Dah Kena Brain Tumor Baru Nak Minta Maaf

Aku tak larat dah nak simpan dalam diri ni dah. End of 2023 December, aku dapat berita yang ada sorang kenalan aku ni masuk hospital and doc confirm kan yang dia ada ketumbuhan yang sampai buat dia unconscious.

Jadi mak aku pun inform kat aku. Supaya aku maafkan apa yang dia dah buat kat aku, beside that mak aku kata dia dah minta maaf kat “mak” aku.

But my point here is, Nachos aku bagi nama la kat minah ni. Nachos ni kurang ajar dengan parents aku on my big day. Dia marah mak aku depan orang ramai ye, then dia jeling aku.

Aku sebagai anak, aku sangat panas hati. Tapi disebabkan tu hari aku, jadi aku tenangkan diri aku sendiri supaya aku tak jadi setan iblis.

Not only that, before my big day tu pun dah banyak mulut dia tu mengata mak aku. Which i totally tak boleh accept. Why aku tak boleh accept?

Sebab macam mana aku kena marah ke kena tegur dengan parents Nachos ni, aku tadah je telinga sebab taknak la kurang ajar eh dengan orang tua. Unless orang tua ni memang saja nak provoke aku, memang aku balas.

But i still choose to respect and aku anggap bila kena marah tu macam mak aku yang marah aku buat salah la.

But this Nachos tak respect bapa aku for more than 20 years. Siap jeling ehh kalau nampak bapa aku. And family aku ni jenis yang raya salam semua, jumpa pun salam semua. For 20++ freaking years baru aku tahu yang Nachos ni tak pernah salam bapa aku, malah jeling jeling.

Nak jadi cerita, after semua majlis dah habis. Aku masih cuba sabar dengan apa yang jadi. TETAPI aku dengar mulut yang terdekat yang si Nachos ni duk mengata ngata mak aku lagi yang sampai cakap mak aku punca sedara dia miskin takde duit.

Sedara dia yang cari mak aku tanya nak buat kenduri dengan duit yang ada hanya 5k. Dan disebabkan sedara si Nachos ni nak buat kat tempat lain bukan dekat rumah yang dia duduk, ada sedikit isu keluarga la masa tu tapi aku takde kaitan masa itu.

Disebabkan venue yang sedara Nachos ni nak buat ni adalah kawan rumah aku, jadi aku dipaksa untuk teruskan majlis yang aku taknak buat. Sebab ada hati orang tua yang perlu dijaga dan dibeli, biasalah orang tua tua ni sensitive sikit.

So aku ikutkan la impian hati orang tua tersebut, sebab dah nangis nangis dah anak cucu dia yang lain nak ikut kepala masing masing takde nak bincang ke consider from her sides.

And aku pesan kat mak aku “you tahu i taknak buat sanding ni, i buat ni sebab nak merealisasikan impian mak you.”

Also aku ada cakap kat mak aku “since *tuttt* hanya ada 5k tapi bayangan nak buat majlis macam wedding of the year, mana yang dia tak cukup duit nak buat tu kita bayar jela. Mudahkan la urusan dia nak cita cita bersanding dengan pasangan dia kan”.

Total bil 12k, tapi bila nak bayar macam macam bunyi keluar. Kata aku tumpang majlis orang la, tu kenduri si Nachos ni la sebab khemah pacak depan rumah dia, dia la tuan rumah. Aku dah kata aku hanya nak menolong, mana dia tak cukup aku tolong la.

Tapi dia hanya bayar 3k dengan alasan dia hanya invite 300 pax sahaja. 500 pax selebihnya adalah tetamu aku which is family dia juga. Tapi kat luar menjaja aku duk tumpang la , mak aku buat sedara dia miskin takde duit la.

Which memang aku tersangat marah sebab mulut masing masing macam sial, kau dah la kurang ajar. So aku up story kat status memang hanya bagi diaorang semua tengok.

Aku nak pukimak kan si Nachos yang cam hamlau ni. Tapi apa kan daya satu family terasa HAHAHAHA.

So aku assume masa tu semua mesti mengata belakang kan. Tu terasa dengan story aku, padahal dalam story aku takde cakap pasal majlis ke kurang ajar dgn parents aku pun tak tulis.

2021 & 2022 raya si Nachos ni memang masih sama kurang ajar. Kadang nampak mak aku takde salam, jeling jeling je. After that case, kalau aku nampak mak dia aku salam macam biasa cium pipi semua.

For me, ini issue antara cousin cousin. Yang makcik pakcik tua tua ni takyah involve pun.

Tapi sebab semua dah terasa, aku buat biasa jela. Sebab si Nachos ni minta maaf pun nak tunjuk hebatnya mulut jahat dia yang ada tanda taik lalat seketul kat bibir dia tu dengan cara sarcastic. Which aku malas nak layan.

But after dia buat tu memang aku doa sungguh sungguh seminggu tu, dia akan hadapi sakit yang dia tak terfikir. Sebab dia kalau cakap suka megah megah. Jadi dalam keadaan aku marah tu, aku doa je dan jalan hidup aku macam biasa. By the way benda ni jadi tahun 2020.

Last year 2023, dia salam raya dengan mak aku sambil nangis. Aku memang tak boleh nak positive dengan minah Nachos ni. Bila mak aku cerita kat aku yang Nachos ni minta maaf kat mak aku sedar silap dia semua tu la.

Mak aku suruh aku maafkan dia, aku cakap dekat mak aku.

“Nope, i tak maafkan dia. kalau dia nak cakap i kena respect orang baru orang nak respect i, dia sedar punca i pukimak kan orang sebab apa kan, biar dia datang sendiri minta maaf dengan i. I takkan free token untuk dia saja saja.”

Mak aku takut aku dendam, sikit pun aku tak dendam. Tapi memang aku takkan maafkan apa yang dia dah buat. Aku ingat dia kebal sangat tak rasa salah dengan mak aku, sebab dia belagak dalam group yang dia betul and semua sokong kurang ajar dia tu.

Patut la kahwin bertahun tahun rezeki anak tak sampai, mulut kau mengata anak orang pun macam banggang. Cemana nak dapat anak, hidup sibuk nak mengata orang. Hati tu kena ajar ikhlas, tak suka diam je.

So sekarang ni dia dah confirm brain tumor stage taktahu sebab tak amik port, mak dia duk send la ayat “maafkan anak saya ada menguris hati atau menyakitkan hati sesiapa” And aku tetap tak maafkan lagi.

Sebab umur 34 ni lagi takut jatuh standard minta maaf dengan yang umur 27 kot.

Orang keliling aku semua cakap “kesian la dia ada brain tumor, bukan main main kat kepala. Maafkan jela” Which aku memang tak boleh nak maafkan, dan dia hanya minta maaf kat mak aku SAHAJA.

Mungkin dia rasa mak aku ni jenis dengar je layankan. But for me, kau yang sibuk tayang depan orang ramai sehebat apa perangai cilaka kau tu. Kenapa takut nak minta maaf?

Dia punya takut tu sampai aku cakap “kalau you kata majlis ni you punya, you tuan rumah sebab khemah pacak depan rumah you, jalan you. You bayar la the whole thing. So jalan depan rumah i ni jalan i, jangan lalu kalau taknak kena apa apa”

Dia memang tak lalu depan rumah aku ye kalau dia sorang HAHAHAHA. Sanggup dia reverse ke depan ke belakang nak pusing kereta tu. Ingat terlalu hebat sangat nak rendah rendah kan orang. Penakut juga.

Even masa raya tu malam tu dia nak fly to somewhere, sambil tergedik gedik depan mak aku. aku yang kat sebelah tengah borak dengan mak aku pun dia macam sial ye “maklang maklang”. Ingat aku nak respect ke?

Aku ni memang susah nak dendam dengan orang, kalau aku dah tak suka tu aku buat bodoh je. Jalan hidup aku macam biasa, takde nak cuba cuba merapatkan diri ke apa.

Sekarang aku memang tak tahu apa status dia, hidup lagi ke dah tercungap cungap ke, tengah terbaring fikir salah silap dia ke aku tak tahu. Tak interested.

Cuma aku nak lepaskan yang aku memang takkan maafkan dia selagi dia tak confront aku sendiri apa yang dia buat. Dan aku takkan respect dia sampai aku rasa dia perlu di respect.

– Iris (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Ego tinggi dari langit kau ni. Orang tu dah nak meninggal, maafkan je lah dengan ikhlas. Doakan supaya Allah ampunkan dosa2 dia. Yakinlah hidup kau akan tenang. Kau taknak maafkan dia? Kalau kau mati dulu sebelum dia cane? Sampai bila nak berdendam?

  2. Honestly, on my opinion if you x maaf kan dia pun x pe….. sebab on ur big day she’s doing something yang x patut plus macam you cakap dis x minta maaf dekat you pun, so if dia sincere minta maaf dia patut berdepan dengan you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *