu sembang dengan aku bila aku balik kerja, aku rindu nak keluar sama-sama, aku rindu nak tengok daddy tolong mummy kat dapur, rindu nak tengok daddy tegur adik.
Guys, tolong laa doakan untuk daddy aku, aku tak sanggup tengok daddy sakit, setiap malam aku selalu pikir kalau daddy meninggal dunia, aku menangis.
Andai Allah takdirkan daddy aku pergi, aku redha, akan ku kenang daddy sampai akhir hayat aku. Doakan ye.
– Rosé (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit