Tak tahu la nak cakap macam mana. Mungkin semua ni salah aku kot. Sebab aku yang mulakan.
Aku ni pegawai kerajaan. Masa kenal suami, dia kerja biasa2 ja la. Awal2 bercinta dulu dia rajin la belanja aku makan.
Sebab pekerjaan aku agak sibuk jugak. Selalu tak sempat makan. Kalau pergi cafe lewat, makanan banyak dah habis.
So dia rajin orderkan aku makanan. Dia memang jenis suka makan.
Konon tak sampai hati dia makan, tapi aku berlaparan, so dia akan belikan aku apa2. Aku memang hargai sangat dia jaga aku.
Tapi dia kan kerja biasa ja. Gaji dia pun kecik dari aku. So tak de la kerap sangat dia belanja aku. Kadang2 dia masak simple2 hantar kat aku.
Kadang2 aku tanya dah makan ke. Dia kata tak cukup duit. Makan malam nanti la kot.
So aku rasa kesian. Aku kerap la belanja dia. Mungkin kat sini start salah aku.
Mula2 dulu dia memang tolak la. Berkeras dia tak nak aku belanja. Lepas aku pujuk2 dia terima la.
Dia sebenarnya suka mintak air. Sebab sekali makan jadi mahal dia tak nak. Awal2 dulu dia kata makanan mahal. Belanja air sudah la.
Tapi dia suka minum air2 macam starbuck, zuss, gigi. Air2 macam tu la. Dulu aku kerap layankan. Lagipun tak sampai 20.
Cumanya lepas kami kahwin ni. Dah kerap dah dia mintak suruh aku belanja dia.
Bermula dengan offer aku yang dia dah tak tolak. Sekarang ni dia dah tak malu dah nak mintak aku belanja dia setiap masa.
Mula2 aku tak kisah. Tapi lama2, ada satu perasaan ni. Aku tak reti nak explain macam mana.
Rasa macam ingat aku ni bank kau ke. Dah tu kita pun sibuk dengan kerja, time tu la dia akan suruh aku order food panda kat dia. Sebab nak order sendiri dia tak cukup duit.
Aku sendiri pun jarang dah beli benda macam tu. Dah gaya t20 dah dia ni. Seminggu 2 3 kali makan mewah.
Dah makin ketara pulak sikap dia sekarang ni. Dia mesti gunakan aku kalau dia nak makan sedap2.
Contoh dia akan text aku. Sayang malam ni makan kat luar nak.. Aku tanya nak makan apa? Dia kata dah lama tak makan pizza kan. Aku kata ok ja.
Hah kat sini la perangkap dia. Dia akan jawab, tapi abang tak cukup duit. Sayang belanja boleh.
Macam aku kata tadi. Awal2 aku tak kisah. Lama2 rasa fedup. Aku pernah ja cakap kat dia. Kalau tak de duit tak payah la makan.
Ataupun time dia offer nak ajak makan, aku cakap siap2 kalau awak belanja saya ok ja. Kalau saya kena belanja saya tak nak. Lepas tu mula drama sedih dia.
Oh ye, untuk pengetahuan u all, dia ni kan drama king sangat.
Dia kata gaji sayang kan besar. 4 5 ribu. Apa salahnya belanja abang sesekali.
Sesekali eh?? Pernah ja aku meletup pasal hal ni. Dia dengan muka sedih dia, dia kata aku berkira dengan dia.
Asyik2 dia akan guna point gaji aku setiap bulan baki beribu2 tapi aku berkira dengan dia.
Aku tak tau la aku berkira ke apa. Aku cuma tak nak dia terlampau selesa dengan duit aku.
Kan dah banyak kes tangung biawak hidup. Aku tak nak hidup aku jadi macam tu.
Menyesal pulak aku cerita pasal gaji aku dulu kat dia. Aku ni dah biasa buat saving.
Tapi bagi dia duit aku banyak. Tapi nak belanja dia aku asyik berkira. Bagi dia, tak luak pun duit aku kalau belanja dia.
Aku pun ada keperluan aku jugak. Tapi dia tak nak cuba faham semua tu. Dia rasa dia jarang2 mintak, padahal dah kerap sangat dia mintak. Dia bukan sedar tu.
Dulu sebelum kahwin aku tak penah terfkir pun akan wujud masalah2 macam ni dalam rumahtangga.
Lepas kahwin satu2 isu timbul. Mungkin betul orang kata sekufu tu penting.
Aku yang terlepas pandang banyak perkara agaknya. Aku selalu nampak kebaikan dia ja.
Tapi aku tak kata dia jahat kerana hal ni.. Dia baik. Dia memang sangat baik. Tapi macam tu la. Aku rasa dia ambik kesempatan banyak benda pada aku.
Sebulan dia bagi nafkah duit kat aku 350. Rumah aku punya. Kami tinggal berdua ja la. Benda2 dalam rumah ada sikit2 ja la dia beli.
Maksudnya kalau benda tu tak de, dia akan beli. Tak de la harap aku.. Melainkan benda tu mahal sangat atau dia tak cukup duit, baru dia mintak aku belikan.
Ok part ni kami dah bincang sebelum kahwin. Sebab aku faham komitmen dan faktor kewangan dia. Yang tu aku tak kisah. Cuma benda2 macam ni. Kerap berlaku sekarang ni.
350 dia bagi kat aku setiap bulan. Tapi aku spend kat dia almost 6 or 7 hundred every months.
Masa aku meletup2 tu aku lepaskan semua tu. Tak habis2 la ayat dia. Ye la, abang tau abang miskin. Tak de sedar diri. Selalu tumpang duit sayang. Ya Allah stressnya aku rasa.
Lepas tu dia salahkan aku. Dia kata aku yang rosakkan dia dengan makan sedap2. Dia kata dulu2 dia tak tahu makan2 tu semua. Dia tau makan nasi ja.
Memang la aku yang kenalkan dia dengan semua makanan tu. Sebab kita sayang kat dia. Mesti la kita nak dia pun rasa apa yang kita makan.
Lepas tu kononnya merajuk la kan. Sebab aku marah pasal tu. Senyap la 3 4 hari. Setiap masa buat muka sedih.
Aku ada bela kucing sekor nama jiko. Kalau aku balik kerja, dia kononnya cakap kat jiko tu..
Apa la nasib kita kan jiko.. Lahir2 miskin, kena duduk dalam sangkar pulak tu.
Tah apa2 ja la. Aku buat tak peduli ja. Lagi aku layan, lagi kuat drama dia nanti.
Aku cuma cakap, tuhan bagi miskin terus baru tau.. Tak reti bersyukur aku kata. Tak habis2 ayat yang sama.
Tapi dia ni bagus satu benda.. Aku melenting marah macam mana pun. Dia akan diam ja. Dan buat muka sedih.
Dia tak membalas sangat. Takat ni memang tak pernah la dia tinggi suara kat aku. Aku yang selalu tinggi suara kat dia sebab stress.
Ok aku akui, aku memang jenis panas baran.. Tapi dia jenis penyabar. Dia ja satu2nya lelaki yang sabar dengan perangai aku.. Sebab tu kami kahwin.
Lepas gaduh2 tu ingatkan dia dah insaf. Tak mintak dah. Rupanya salah. Lama2 bila masing2 dah macam biasa balik, mula balik la ayat dia.
Sayang ada 13 ringgit tak.. Kalau dia text macam tu tau2 ja la apa dia nak.
Aku kan kerja gov. Setiap 25hb dia akan tanya bulan depan punya gaji.
Contoh ayat dia. Bulan depan pun sayang gaji 25hb jugak ke.
Aku kata ye la kot kenapa. Dia kata tak la abang tengok kalender ada perayaan. Kot2 kerajaan awalkan.
Aku tanya perayaan apa pulak. Setahu aku mana perayaan. Dia kata thaipusam kerajaan tak bayar gaji awal ke.
Aku kan dah masak dengan segala drama dia. Aku tanya kenapa awak nak makan apa pulak kali ni.
Dia akan ajak la makan mana2 sambil sengih2 dia tu. Tak de rasa bersalah langsung. Bagi dia tak pe kalau mintak kat isteri. Jangan mintak kat orang tak kenal.
Aku kata kat dia, awak ni tak de nak mintak benda murah kan. Mesti nak yang mahal ja. Kalau dia yang belanja aku, mesti benda tu murah.
Contoh, air tebu 2 ringgit. Milo ais balang, atau makan kedai tomyam. Paling2 pun kfc ja dia berani belanja. Sebab dia tau aku hanya makan loaded bowl ja.
Alasan dia gaji dia kecik. Tu ja dia mampu. Dia kata aku kayangan boleh la belanja dia mewah. Kononnya rezeki dia dapat tumpang rezeki aku.
Kalau aku ajak makan tempat mahal, aku suruh dia bayar. Awal2 dia dah cakap dia tak mampu.
Tapi sekarang ni dia hanya mintak aku belanja richiamo ja la. Dia kata tu paling murah dan support orang tempatan. But still dengan duit aku. Aku nak kasar sangat pun tak sampai hati.
Ye la, apa pun dia suami aku.. Tetap aku kena hormat dia. Kalau aku kata tak de duit. Dia akan cakap tak pe la dengan nada sedih.
Tapi faham2 ja la. Drama sedih dia yang aku nak kena hadap setiap masa bila balik kerja nanti.. Aku stress tengok muka monyok dia tu.
Sehari dua tak pe la, ni selagi aku tak bercakap dengan dia, selagi tu dia protest dengan muka monyok dia.
Macam tak matang pun ada aku tengok. Aku kata kurang2kan la minum semua tu. Kang kena kencing manis.
Kalau nak jugak, belajar minum dengan duit sendiri. Sebulan sekali cukup.
Dia akan jawab erm ye la. Penyakit memang senang serang orang miskin ja. Orang kaya tak jadi apa pun..
Tu la nasib kita kan jiko. Tak layak nak menikmati dunia. Dunia ini tidak adil.. Orang kaya ja semua boleh.
Aku time ni dah bara dah. Aku kata eh buat ja la dengan duit sendiri.. Baru semua tu adil untuk saya jugak.
Fedup aku nak cakap banyak2. Makin hari aku makin hilang rasa pada dia. Entah la..
Ni dah seminggu kami masing2 senyap. Sebab hari tu kami pergi Bukit Tinggi. Yang cuti raya cina tu kan.
Memang mostly duit aku la. Dekat Japanese village tu. Aku suruh dia pergi beli aiskrim.
Kononnya nak berjiwang2 makan dengan dia. Tiba dia datang dengan tangan kosong.
Dia kata mahal la ais kirim dia. 7 ringgit. Dia kata kat kedai 3 ringgit ja.
Aku kata mana boleh compare macam tu. Ni kan tempat percutian memang la tak sama harga dengan kedai runcit.
Aku masa tu dah bara. Aku kata 7 ringgit pun awak berkira kan. Lepas tu kata saya pulak berkira.
Dia kata bukan berkira. Tapi kena jadi pengguna bijak. Buat apa nak bazir 4 ringgit. Nanti kat kedai abang belikan banyak2.
Arghhhhh. Stressnya aku weh.. Aku kata tak payah la.. Dia ingat feeling tu sama agaknya. Aku kata simpan ja la 4 ringgit awak tu.
Aku memang tak bercakap dah dengan dia lepas tu. Cuti kami spoil macam tu ja la. Memang la dia cuba2 nak pujuk aku. Nak pergi beli semula.
Tapi memang aku tak hadap la. Dia ingat emosi tu masih sama ke. Aku rasa makin hambar dengan dia.
Ni tiba2 dia text aku. Dia kata bulan ni sayang dapat 2k kan.
Oh ye, setiap kali bajet dia lagi semangat depan tv. Sebab tak sabar nak tau berapa bonus kerajaan dapat. Aku sendiri pun tak pernah excited macam tu.
Aku memang tak reply whatsapp dia. Sebab aku tahu ada la tu habuan dia nak apa2.
Sekarang ni walaupun 1 sen, aku dah tak de hati dah nak belanja dia.
Macam apa yang aku buat sekarang dah tak ikhlas dah.
– Erika (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dia ingat dia budak ke asyik meminta? beli la sendiri. Dah la berkira dengan isteri pasal ais krim tu . geram pula baca. Bab tang duit dia nak jimat, tang dia suh isteri belanja, pandai pula pilih yang mahal. yihhh. geram aku
kena kentalkan diri…kasi ajar…
Sis letak tabung transparent ala ala bagi tips dekat restoren tu. Letak label ‘TABUNG MAKAN SEDAP’ >< bagi suami masuk duit dalam tu. Nanti dia nak makan mahal guna duit dalam tu je. Tak ada duit tak boleh makan mahal.
dia kahwin ngn sis dgn niat nak hidup senang lenang agaknya. dia tahu bini keje gomen takyah dia susah payah keluar duit. apa pown sis kena kuat, biar je dia buat muka sedih setahun pun, jangan dok beli.
Pehh,mmg ambil kesempatan btl..bagus tt,teruskan firm dgn suami,supaya lama2 dia tak berani dah minta².
Suami sis sebenarnya mempergunakan sis untuk kesenangannya. Sis kena tegas dan keraskan hati supaya dia sedar bukan tgjwb sis belanja makanan mahal2. Perangainya macam budak2. Macammana kalau ada anak nanti. Sis jangan layan semua kehendaknya. Dia pergunakan sis secara halus dan lembut. Sekali sekala boleh la. Simpan duit sis untuk yg lebih penting. Abaikn sikap merajuknya sebab sis tak berdosa pun.
aku baca2, eh sama plak dgn kes aku. bezanya ak anak 3 dah. kdg2 geram tp dah terkahwin. kalau takde anak lama da aku angkat kaki. 🤣. minum kopi nk yg sedap aje. ZUS, GIGI, RICHIAMO. kopi gerai tak main eh. hari2 minta aku belanja. makan pn cerewet. tak sedap taknak makan. lahhh? sebab aku mbesar dengan makan nak kenyang, bukan nak sedap. kdg2 aku beli mknn mahal sikit nak self reward belanja anak2, eh dia pun menyelit siap order yg lg mahal dri yg ak order. ak kalau pakai duit dia ak berhati2 takut terorder benda mahal. dia tidak ya, sup campur ha kooo rm25 semangkuk belum masuk nasi goreng petai la telur bungkus la. mahal tak peduli asal sedap dia nak mentekedarah. makan pula sorang2 tak offer pun anak2. ak kdg konpius, mak ayah dia miskin. kenapa dia cerewet makan eh?
penting nye sekufu, bukan sekadar pendidikan, tp financial dan financial planning.
mase bercinta dulu, xpela, dia laki kite, duit kite, duit dia,at the end,semua duit kita.
mmg betul, ,memula takpe,ikhlas.
tp kalau asyik meminta, lambat lagi ikhlas nak sampai.
so mmg kena ajar, tahu mintak,tapi lupe nk memberi.