Aku kenal Harith (bukan nama sebenar) 2010. Bercinta start 2012. Pastu merisik 2015. Aku amik step by step. Bertunang 2 tahun sebab tangguh 2 kali.
8 bulan sebelum nikah 2017 aku putus tunang. Sebab aku rasa aku tak boleh teruskan sebab mak dia sangat mendesak.
Aku masa tu tak sampai hati weh. Gaji 3k dekat kl ni tak banyak pun sebenarnya.
Harith banyak hutang tapi bukan sebab dia. Sebab semuanya mak dia suruh. Beli tv, beli washing machine, beli kereta, semuanya untuk mak dia. Bapak dia ada je. Kerja kerajaan. Aku pun tak faham.
Mak dia macam jadikan dia pelan masa hadapan. Habis je belajar, terus kerja, kena sara adik2 dia.
Adik dia nak laptop sorang satu, duit belanja tiap2 minggu RM200. Handphone. Topup. Eh banyak lagi lah. Sampai aku malas amik tau sebab nanti sakit hati.
2016 sepatutnya nikah tapi aku tangguh sebab aku rasa tak best. Nikah dalam keadaan takda saving. Ada duit majlis je. Dan macam terkejar2.
Mak aku pun rasa cepat sangat masa tu. Aku baru kerja 3 bulan masa tu.
Aku tak rasa lagi duit sendiri. Setakat belanja mak aku je. Tak dapat bagi duit belanja bulan2. Mak dia pulak selalu sangat tekan bila nak majlis bila nak majlis. Jadi aku cakap tangguh je sampai sedia.
Bila mak dia dengar je tangguh, dia macam bentak ke apa ntah. “Ha kalau tangguh, nah. Bayar balkony mak ni.” Masa tu mak dia tengah renovate balkony rumah.
Aku masa tu dengar pun tergamam. Habis tu kalau bayar benda tu, nak kena start menyimpan dari awal balik lah kan?? Halahhhhh… Laki aku pulak pegi layankan. Sebab tak nak mak dia sentap.
Pastu sebenarnya ada banyak lagi issue. Tapi aku malas nak tulis sebab takut korang kecam hahahaha. Oh and lupa tambah. Mak dia ada wassap. Cakap kalau susah2 macam ni cari orang lain je.
Aku sempat baca sebelum dia delete. Maka aku decide aku tak nak teruskan. 2017 bulan 1 aku putuskan pertunangan. Aku tak nak lah cakap sebab mak dia.. maka aku cakap je aku ada orang lain.
Harith pulak ingat aku betul2 ada orang lain. Nahhhhh hari2 dia datang bawah office aku. Sebab dia ingat aku ada affair dengan officemate.
Dia mula lah marah. Sebab awalnya dia tak bagi aku kerja kl sebab memang dia takut benda tu jadi.
Pastu pung pang pung pang sesi pujuk memujuk selama beberapa bulan (pendekkan sebab nanti orang malas baca). Masuk bulan 8. Dia yakinkan aku yang dia betul2 nak nikah dengan aku.
Harith ni pada aku sangat baik. Tapi yelah. Hati manusia berbolak balik. Maka aku pun bersetujulah nikah dengan dia.
(Di samping aku nak dia stop muncul kat office aku sebab officemate dah rimas takut kena tuduh apa2). Sebelum bersetuju, aku cakap dengan dia. Aku berterus terang. Yang aku tak rasa mak dia dan adik2 dia boleh terima aku.
Sebab diorang rasa aku ni ambil tempat diorang bergantung. Dia jawab.. ini pilihan dia. Mak, adik beradik, dia tak boleh pilih. Tu Tuhan bagi. Dia terima semua.
Tapi isteri ni satu2nya pilihan dia. Nak ke tak nak itu bukan urusan diorang. Kalau diorang tak boleh terima, itu masalah diorang. Dalam apa2 situasi, dia akan pertahankan isteri dia.
Masa ni, wahhhhhhh. Jiwa muda macam impressed lah kejap. Bodohnya la bila ingat balik. Hahahahaha. Padan muka. Hati berbunga sangat. Padan muka lah kan. Masa ni kentut wangi..
Ingat ya adik2. Masa bercinta memang rasa macam wowww pengorbanan itu. Kalau ada macam ni sila angkat kaki sekarang.
Masa nikah diorang dah buat drama. Tak nak bergambar dengan pengantin perempuan. Aku tengok laki aku. Dia cakap alahhhh takpelah gambar je.
Sampai sekarang dekat rumah tu takda gambar aku. Siapa2 datang, semua tanya. Mana gambar pengantin perempuan..? Ha pastu masing2 buat lah muka yang indescribable.
Lepas nikah.. haih. Semuanya mak dan adik beradik dia yang decide. Apa2 je.
Sampai ke tahap baju raya aku kena beli 2 sebab satu lagi tu mak dia nak Harith sedondon dengan dia and keluarga je. Ni masih hal kecik2 je ni. Lama2 sampai tahap laki aku balik kampung sorang je.
Cerita2 perli sapa lagi pandai masak tu semua aku skip jelah ek. Kecik punya hal. Sudahnya aku tak masak pun. Ha kau pandai masak sangat kan kau masak la.
Sekarang, aku cakap terang2. Duit gaji laki aku banyak habis kt dia. Padahal pencen arwah laki dia dapat RM2.5k, rumah dah habis bayar siap renovate lagi, kereta ada 2 bijik.
Tapi perbelanjaan rumah semua kena laki aku sorang keluar duit. Yang lain2 tak payah katanya. Sebab laki aku sorang kerja kl. Apa punya mindset lah.
Sampai ketahap aku takda duit nafkah. Mula2 dulu boleh la tutup mata. Sebab aku kerja. tapi lepas bersalin aku ada complications sampai kena berhenti kerja. Tahun pertama aku tak kerja, aku tahan.. sebab ada saving.
Tapi anak tengah membesar ni macam2 nak kena pakai duit. Semua aku yang biaya. Dia setakat bagi duit pampers je dia mampu. Mula2 aku cuba paham yang itu bukan salah dia. Tapi sampai bila. Bila nak pertahankan macam yang dia janjikan?
Adik2 dia dah besar weh. Tapi taknak kerja. Alasan, mak tinggal sorang. Ek eleh padahal mak dia siap berjalan dengan geng cik Kiah jauh2 sampai luar negara pun ada.
Sekarang diorang dah kerja pun masih jugak laki aku kena tanggung. Kalau tak, mak dia siap telepon bagi arahan suh bayar deposit rumah adik dia nak kerja kl. Adik dia ada laki la wehhhhhh. Laki dia pun satu hal.
Masuk tahun ke 5 tak kerja ni, aku dah takda rasa. Sebab tu tajuk aku macam tu. Sebab tahun pertama sampai sekarang aku dah buat semua.
Aku amik upah, aku jadi ps, aku niaga macam2 jenis niaga sampai rumah aku sepah. Niaga baju ada niaga barang ada, niaga makanan ada. Semua aku buat sorang.
Aku pindah duduk dengan mak aku sebab laki aku kata tak mampu nak bayar rumah sewa untuk aku. Aku bagi suggestion ok pindah rumah mak aku tapi dengan syarat dia kena start bagi aku duit nafkah.
Tapi sampai kesudah takda. Sebab apa? Sebab dekat sebelah sana, mak dia jual ayat “Harith bukan ada bayar sewa rumah pun. Duit tu boleh bayar u**** dengan c***** mak.”
Kereta dah jual sebab tak mampu bayar. Aku pakai kereta mak aku. Dengan harapan dia akan rasa ringan sikit beban dan dapat sara aku.. Tapi hmmmmm masih gitu jugak.
Masuk tahun lepas, dia dah jadi perahsia. Slip gaji, online banking, apa je pasal duit semua dia sorok dan tukar password. Sebab dia taknak aku tau berapa dia bagi mak dan adik2 dia.
Pernah sekali dia cakap nak balik kampung. Aku cakap takpelah dia balik jelah sana sorang naik bas (sebab nak jimat). Rupanya dia kena pow, diorang sekeluarga datang Johor tido hotel ok. Ada diorang datang jenguk aku?
Laki aku pulak takut nak bagitau dia ada dekat Johor dengan diorang. Ape bendaaaaaaa laaaaaa. Rumah aku 5km je dari hotel diorang tu.
Lepas diorang dah balik, laki aku balik rumah, dia tak sempat delete semua tu.
Aku buka hp baru tahu rupanya dia ada je. Tapi sikit pun taknak bagitau aku.. sedihnya aku masa tu. Sampai ketahap itu dia berahsia. Bila tanya, dia cuma cakap. Tak mendatangkan faedah pun kalau tau.. itu je level aku weh.
Aku sedih. Aku tak tau apa pun. Aku ni memang orang luar. Kalau aku tau lah jadi macam ni, aku takkan teruskan 2017 dulu.
Jadi sekarang untuk apa? Untuk apa aku bertahan? Nak nafkah? Aku sara diri dan anak. Serupa aku hidup bujang. Nak buat apa2 keputusan, semua kena ikut telunjuk mak dan adik beradik.
Termasuk urusan nak beli rumah dulu. Tiba2 mai mak dia suh pecah sana pecah sini. Last2 sampai sekarang tanggung personal loan. Ada dia tolong? Dah sampai tahap kena duduk dengan mak aku dah pun.
Kalau Harith ada ke takda ke dah macam takda function.
Bila pegi jabatan agama, yang ustaz dengan soalan cliché dia : “ada dia cederakan kamu? Ada dia pasang pompuan lain?”
Halahhhh halahhhh. Aku dah takda rasa dah. Kalau korang nak suruh berbincang, suruh bawah beralah, aku dah banyak berbincang. Dah habis beralah sampai tahap tinggal spenda je ni.
Aku bukan lah nak bercerai sebab nak kawen lain. Takkkk.. tapi aku penat dengan drama nak kena beralah dengan family dia. Padahal dah besar panjang dah beranak pinak dah. Bincang ni dah naik muak dah
Macam biasalah. Nanti dia kata kita ni ajar dia jadi anak derhaka. EHHHHH masa nak nikah cakap lain ni cakap lain. Pastu buat keras, jerit2 kan kita ni. Pastu tinggalkan kita.
Pastu seminggu nnt tiba2 balik mintak maaf. Pastu berubah sekejap sampai hujung bulan masuk gaji pastu ulang sampai abang Harith mampos. Bosan dah. Nak buat online transfer pun sampai tahap kena keluar rumah taknak kita nampak.
Bila tanya, kita ni kena marah balik kenapa nak persoalkan berapa dia nak bagi kat mak dia. Aih jumlah RM0 yang dia bagi kat kita ni takda pun kita dapat persoalkan.
Padahal kita ni cuma nak persoalkan kenapa semuanya kena rahsia? Kenapa nak sorok kalau takda rasa benda tu salah?
Haih. Entahlah nak. Takda rasa dah. Nak tinggalkan, tinggal jelah betul2. Senang sikit kerja.
Aku ehhhhhhhhh kang haaaaaaa..
– Luna Lovegood (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit