Assalamualikum semua. Kenalkan aku N, berumur 27 tahun. Aku isteri dan ibu.
Kalian mesti dah boleh agak dari tajuk atas tu kan? Aku bukan nak kondem orang gemuk, sebab aku pun pernah gemuk dan obesiti. Aku cuma nak share, kenapa aku kurus dan bagaimana.
Ceritanya bermula pada tahun 2015, selepas berkahwin aku bunting pelamin. Aku tak sangka, sebab aku orangnya memang gemok. Berat 80kg. Sebab kata orang, orang macam aku susah nak “lekat”. Tapi rezeki kan Allah punya, kalau Allah nak bagi, cara macam mana pun Dia bagi kan. Jadi disebabkan awal “booking” buku merah/pink tu aku dah overweight memang doc letak aku ibu berisiko. Orang lain 21 minggu baru minum air gula, aku tak seawal 12 minggu dah minum. Dan seperti yang dijangka – sangkut sudah kencing manis. GDM – Gestational Diabetic Mellitus yakni kencing manis ketika hamil. Dan part ni aku tak jangka – dengan insulin. Kalian bayangkanlah, dari minggu ke-12, sampai bersalin – 4 kali sehari dengan dos yang tinggi 12,12,12,14 aku kena cucuk sendiri. Tak sakit tapi renyah. Dan agak merisaukan sebab kena kawal makan betul-betul sebab kalau naik gula doc akan naikkan insulin dan yang paling menyesakkan jiwa komplikasi anak dalam kandungan. Gugur, cacat, dan – MATI. Setiap kali checkup 3 perkara ni doc/nurse akan maklumkan aku. Aku tak marah. Cuma sesak jiwa.
Gembira, teruja dan bersyukur. Tak sangka ada manusia dalam badan aku, berkongsi nyawa dan dapat rasa setiap gerak anak tadi. Tumbuk, menggeliat, sedu – segala-gala.
Namun, langit tidak selalu cerah. Cukup 34 minggu hanya beberapa minggu lagi sebelum anak aku sepatutnya keluar dia disahkan meninggal di dalam kandungan. Ya, anak syurga. Tapi, anak aku dah tak ada. Lebih memeritkan selepas segala post mortem dan siasatan ke atas sampel – anak aku meninggal kerana komplikasi aku dengan kencing manis. Walau kencing manis aku terkawal namun seperti kata doktor – asbab untuk dapat anak syurga. Aku bertarung dengan perasaan sendiri, tak henti menyalahkan. Tak apa kita tinggalkan bab sedih ini kalau nak diceritakan panjang tak jadilah tajuk gemok kita kan?
Rutin ibu bersalin 6 minggu selepas itu perlu datang ke klinik untuk pemeriksaan seandainya ada komplikasi ketika mengandung. Dan aku disahkan ada kencing manis kekal. Sedih, kerana penyakit itu anak aku terkorban dan aku akan menghidap penyakit ini sehingga ke akhirnya – itu tanggapan buruk.
Tapi, bak kata doktor pakar yg merawat. Things already happened. For reason for sure. Masa untuk fikirkan pelan tindakan masa depan untuk kawal gula dan hidup lebih lama. Atas nasihat, sokongan para perawat (Million thanks to KKM staffs) yang sentiasa positif aku ambil langkah proaktif untuk sihat.
Selapas bersalin berat aku masih dalam kadar 80kg. Masih overweight. Dengan bantuan suami aku mulakan plan gaya hidup sihat. Bersukan, makan makanan sihat. Tak mudah. Perit sangat di awalnya. Awal berlari dah sakit-sakit badan dan kaki. Walhal baru lari 10 minit. Disebabkan suami aku seorang tentera jadi regime yang dilakukan agak ekstrem. Di minggu pertama aku sakit seluruh anggota badan sampai demam. Jadi rehat dua hari, selepas tu kena paksa lagi. Berlari pakai baju ponco askar tu, 2 km sehari. Pakai timer. Kesungguhan keluarga aku nak tengok aku sihat, sampai ayah aku hadiahkan jam garmin. Dan di situ aku kata pada diri sendiri “dah cukup aku gemok”. Sebab aku dari kecik memang gemok. Pernah obese pun. Pernah kena panggil babi, gajah, badak. Pernah kena reject pun sebab gemok. Mujurlah ada jugak orang nak pada orang macam aku ni.
Bab makan, ini lagi perit dari berlari. Aku makan ikut portion, ikut kalori setiap hari. Suami aku timbangkan. Kami google resipi kurus, dapatkan bantuan pakar pemakanan hospital dan nasihat doktor. Sekali lagi terima kasih pakar pemakanan KKM – sudi bagi resipi, cadangan dan makanan untuk orang macam aku ni. Mula-mula memang aku memberontak, culas dan acuh tak acuh. Sampai ke tahap aku gaduh dengan suami. Bila difikirkan balik, semua orang nak yg terbaik buat aku.
Aku tak ada spesifik target masa tu. Target aku nak dapatkan kawalan gula yang baik dan HbA1c yang cantik. Oh for those yang nk tahu pasal HbA1c tu nanti boleh google. Sebulan selepas tu, berat aku turun dan seperti kata-kata doc, turun juga bacaan gula ke tahal normal. Alhamdulillah. Macam aku nyatakan di awal cerita, aku kurus bukan sebab nak cantik. Cuma nak sihat. Sebab aku tak sihat, aku hilang anak aku.
Okay, ini regime aku setelah aku dapat berat badan ideal;
Senaman – 4 kali seminggu – min 30 minit sehari (boleh joging, trademil, berjalan saja) segala jenis senaman yang kalian rasa sesuai. Kalau kalian ke gym, lebih baik dapatkan trainer/instuctor sebab kalau salah main alat takut boleh mendatangkan kecederaan otot. Set target harian. Contoh : hari pertama 1km, 20 minit. Hari kedua 1km, 18 minit dan seterusnya. Sebabkan aku bekerja, cadangan aku hari minggu. Atau malam boleh bukak video senaman di rumah dan boleh cuba sendiri. Hendak seribu daya kan? 30 minit sahaja.
Makanan. Hentikanlah pengambilan makanan segera. Untuk kurus makan makanan sebenar, real food. Sebulan sekali mugkin boleh. Air manis, air gas, air berperisa hentikanlah. Teh dan kopi – minuman berunsurkan kafein boleh mengakibatkan deria rasa high demand terhadap minuman/makanan manis. Dapatkan Calorie Counter. Boleh kira apa dan berapa kita makan untuk hari tu. Nak kurus jangan catu makan/tak makan. Makan ikut diet dan kalori diperlukan sahaja. Kalau tak sampai ke sudah tak kurus atau kurus tapi tak sihat. Lagisatu kalian amalkan jenis apa diet sekalipun – kalau tak bersenam maka kalian hanya akan hilang muscle fat bukan lemak tepu yang jahat tu – correct me if I’m wrong.
Sebab tu aku selalu cakap pada ibu-ibu yang ttc kalau ada yang obese kuruskanlah badan dulu kalau tak end up penyakit sana sini masa mengandung. Even ibu yang bmi normal pun kadang dpt penyakit semasa mengandung apatah yang memang highly risk. A healthy mom leads to a healthy baby. And a healthy body leads to a healthy mind. Kita badan pun nak pakai lama, harpan sihat sampai ke tua. Gemok is not awsome taw. Aku dulu gemok dari kecik, memang tak kisah dan hidup bercirikan tagline “gemok is awsome tu”. Even kena tinggal sebab gemok pun masih tak kisah sebab at the end ada jugak yang nak kahwin dengan aku. Tapi bila sebab gemok aku dapat penyakit dan hilang anak aku maka it is not awsome anymore.
Pada kalian yang nak kurus, aku cadangkan dapatkan guideline dari doc dan pakar pemakanan. Janganlah ambik ubat tak ketahuan, supplemen dan sebagainya. Kesian buah pinggang. Kalian pergi saja ke klinik dan cakap doc saya nak kurus. Memang akan ada beberapa ujian lepas tu kalian akan di direct pada pakar pemakanan dan klinik obesiti – kalau tak silap nama klinik tu.
Pada kalian yang ada masalah penyakit dr kecil tentang berat badan, dapatkan nasihat doc juga. Ada kawan aku dari kecil sampai besar gemok. Dah diet senaman tapi tak jalan. Rupanya ada masalah hormon, dan tiriod. Mujur ke klinik dan dapat saranan doc.
Tak mudah sakit perit semua ada. Tapi bukan untuk aku. Aku cuma nk jadi perumah yang sihat untuk anak aku sahaja. Aku cuma nk jadi sihat untuk diri sendiri, keluarga dan anak-anak. Ini cara aku sesuai dengan aku. Aku hanya kongsikan buat kalian. Anything that suits you people, than feel free to try it. Ada sebarang cadangan dan tambahan kalian jangan lupa komen dan tambahkan ya!
Selepas semua terkawal aku cuba memgandung semula. Alhamdulillah expecting twins this October. Doakan semoga semua selamat.
Aku doakan agar yang nak kurus tercapai hasrat kurus dan sihat, yang ber ttc semoga kalian temui bahagia dan moga ada khabar gembira. Amin.
– N
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit