Dah Macam Dipaksa Kahwin

Hai semua. Just nak minta pendapat since saya tak tahu nak luah dan dapatkan pendapat siapa.

Saya perempuan awal 30an bujang. Asbab status bujang saya, ramai yang risau. Saya faham. Parents saya kerap sangat ajukan soalan bila nak kahwin dan siap dah plan majlis saya yang tak ada tu.

Isu nya, saya memang tak ada calon. Saya tak ada kawan lelaki. Dan beberapa hari lepas ada pihak ketiga (jiran) recommend kan seorang lelaki ni dekat parents saya. Saya tak kenal.

Dan of course parents saya sangat2 excited since saya tak pernah buka topik tentang kawan lelaki apatah lagi bawa lelaki ke rumah.

Lelaki tersebut Whatsapp saya. Saya tak reply. Dan seminggu kemudian, si lelaki maklumkan pada pihak ketiga yang dia nak bawa family dia ke rumah saya.

Tanpa berbincang dengan saya. Mestilah kan, saya sendiri pon tak reply dia. Takkan lah dia fikir diam tanda setuju kot. Haih.

Entahlah, saya rasa sangat berat hati. Nak taaruf pon macam berat. Sangat stress sampai saya tertinggi suara bila keluar topik ni.

Saya dah tolak. Saya cakap jangan datang rumah dulu raya ni. Terlalu laju. Dalam masa tak sampai dua minggu. Kenal pon tak. Yang nak kena kahwin tu saya.

Tapi parents saya sangat2 excited. Macam kena paksa pon ada. Hati saya sangat berat ke “tidak”. Saya dah cuba tolak dengan baik tapi parents macam tak setuju.

Saya faham niat mereka tapi untuk permintaan yang satu ni, sangat berat untuk saya.

Adakah saya perlu berkorban bagi peluang untuk si lelaki dan parents saya? Salah ke kalau saya tetap tolak walaupun itu harapan parents saya?

Raya dah nak dekat. Hilang dah mood raya. Risau, sedih, stress semua ada.

Sorry kalau confession saya nampak macam benda kecil je.

– Meow (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Cuba adik kompromi – benarkan lelaki itu untuk datang rumah & anda berdua berkenalan di hadapan keluarga. Tapi jangan libatkan keluarga lelaki lagi, jika tidak berkenan maka it’s ok – jika berkenan, boleh teruskan berkawan slowly… berdoa supaya Allah bukakan hati untuk melengkapkan sunnah kehidupan dan diberikan suami yang terbaik, bersesuaian dgn adik. Sekurang2nya mak ayah adik melihat ada usaha, lelaki itu juga perlu dihargai kerana niat serius untuk nikah. Umur makcik dah setengah abad, berkahwin pada usia yang lewat -macam2 dah dilalui dengan lelaki durjana (bercinta bagai nak rak, suami orang penipu, duda pasang ramai, bujang mata duitan dsb.) – tetapi akhirnya semuanya niatkan kerana Allah… mak ayah tu fikirkan yang terbaik untuk anak, lani mereka ada & sihat lagi, tapi sampai masanya bila mereka tiada nanti, siapa yang ada di sisi adik untuk meneruskan kehidupan? Kawan-kawan dan saudara ada keluarga kecil mereka sendiri ..jika adik rasa bahagia dengan hidup berseorangan, maka teruskan… tapi tolong baca & amati daripada pengalaman ramai orang – rebutlah pahala dengan pikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu .. kita tak perlu berjuang seperti di Palestin, tapi kita boleh fikirkan maslahah umat Nabi Muhammad SAW insya-Allah ..

  2. Mungkin awk masih takut dan ragu2 sebab tak pernah kenal atau mesej dia..tiba2 nak dtg bawa famili..terkejut kan.

    Takpe suruh je dia dtg mcm komen cadangan Makcik Rad tu.Lepas tu cuba kenal2 dgn bdk ni mcm mana org nya.

    Kena siasat juga latar blkg dia kerja apa..sihat ke tidak.bermasalah ke tidak..tkt2 terjerat dlm mulut buaya hbs merana..zmn skrg lelaki ni mcm2 helah nak gunakan perempuan

    Apa2 pun kenal dulu br tau jgn trs khwin mentang2 org ajak kahwin..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *