Dah Kurus Tu Jangan Kufur Nikmat

Hai, Assalamualaikum!

Terima kasih daun keladi Tuan Admin sebab ‘approve’ ceritera aku ni. Aku straight to the point jer lah yer, malas nak intro panjang-panjang, kamu semua bukan minat nak baca pun kan haha. Okay aku adalah perempuan, berusia 20an dan baru habis belajar kt IPTA di ibu negara. Kisah kurus ni memang sangat common lah kan, orang pun mesti bosan nak baca. Tapi tunggu dulu! Aku harap kamu semua tolonglah baca apa yang aku nak cuba sampaikan ni, sebab aku nak sangat kamu-kamu semua tak terjebak atau jadi macam aku ni.

Alkisahnya aku ni kategori perempuan badan berisi (atau gemuk la senang cerita) dengan berat 70++. Asalnya masa kecik aku ni halus je, tapi sebab satu tragedi tu so aku jadi membesar dengan jayanya. Dari zaman sekolah memang aku jenis badan berisi. Tapi time tu berat 60++ jer. Aku ni adik dan juga kakak yang mempunyai sibling yang teramat cantik *bukan puji family sendiri yer tapi memang kenyataan. Sebab antara sibling, aku lah yang paling tak menarik. Dahlah gemuk, tak cantik pulak tu. Walaupun kulit aku yang paling cerah, tak dapat tandingi kecantikan kakak2 dan adik2ku itu. So di sini lah bermulanya masalah self confident aku. Kalau pergi mana2 especially wedding atau apa-apa majlis yang jumpa dengan kenalan-kenalan, saudara-mara serta jiran tetangga, at the end of the day mesti aku akan rasa down, sedih sikit. Sebab apa? sebab orang-orang tersebut mesti puji2 siblings aku, dan aku ni umpama bayang-bayang hitam dalam sinaran berlian dalam majlis tu. Antara ayat-ayat mereka:

” Wahhh cantik anak-anak ko ye Joyah (nama samaran mak aku). Yang ni umur berapa? yang kembar tu umur berapa? (mereka merujuk kepada kakak dan adik2ku)”
” Ehh ini anak ko ke Joyah? Kenapa lain benau dari kakakknya? Terlebih makan yer (sambil gelak2 dan aku rasa macam nak bg tumbukan padu silat cekak musang)”
” Ehh anak kau yang ni (merujuk kepada aku) bukan kecil comel molek je ke dulu Joyah?”

Dan banyaaaaaaakkkkk lagi ayat-ayat yang memang buat aku rasa down. Oleh kerana kejadian-kejadian seperti itulah yang membuatkan aku selalu taknak join pergi mana-mana majlis. Bukan tu je, kalau cakap pasal keluar dengan family ni, aku akan pening 100juta kali nak pakai baju apa. Sebab apa? Sebab aku kena pastikan mak aku tak label baju-baju aku buruk dan aku kena pastikan aku sama cantik dengan siblings aku yang lain. Yerlah, orang gemuk kan susah nak berfesyen, aku pulak jenis taknak pakai pakaian tu kalo bila aku pakai nampak gemuk. Sudahnya aku akan repeat baju yang sama jer walaupun baju lain yg lagi cantik ada. Selesa itu lebih penting kan? Mak aku selalu kondem setiap pakaian aku. Sebab dia pernah bagitau aku, dia tak kisah siblings aku yang lain nak pakai apa sebab diorang dah semulajadi cantik. Mak aku nak aku UP sikit biar aku nampak sama cantik sama fancy macam diorang. Sudahnya aku susah nak jadi diri aku sendiri, aku takdapat nak pakai apa yang aku selesa, dan kadang-kadang aku terus takde mood sepanjang hari tu. Aku tak salahkan mak aku weh, langsung tak. Aku faham, mak aku nak yang terbaik untuk aku. Mungkin dia selalu perasan macamana downnya aku bila orang dok puji2 dan banding2kan aku dengan adik beradik aku yang lain.

Selain tu, masa sekolah aku takda pun zaman cinta monyet. Ada tu ada lah tapi dengan guy yang tak pernah jumpa. Yang depan mata memang takdelah. Yelah, siapa yang nak suka orang gemuk kan? Aku pernah crush dengan sorang budak sekolah aku ni. Dahlah atlet, tinggi, memang handsome sedap mata memandanglah. Cuma dia bukan playboy dan tak layan perempuan. Aku crush dengan dia since form 1 sampai habis SPM tau! Tapi sedih. Dia tak pernah bagi feedback, sebab apa yang kawan2 dia bagitau, dia ni tak suka spesis2 gemuk macam aku. Kalau aku kurus maybe yes, dia boleh pertimbangkan. Dalam dia tak layan perempuan tu, boleh pulak dia layan sorang classmate perempuan aku yang hot meletops kebabom. Huh, dasar lelaki! So kesinambungannya, self-confident aku makin jatuh, jatuh dan jatuh. Cerita tentang self-confident ni berlanjutan sampaila aku masuk belajar kt U. Janganlah story pasal rupa paras, fesyen bla bla bla memang aku terus takde mood, jadi down. Teruk sangat aku rasa time tu. Aku jadi takde keyakinan diri, tak boleh nak ekspress apa yang ada dalam diri aku (kecuali member2 baik yang kenal rapat dengan aku)

Oleh kerana peristiwa-peristiwa macam kat atas tu (banyak lagi sebenarnya), so aku ni makin lama makin obses nak kuruskan badan. Macam-macam jenis diet aku buat, kecuali dengan ambil supplement atau pil kurus tu memang aku tak sentuh langsung. Namakan je jenis diet apa, diet atkins? calories deficiet? diet palio? clean-eat diet? Semua aku buat weh! Tapi aku ni tak penyabar. Aku nak dapat result tu cepat jer. So semua memang agak kelaut kecuali diet calories tu yang aku berjaya buat selama 2tahun tapi hasilnya hanya turun dalam 3-4kg! Tambahan aku ni ada penyakit yang menyebabkan proses penurunan berat jadi slow, sebab tu aku mudah giveup. Sampailah aku buat satu habit ni, habit yang konon-konon ‘omputeh’ buat boleh sampai jadi aneroxia. Aku agak mesti kamu semua tau dah apa yang aku maksudkan. Habit muntahkan balik lepas kau makan! So it was turned to a bulimia. Aku akan makaaannnnnnnn banyak2 benda yang aku nak, but after several minutes aku akan ke toilet dan bluwekkkkkkk keluarkan semua yang aku makan tadi! Puas! Time tu jerlah aku rasa puas! Habit ni takder lah aku amalkan everyday but sangat frequent lah. Dan aku rasa around 5years aku amalkan benda tu, padahal berat takde turun sangat pun! Looserrrr sangat aku ni.
Punya obses aku nak kurus, sampai aku buat benda b*d*h macam tu, dan aku siap doa wehhh dalam hati, Ya Allah bagilah aku susut walaupun dengan cara aku sakit sekalipun. Kau dapat bayangkan betapa hodohnya perangai aku time tu? Semata sebab nak cantik rupaparas aku doa benda bukan-bukan weh!

Kau tau apa hasilnya?????

Aku start jadi bulimiac. But benda tu tak lama pun (maybe sebab Tuhan nak tolong aku). Tetapi after that, benda lagi teruk jadi. Aku langsung tak boleh jamah makanan, sebab kepala aku sentiasa melayang, sentiasa mual. Macam orang morning sickness, macam tulah aku time tu. Dan kebetulan time tu, aku dalam tahun akhir pengajian. Seksanya Allah jer tau! Aku rasa angin penuh dalam kepala, badan aku. Sometimes aku vertigo sampai tak boleh bangun, kena baring jer. Dada selalu sesak sebab angin, bila urut bagi keluar angin barulah lega. At first, aku ingat aku makan tak ikut time sebab kebetulan busy praktikal time tu so makan pun tunggang-langgang. Tapi benda tu berlanjutan sebulan. Aku pernah drive dari site praktikal ke IPTA untuk settlekan benda, tapi aku terpaksa berhenti tepi jalan sambil bagi double signal sebab time tu kepala aku berpusing, muntah sampai takde benda nak keluar dah. Around setengah jam aku kat tepi jalan tu, menangis tak payah cerita lah. Lastly, ayah aku bawak aku jumpa pakar. Dekat seminggu aku admit, cek itu dan ini. Rupa-rupanya semua yang aku alami tu adalah akibat dari perbuatan obses bodoh aku nak kurus dulu. Doktor memang dah diagnosed benda tu sebab banyak clinical test aku dah buat. Time tu menyesal ke tak? Kau rasa? Kalaulah ada doremon untuk ke masa lampau, serious aku taknak mulakan benda-benda bodoh tu. Sebab obses nak kurus, obses aku tu tak disalurkan dengan cara yang betul.

Dan yang paling aku kesal, aku tau Allah sebenarnya hampir-hampir makbulkan doa aku dulu. Doa seorang hamba yang tak reti bersyukur, kufur nikmat rezeki makanan dan kesihatan yang aku ada dulu. Slow-slow jer Allah tarik sekejap nikmat tu. Tapi separuh dunia aku rasa gelap weh atas kekufuran masa lampau aku tu. Sebenarnya sampai sekarang bila teringat benda yang aku pernah doa tu, aku rasa malu sangat. Malu dengan Tuhan aku yang dah bagi rezeki macam-macam, tapi tak bersyukur!
After being diagnosed with that disorder (aku taknak bagitau tapi dia berkaitan digestive disorder), aku jadi murung kejap. Berbulan-bulan aku hidup dengan anxiety disorder dan kemurungan atas sebab kecewa dengan diri sendiri dan padah dari perbuatan diri sendiri. Aku banyak kali ulangalik hospital, psikatrik jer yang aku tak jumpa sebab pakar kaunseling kat U aku tak bagi aku refer psikatrik, sebab nanti aku kena makan ubat penenang. Sepanjang setahun lebih tu, guess what? Memang aku susut! Walaupun berat tak berapa nak turun, tapi orang keliling selalu bagitau aku memang dah susut banyak. Mereka siap cakap dan bertanya lagi diet apa yang aku amalkan sampai susut. Aku hanya mampu senyum hambar je sebab hanya aku je tau dan lalui perjalanan yang aku tempuh untuk jadi ‘susut’ sebegini. Mak aku dulu, dari seorang yang selalu monitor jadual makan aku (walaupun aku ni bukan jenis kaki melantak) sekarang dia lah insan yang selalu paksa aku makan even tengah2 malam sekalipun. Mungkin dia takut dengan apa yang aku dah lalui, mak mana nak tengok anak dia sengsara kan? Sampai sekarang ni aku selalu kena marah sebab taknak makan itu dan ini (sebab masih dalam proses pantang yg on off on off)

Aku tau, doa aku dah separuh termakbul sebenarnya. Allah nak bagi aku rasa sikittttt jer benda yang aku mintak dulu. Aku menyesal, sangat menyesal. Kalaulah aku tau seksanya begini, aku takkan mulakan langkah bodoh dan doa yang aku ungkapkan tu. Biarlah aku gemuk, biarlah tak berapa menawan, asalkan rezeki nikmat kesihatan tu ada. Nikmat kesihatan tu memang takde tolak bandingan. Kalau susut macam ni sekalipun, tapi kesihatan Allah tarik balik sikit, memang tak guna weh seriously! Selepas hampir setahun ‘berjuang’, Alhamdulillah sekarang aku makin okay. Tapi belum penuh 100% sebab sisa-sisa masih berdaki. Setelah apa yang aku lalui, banyak benda aku belajar.
1) TOLONG BERSYUKUR dengan apa kau ada. Hatta ko gemuk sekalipun, bersyukurlah Allah masih bagi kau rezeki untuk makan dan minum. Tolong jangan asyik mengeluh depan rezeki. “alaaaa gemuk laa makan ni, alaaaaaaa makanan ni kalori banyakla”. Please, hormat makanan sebab makanan tu rezeki dr Allah. Tak salah nak monitor pemakanan, tapi tolong jangan mengeluh depan rezeki.
2) JANGAN OBSES NAK KURUS. Sometimes bagi kau, benda kau buat tu terbaik untuk kau sebab kau belum puas dengan apa yang kau dah capai. Benda tu okay sebenarnya untuk jadi catalyst bg diri kita. Tapi OBSES pun boleh membinasakan. Contohnya? AKU
Sebab yang penting, amalkan sunnah Rasulullah, BERSEDERHANALAH dalam semua aspek kehidupan
3) Sila amalkan diet yang betul. Sila rajin-rajinkan diri membaca ilmu2 tentang benda yang kita nak buat. Tolong buat dengan saluran yang betul. Diet niat kerana nak sihat, bukan nak cantik rupawan untuk tontonan awam
4) BE HAPPY. Jangan stress. Antara cara aku recover dari disorder yang aku pernah alami, aku sentiasa positivekan diri aku. Percaya dengan diri sendiri, yakin dengan penampilan sendiri. Hasilnya memang memberansangkan. Pedulikan kata-kata orang keliling. Kita adalah diri kita. Amalkan sentiasa SENYUM (sebab dulu aku terkenal sebagai perempuan bermuka cuka)
5) Ingat, tujuan kita hidup berpaksikan pada ALLAH, bukan pada MANUSIA.

Again, please jangan obses! Buat kamu semua yang dalam proses kuruskan badan, all the best! Sila ikut track yang betul, amalkan gaya hidup sihat dan sentiasa sayang diri kita sendiri :)

Sekian,
Mrs. Mok yang tak berapa nak Mok dah

– Mrs. Mok

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit