Dah 2020, Masih Lagi Tak Cerdik

Assalamualaikum semua. Aku nak bagitahu yang aku sedih tengok ramai lagi pengguna terutamanya WANITA masih lagi tak cerdik.

Maaf kalau kasar tapi itulah perkataan yang paling tepat nak describe betapa senangnya kita semua diperdaya oleh manusia-manusia tamak.

1. Pertama sekali yang paling ketara dan paling banyak terjadi ialah percaya pada PRODUK KURUS. Awak, awak tahu tak dalam kebanyakan produk kurus ni ada julap?

Tu yang bila kau makan, kau berak memanjang. Lepastu timbang, wahhh turun 2kg. Yang turun tu berat air, bukan lemak. Tolonglah cerdik sikit.

Ayat iklan pun dah tak logik, “Nak kurus tanpa bersenam dan berlapar? Minum lah kopi ni bla bla bla..” Pandai dia pancing orang-orang yang pemalas dan jahil. Founder sendiri pun gemuk!

Dengar sini, TIADA JALAN SINGKAT NAK KURUS. BERHENTI JADI BANGANG. Artis-artis yang jadi duta produk tu pun tak pernah gemuk, tetiber keluar produk kurus.

2. PRODUK BESARKAN PAYUDARA. Ni spesis tak bersyukur dengan apa Allah bagi. Dia nak modify tanpa dia tahu produk ni mempunyai bahan kimia yang membahayakan hormon.

Hormon ni sejenis benda yang kau tak boleh buat main. Kesan paling buruk, kanser. Ironi, niat nak besarkan alih-alih kena buang terus sebab kanser. Allah bayar cash.

Kau nak besar-besar sangat buat apa? Nak jadi p*rnstar? Takut suami lari? Lelaki kalau dia nak cari lain, kau punya besar kepala lori pun dia tetap cari lain.

FYI, ada senaman yang boleh memantapkan balik payudara anda. Boleh cuba. Tapi makan masa. Kalau kau nak besar secepat mungkin, letaklah belon.

3. PRODUK PUTIH. Yang ni memang femes lah. Baru-baru ni aku ternampak iklan “Putih dalam masa 24jam” Uishhhh dasyat gila. Teknologi apa dia guna. Ramai gila yang komen pm. Maksudnya, wanita-wanita kita masih ramai yang kurang cerdik.

Founder drip whitening produk kat klinik estetik, balik tu dia jual pil, jus pemutih kat korang dengan harga firaun. Pelanggan pun beli dan lahirlah usahawan berjaya kat Malaysia ni.

Maka korang pun berbangga lah sebab usahawan ni melayu islam yang berjaya jadi jutawan. Tanpa korang sedar, dia kaya atas kejahilan korang sendiri.

Tolonglah berhenti jadikan usahawan timbang kilo dan oem ni sebagai idola. Mereka ni nothing but trash! Mereka ni tak kisah buah pinggang kau barai janji sale masyuk.

4. JAMU. Segala jenis jamu perapat, perawan, apa-apa je lah yang suka sangat menakutkan kaum wanita. “Suami tak selera sebab berbau, longgar”.

Kalau berbau, jagalah hygiene. Kalau longgar, buat kegel (senaman kemut). Nafsu kurang, banyakkan bersenam. Jangan habiskan duit beli produk-produk mengarut ni. Tak habis-habis takut suami lari, suami korang ni memang tak guna eh? Hidup memang fikir s*ks je?

Feminine wash yang claim boleh rapatkan tu semua bullshit. FEMININE WASH ADALAH DILARANG kerana boleh mengganggu kadar pH di kawasan vagina.

Boleh google apa itu pH dan fungsinya untuk kesihatan vagina. Mana ada vagina bau downy. Semua orang sama. Just jaga hygiene insyaAllah ok jer.

5. TELAN VITAMIN C DALAM DOS YANG BANYAK. Yang ni ramai yang buat.

Tahu tak, badan kita cuma perlukan 0.25 mg vitamin c sahaja sehari. Kalau kau ambil 1000mg, buah pinggang terpaksa bekerja lebih untuk menyingkirkan lebihan tu melalui air kencing.

Kau tak kesian ke kat buah pinggang kau? Kau tak kesian kat mak yang susah payah lahirkan kau dengan sempurna, senang-senang je kau rosakkan organ-organ kau..

Minum air masak berlebihan pun boleh menjahanamkan buah pinggang, apatah lagi benda yang kompleks dari air kosong. Pilih, nak putih tapi buah pinggang rosak, atau kulit hitam manis tapi sihat ??

Ok setakat tu dulu bebelan aku kali ni… Kalau ada yang terasa dan marah-marah tu sahih dia adalah salah sorang pengguna ‘tak cerdik’ yang aku maksudkan.

– Cik Megatron (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *