Sebelum ini, aku pernah buat satu confession dalam ni, berkaitan hidup aku yang tengah tak ada kerja sebab aku ambil keputusan berhenti kerja beberapa bulan lepas.
Aku cuba cari semula confession tu, tapi aku tak ingat tajuknya. Jadi aku cuba recap semula apa yang aku masih ingat.
Aku dalam lingkungan umur 30 tahun, dan aku buat keputusan untuk berhenti kerja sebab gaji yang terlalu rendah. Aku ada plan nak buat bisnes, tapi tak berjaya dapatkan income yang banyak—cukup-cukup untuk survive je. Masa aku tak ada kerja, aku terpaksa berhutang juga.
Disebabkan keadaan yang terdesak masa tu, aku tulis confession tu dengan harapan dapat cari jalan keluar.
Masa tu aku nampak tiga pilihan: sama ada aku cari kerja semula, teruskan je buat bisnes walaupun perlahan, atau sambung belajar ke diploma supaya boleh dapat kerja dengan gaji yang lebih tinggi.
Cuma hasil daripada confession tu, aku terima banyak komen yang menyakitkan hati. Ada yang doakan aku tak kahwin, ada yang kata aku bahaya untuk wanita lain, dan harap aku tak ada jodoh langsung.
Ok, alhamdulillah aku berjaya keluar daripada masalah hutang tersebut.
Alhamdulillah, Allah bagi aku kerja baru dengan gaji yang lebih tinggi. Kalau sebelum ini aku cuma dapat RM1,700, sekarang total pendapatan (gaji part time + bisnes) aku cecah dalam RM3,200.
Tapi aku nak jelaskan, kerja baru ni bukan full-time dalam tempoh 4 bulan je. Aku dapat job ni masa aku tengah terdesak dulu, dan kerja ni part-time je.
Cuma, daripada job tu aku dapat selesaikan hutang installment aku dan ada sikit lebihan selepas habis projek ni.
Sekarang aku tengah fikir masa depan. Bila job ni habis nanti, aku ada beberapa pilihan:
1. Sambung belajar.
Disebabkan aku tak ada kelulusan akademik, aku terfikir nak sambung belajar. Tapi bila kira balik tempoh masa, diploma 3 tahun + degree 4 tahun = total 7 tahun. Aku akan habis belajar dalam umur lebih kurang 38 tahun.
Jujurnya aku rasa berat dan buntu. Kawan-kawan cakap, “sambung je belajar,” tapi aku masih ragu-ragu dengan masa dan komitmen yang panjang tu.
2. Kerja je.
Aku dah 6 tahun kerja dari rumah. Aku memang ada skill untuk kerja remote, tapi masalahnya kerja-kerja ni tak ada KWSP/EPF. Jadi aku tengah fikir nak cari kerja luar yang lebih stabil—yang ada caruman, faedah dan sebagainya.
Mungkin mula-mula gaji dalam RM2,000, dan naik sikit-sikit sampai tahap tertentu. Tapi itu pun aku tak pasti sejauh mana peluang kenaikannya.
3. Bisnes.
Sejujurnya, hati aku memang lebih cenderung ke arah bisnes. Alhamdulillah bisnes aku makin naik. InsyaAllah, dalam 3 bulan ni aku target nak jual ke luar negara dengan sasaran sebulan 5,000 USD. Capai atau tak belakang cerita, tapi itu matlamat aku untuk tahun ni.
Korang rasa jalan mana aku patut pilih?
P/s: By the way, kepada yang dulu komen siap doakan aku tak kahwin tu — korang memang siot.
Tengah-tengah orang lelaki dalam keadaan tersepit, bukannya nak bagi doa baik-baik atau nasihat berguna, korang pulak doakan aku tak ada jodoh. Jahat betul mulut tu. Ingat, setiap orang diuji cara berbeza. Kau siapa nak hukum masa orang tengah jatuh.
Confession sebelum ini aku tak ada mention nak kahwin pun, cuma minta nasihat untuk keluardaripada masalah. Aku pun tak ada balas komen sebab tak akan aku nak bagitahu umur sebenar dan identiti aku kan.
– Sazali (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
1. Dpt sambung belajar mmg bagus, tapi jgnlah buat penilaian tipikal gitu (3 tahun diploma + 4 tahun ijazah). Ada je bidang kemahiran yg tak perlu tempoh selama tu pun, skrg byk pilihan..belajar online pun ada. **Contohnya kerja dlm bidang HSE (keselamatan industry)- awak cuma perlukan sijil dr CIDB & dr masa ke smsa boleh upgrade level tu. Level industri ni mmg tak sama mcm di U yg bersifat teori, tapi sbnrnya ada penilaian yg letakkan sijil kemahiran ni setara dgn tahap ijazah/ sarjana/ kedoktoran. Cumanya tak byk dibincangkan. Jadi klu nak sambung, lebih baik cari yg sesuai dgn kecenderungan, minat & paling utama memberi nilai tambah & kemahiran teknikal di masa dpn. Ilmu bila² masa pun kena upgrade, bukannya dh capai tahap paling tggi berhenti belajar/ cukup dh. Contohnya klu skrg buat bisnes & nak bljr berkaitan bisnes, lebih baik ambil course development mcm Business Mgt yg lebih praktikal dgn industri dlm M’sia (tools utk sales, mcmna nak merangka target syarikat, nak buat pemasaran yg lebih bersasar, menulis rangka perniagaan yg boleh diterima pihak pelabur/ bank, bina kredibiliti & rekod yg bagus utk syarikat & kewangan peribadi dll). Sbnrnya klu jumpa yg sesuai, awak boleh bekerja sambil belajar je. Tapi pastilah kena ada team supaya perniagaan terjaga masa ketiadaan awak (jika bekerja sendiri)
2. Jika dh ada kerja yg pendapatannya terjamin, sy lebih suka nasihatkan supaya awak terus bekerja dahulu (apatah lagi klu ada perancangan utk berkahwin) disbbkan pasaran kerja yg agak tepu skrg. Kecuali awak bekerja di bidang yg niche/ kemahiran/ teknikal yg sentiasa diperlukan (masih wujud & signifikan) industri ATAU sememangnya sudah betul² stabil & ada modal/ dana (termasuk kecemasan) yg mncukupi utk bekerja sendiri. Sdkt sbyk pekerjaan yg ada jgk dpt beri pengalaman & panduan bidang apa sbnrnya yg sesuai & praktikal utk awak mohon jika sambung belajar nnt. Mgkin jika kenal org yg berkepakaran dlm industri, awak jgk boleh minta nasihat ttg kemahiran apa yg sesuai & sptutnya diterokai di masa akan dtg. Jadi tdklah jurusan yg diambil tu cuma tertulis di sijil U saja
Pd hemat sy, sambung belajar ni awak boleh buat samaada awak kerja mahupun berbisnes sendiri (belajar separuh masa). Tapi pastikan bidang yg awak pilih tu tepat & praktikal utk masa dpn awak, bukan beralasan ‘perlu ada sijil profesional di tahap diploma/ ijazah’ semata- mata (sdgkan awak boleh dpt dua²)