Salam sejahtera
Aku sekarang berada pada tahun 3 sebuah universiti luar negara dalam jurusan perubatan. Mesti korang ada yang terdetik yg aku ni agak bright (bajet je) tapi tunggu dulu. Itulah yang aku nak confess kat sini
Aku seorang budak laki yang agak bright la masa kat sekolah dulu, semua cikgu kenal aku atas dasar akademik dari sekolah rendah memang top dalam batch, bukan kelas, tapi batch sampai aku sekolah menengah memang aku sentiasa top dalam batch, memang no 1 , no 2, atau no 3 , memang jarang sgt aku jatuh dari top 10 (seingat aku la) ni masa sekolah rendah atas (darjah 4,5,6) dan menengah rendah.
Sekolah aku masa menengah rendah pon bukan sekolah calang-calang , agak femes lah jugak, kalau sebut mungkin ada je kawan korang yang korang kenal asal sekolah tu.OK done meriakkan diri di malam jumaat.
Aku pernah merasa jadi anak tunggal sebab aku ada dua beradik je, dan jarak aku dan adik aku sangat jauh , masa aku nak habis sekolah rendah baru mak aku lahirkan adik aku. So selama sebelum dia lahir aku ni jadi anak tunggal la, memang semua yang aku nak aku akan dapat, tapi sebab tu jugak (jadi anak tunggal) aku jadi rajin membaca , suka bertanya, suka berfikir, memang mak aku cerita masa aku kecil, mulut aku tak berhenti bertanya, kenapa pastu bila dah jawab aku akan tanya langi kenapa jawapan dia macm tu (rasa nak tibai je kan). Satu lagi aku ni waktu kecik memang pantang tengok tulisan, semua aku akan baca tak kisah tulisan tu kat mana , atas suratkhabar ke, belakang lori ke,dekat baju mak aku ke, botol shampoo ke. Mungkin dipengaruhi ayah aku yang suka beli buku. Tapi point aku adalah masa kecik aku sangat intelek dengan environment yang tenang (xde adik). Aku cuma habiskan masa dengan mak ayah aku shja.
Jadinya bila aku masuk sekolah aku rasa semuanya senang, sekali aku dengar cikgu ajar kat depan terus aku dapat hafal, masa form 3 tu mmg aku tak ulang kaji pon , dengar cikgu ajar sekali kat depan terus aku ingat semua, novel form 3 tu pon aku tak baca langsung, tapi Tuhan bagi lagi aku A semua subjek. Jadi aku memang tak belajar sgt masa tu, sebab fikir aku dan pandai, tak perlu susah2 macam orang lain nak hafal2 benda.Aku jadi sgt malas sebab mmg dah faham dan ingat masa dalam kelas lagi.
Kisah aku bermula masa kau masuk menengah atas, oleh sebab aku sentiasa top 3 batch akhirnya aku dapatlah 9A dalam PMR aku. So aku menjadi satu-satunya pelajar dari sekolah lama aku yang masuk ke satu SBP ni kat Klang. Bila dh jejak kaki kat sekolah tu aku jadi gabra, rasa bodoh, semua yang masuk batch aku, semuanya power2, bekas top atlet sekolah la, juara olimpiad, tokoh nilam negeri, etc. Dengan environment asrama aku mula malas membaca, sebab senang distract dengan benda-benda kecik, aku hanya mampu baca sehelai dua je, pastu memang tak boleh fokus langsung .
Aku bawa amalan tak belajar langsung yang aku amalkan di sekolah lama , cuma bergantung pada apa yang cikgu ajar shja kat kelas masa aku masuk kat SBP kat klang tu dan masa itu lah aku sedar, aku tak bijak mana pon, first kejutan aku masa dapat kertas add math, tak pernah aku dapat markah serendah tu dalam exam. Bukan main terkejut aku sebab kawan aku ada yang dapat 80 90. Dari situ aku sedar selama ini aku syok sendiri je, bajet pandai , padahal bodoh.
Tapi sebab jiwa remaja kot, dan first time dok asrama aku jadi tak kisah dengan semua tu, lagi baik aku g sembang , lepak ngan kawan kawan. Aku cuma terkejut dengan markah tu dan aku teruskan dengan malas aku.Pada aku have fun lebih baik sebab aku takut, takut kalau aku belajar dan dapat rendah jugak , so lebih baik tak belajar , dapat rendah jugak. (aku pon pelik kenapa aku boleh fikir cmtu masa tu)
So berterusanlah markah aku rendah, tak naik dah nama aku top 10 batch macam kat sekolah lama, dalam kelas pon tak naik top inikan pula batch. Aku cuma kekalkan lulus je, tu pon kadang-kadang fail jugak tapi syukur masa spm aku dapat jugak straight A , mungkin sebab kena paksa belajar ( sekolah aku buat kelas siang malam).
Aku bersyukur gila dapat 11A tu sebab selama dua tahun aku kat Klang tu , tak pernah sekali pon aku dapat semua A.
Dan aku isilah semua permohonan universiti macam kawan2 aku yang lain. dan tunggu punya tunggu aku dapatlah tawaran ke luar negar dalam bidang perubatan. Dipendekkan cerita, flylah aku ke sini (tempat aku tengah menaip skrang).
Aku ingatkan aku nak berubah sebab sebelum datang aku banyak dengar cerita , life kat uni ni berbeza, takde cikgu yang nk buat kelas siang malam untuk paksa kau belajar, semua sendiri-sendiri.
Tapi alas, aku tetap dengan malas aku, tahun 1 ok lagi sebab basic sciences, banyak yang dah aku belajar kat sekolah dulu so gred aku masih ok2 lulus tapi x cemerlang. Tapi bila dah masuk tahun 2, dah masuk core medicine tu aku jadi pening, blur , nak muntah, aku mmg takleh fokus dalam kelas sebab cara ajar kat uni ni memang berbeza, lect tak kenal pon aku, so mmg sumpah aku tak boleh fokus dalam kelas, habis kelas pulak aku tak belajar, asyik main hp, main laptop, tengok muvi, main game, sembang sampai 2-3 pagi, wifi rumah pulak laju. Memang aku rosak .
markah exam aku mula turun mendadak, ada markah yang sumpah atas pagar (aku yakin sebab lect tambah, kalau tak fail la jawabnya). banyak markah aku rendah giler, A tu takyah cakap la, memang aku tak pernah dapat masa tahun 2 ni, memang aku fail teruk dalam belajar, tapi nasib baik aku masih dapat lepas tahun 2 tu walaupun markah memang memalukan sebagai seorang pelajar tajaan.
Masa cuti tahun 2 baru aku sedar yang aku tak boleh bawak dah perangai tak mau study, study last minit macam aku kat sekolah menegah rendah dulu, cikgu-cikgu pon xde dah nk paksa aku belajar macam sekolah menengah atas dulu, sekarang aku all by myself. Jujurnya aku pon tak faham kenapa aku perlu amik masa lama sangat untuk berubah , lama sangat nak sedar.
Mungkin aku bajet-bajet bright masa dulu, mungkin sebab aku rasa dah pandai so tak perlu study, tapi percayalah bila kau dah masuk uni, even genius pon fail. Sekarang baru aku sedar yang aku dibayar untuk belajar, dan aku perlu belajar untuk berjaya dalam sekolah perubatan ni, aritu pihak penaja aku ada beri amaran, so aku memang taknak fail lagi dalam belajar.
Sapa-sapa yang baca sampai bawah ni,yang sekolah lagi, tolonglah sedar bila dah masuk uni, nak taknak kau kena struggle to survive dan berjaya, takde dah kelas tambahan cikgu2 nak tolong korang. Kawan-kawan yang senasib dengan aku, korang masih boleh ubah lagi hidup korang, sekarang graduan makin ramai, kalau kita nak grad ngan pointe cukup2 makan, memang tanam anggur la jawabnya lepas grad. So sementara kita ada waktu ni. Ubahlah cara hidup kita
Terima kasih
– Charles
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit