Dah Jadi Trend Ke Isteri Orang Layan Suami Orang?

Assalamualaikum. Aku Qalbi. Aku pendam benda ni dari dua tahun lepas lagi. Aku dah berkahwin dan sekarang aku bekerja di sebuah sekolah agama area P*.

Dari awal bekerja semua baik-baik sahaja. Jumlah guru lelaki lagi banyak dari guru perempuan. Guru perempuan cuma ada 7 orang je.

Benda yang teruk ni bermula bila masuk seorang cikgu lelaki ni. Aku namakan dia Pisang. Pisang ni dah ada isteri. Tapi isteri dia bekerja di sekolah lain. Isteri dia cantik sangat. Aku kenal isteri dia.

Nak dijadikan cerita, Pisang ni jenis tak bergaul dengan guru lelaki. Dia jenis lembut tapi bukan lembut maknyah tu. Dia suka menyembang dengan guru perempuan. Dulu, dia suka datang dekat meja guru perempuan untuk bergosip, makan-makan.

Aku pada mulanya okay je. Sebab yelah, kami guru perempuan ramai. Asalkan tak ada buat benda yang boleh menimbulkan fitnah. Tapi, lama kelamaan aku perasan si Pisang ni semakin over.

Sejak diberi tugas untuk mencari hadiah untuk program hari sukan sekolah, kami guru perempuan ni tumpang kereta dia sebab dia yang offer. Aku duduk seat depan masa tu sebab dia cakap jangan buat dia macam supir. Aku pun terpaksa la duduk depan.

Korang tahu tak dia buat apa pada aku? Dia tolong tarikkan seat belt untuk aku. Aku terkejut. Aku pun cakap, “eh takpe, aku boleh buat sendiri”. Sejak dari tu, aku slow-slow jauh dari dia. Sebab nampak dia macam tak menjaga batas pergaulan.

Ada sorang cikgu perempuan ni, dah berkahwin ya. Aku namakan dia Bunga. Bunga ni seronok dapat keluar dengan Pisang tu sebab dia suka belanja. Makanan mahal ke murah ke dia sanggup belanja.

Bunga ni aku tak faham dengan dia. Dia tak perasan ke Pisang tu nampak macam pelik? Bunga ni selalu beria ajak aku untuk keluar sekali dengan Pisang semata-mata nak Pisang tu belanja makan.

Lama kelamaan, aku perasan Pisang dengan Bunga semakin rapat. Wehhhh. Dua-dua tu dah la isteri orang dan suami orang. Mereka berdua tu selamba je duduk rapat-rapat dalam bilik guru. Berkongsi makanan, lepas tu bergelak ketawa.

Cikgu-cikgu lain pun dah perasan benda ni buat suasana jadi tak seronok di sekolah. Mana tak nya, pelajar-pelajar nampak kot diorang rapat macam tu. Aku perasan Pisang dengan Bunga ni tak ada rasa malu pun buat macam tu dekat bilik guru.

Oh ya, untuk pengetahuan semua, bilik guru sekolah aku ni campur lelaki dan perempuan sebab kekurangan tempat kat sekolah tu.

Nak tahu tak? Tahap rapat Pisang dengan Bunga ni, dia berdua pernah duduk berdua dalam kereta. Aku tak tahu apa yang diorang buat. Memang la berdua dalam kereta depan public, tapi benda tu salah. Terang-terang la benda ni boleh jatuh fitnah kan.

To make it short, tahun ni Pisang dengan Bunga ni kantoi dengan pengetua yang diorang terlalu rapat. Pengetua tu perasan sebab selalu nampak diorang keluar berdua. Rupa-rupanya, pengetua dah perasan lama. Cuma, bimbang tersilap fitnah.

Akhirnya, pengetua panggil setiap orang yang ada di bilik guru dan bertanya tentang apa yang berlaku.

Semua guru lelaki cerita yang diorang tak selesa tengok Pisang dengan Bunga selalu berkepit dalam bilik guru. Ye lah, diorang cakap rasa berdosa sebab masing-masing tak berani nak tegur. Mampu membenci dalam hati je.

Selepas panggil guru lelaki, pengetua panggil aku pulak sebab pengetua perasan aku pernah rapat dengan Pisang dan Bunga tu. Pengetua tanya betul ke dua orang tu rapat sangat? Aku cakap betul.

Pengetua tanya rapat macam mana? Aku pun cerita la yang dua orang tu rapat yang boleh berkongsi makanan. Pengetua terkejut sebab dia tahu budak berdua tu masing-masing isteri orang dan suami orang.

Akhirnya, pengetua panggil si Bunga tu. Pengetua bagitahu yang rapat dengan suami orang ni boleh membawa kepada fitnah. Pengetua juga nasihat supaya elakkan dari buat benda macam ni sebab semua orang perasan. Pelajar pun nampak. Cuba bayang apa reaksi dia?

Dia cakap pengetua fitnah dia. Dia masuk dalam bilik guru, dia pergi sound cikgu lelaki. Dia tanya, “siapa yang mengadu pasal aku dekat pengetua?” Semua orang buat tak tahu je. Kat sini aku perasan, dia tahu apa yang dia buat tu salah. Tapi, ego nak mengaku salah sendiri.

Sejak kejadian dipanggil pengetua tu, Bunga semakin menjadi-jadi. Dia semakin rapat dengan Pisang tu. Aku perasan jugak, dia nak menunjuk depan kami dalam bilik guru ni yang dia berani je rapat dengan Pisang tu walaupun dah kena tegur dengan pengetua.

Kami semua pakat buat tak layan. Anggap dia berdua tak wujud. Bukan tak nak layan. Sebab teguran dah buat. Tapi dia taknak terima. Lantak korang la. Last-last, kami dalam bilik guru ni buat hal sendiri je walaupun dalam keadaan stress.

Sebenarnya, aku stress. Si Bunga tu macam marah aku. Dia tahu aku bercerita pada pengetua tentang dia. Aku cerita sebab pengetua tanya. Aku pun tak sanggup nak tengok benda ni semua.

Aku marah jugak pada diri aku sebab aku tak berani nak tegur perbuatan dia.

Sebelum ni aku pernah tegur, aku cakap kesian kat isteri Pisang kita selalu keluar dengan Pisang tapi dia cakap takpe. Bukan bercinta dengan suami orang pun. Pisang pun tak suka aku tegur benda ni. Dia cakap sekadar kawan je tak ada buat apa.

Aku doakan semoga dia berdua tu sedar apa yang dia buat tu benda salah dan tak buat dah benda ni. Aku rasa berdosa sangat sebab tak mampu nak tegur.

– Qalbi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. xpe, blm tengdah lagi.. dh terngadah esok tahulah dorg dua tu.. xpe, aku rasa korg semua dh buat sehabis baik, takkan nk dirotan pulak kan? ah biarkan.. tegur dh tegur, warning pun sudah.. biar Allah tetapkan jalan dia.. bagus btl 1 sekolah gigih tegur.. pelik2 btl lah manusia skrg

  2. depan khalayak pun tak malu, apetah lg dibelakang orang. dah ditegur pun lg menjadi-jadi aduh nauzubillah min zalik. si bunga takkan bertepuk sebelah tgn klau si pisang tu pun tak menjadi2 kan. puan pengadu kenal isterinya kan? cuba slow talk dgn bininya. bukan nak keruhkan keadaan, cumanya klau sy isteri si pisang, sy mesti sedih. sebelum ada benda yg lg buruk terjadi, baikla elak huhu. puan nak maklum pd suami si bunga mesti puan segan kan. cuba dlu dgn psngn si pisang. moga cepat2 la dorang kembali kepangkal jalan. malunya murid pun nmpk benda tak patut yg dorang buat. jd contoh yg sgt tidak baik. dah la pendidik huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *