Dah Faham Agama Ke?

Assalamualaikum.. Lelaki dan agama berpisah Tiada. Jadi lelaki kena faham agama. Jadi lelaki harus faham agama. Jadi lelaki agama itu adalah keutamaan.

Aku kenalkan diri aku sebagai Nur Ain. Untuk kali ini aku Berminat untuk menulis tentang lelaki dan agama. Kenapa agama lebih penting untuk difahami lelaki berbanding perempuan/ wanita.

Kes penceraian, curang, pukul isteri dan anak2, suami tak nak kerja, macam-macam lagi kisah. Semuanya ini berlaku kerana satu sebab, kerana tidak memahami agama sepenuhnya.

Yakni jika lelaki itu seorang agamawan sekalipun, ustaz sekalipun, imam dan bilal sekalipun, jika dia tidak memahami agama, maka perkara-perkara di atas akan berlaku.

Kenapa aku cakap lelaki kena faham agama lebih dari perempuan/ wanita. Kalau rujuk balik kenapa Allah swt ciptakan lelaki itu, sebagai ketua, sebagai pembimbing, sebagai teladan,

Dalam erti kata lain, dalam apa hal sekalipun lelaki akan berada diranking paling atas. Jadi, jika lelaki tidak memahami agama, agak2 apa jadi dengan Orang yang berada di bawahnya.

Kita tengok dalam aspek rumahtangga. Jika dalam sebuah rumahtangga yang kuat beribadat itu isteri, yang selalu membaca alquran itu isteri. Suami? Sekadar solat 5waktu dia dah rasa cukup.

Itu paling baik dia cakap, “Eh, abang dah solat pun dah cukup bagus taw.”..

Bila isteri ajak ke masjid marah-marah. Bila isteri buka tazkirah, kadang-kadang sengaja dikuatkan volume tv. Bila isteri tegur suami Bab agama, mula ego sampai ke langit.

Kerana apa, kerana dia tak paham agama itu untuk apa. Dia Tak faham kenapa Allah swt cipta agama islam. Dia pandang agama itu ringan.

Lepas tu dia bajet nak suruh isteri dan anak-anak respect dia macam tuan-tuan besar. Sedangkan keperluan paling penting iaitu agama dia sendiri abaikan.

Agak2 apa akan Jadi? Rumah tangga berkat atau Tak? Tepuk dada Tanya iman.

Berbanding dengan lelaki yang faham agama. Walau bukan ustaz sekalipun, walau dia tak hafal al quran sekalipun tapi asbab dia faham agama maka dia berusaha untuk memperbaiki mutu ibadatnya.

Dia berlumba2 untuk sentiasa berada dihadapan isteri dan anak2 dalam soal agama. Dia pandang agama Itu tinggi darjatnya.

Dia cuba tunjuk teladan yang baik pada isteri dan anak2. Tak sempat macam mana pun, meeting Sana sini, dia tetap sempat buka alquran back walau satu ayat.

Dia cuba Cari Masa untuk bawa anak dan isteri ke majlis ilmu. Dan hasilnya dia lebih dihormati isteri dan anak-anak. Kerana apa, kerana dia faham agama.

Cuba tengok lelaki yang Tak pernah culas tentang Bab nafkah isteri dan anak2. Cuba tengok lelaki yang Pandai seimbangkan antara keluarga besar dia dengan keluarga kecil dia. Berbanding dengan lelaki yang kedekut, yang biar semua Tanggungjawab atas kepala isteri.

Kalau nak banding kehidupan lelaki yang faham agama dengan lelaki yang Tak mahu faham, yang faham agama ini hidupnya lebih smooth. Lebih mudah untuk membentuk isteri dan anak2. Sebab dia dh berjaya Jadi role-model yang baik.

Percayalah bahawa jika lelaki memahami agama, maka kehidupan kami sebagai isteri akan lebih terjamin Dunia akhirat.

Betapa banyak penganiayaan yang berlaku kepada kaum wanita, jika dilihat dari sudut pemahaman tentang agama yang ada dalam diri lelaki sangat menyedihkan.

Kenapa perempuan diciptakan dengan 9 nafsu. Ia hanya kerana dia memerlukan bimbingan yang baik dari lelaki yang punya akal 9. Maka berlumba2lah kamu dalam kebaikan.

Takkan rugi lelaki yang sentiasa berusaha menuntut ilmu agama dan berusaha memahaminya sebelum mempraktikannya ke dalam kehidupan seharian.

Bahkan kami perempuan sebenarnya menuntut lelaki yang soleh dalam kehidupan kami.

Ikhlas,

Hamba Allah swt..

– Nur Ain (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *