Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada warga IIUM Confession sekalian.
Pada hari ini, saya nak kongsikan tentang beberapa perkara bila kita dah menginjak usia 20 tahun.
Semoga, dengan perkongsian ini menjadikan saya dan pembaca sebagai anak-anak muda yang matang dan mampu memberi khidmat bakti pada diri sendiri, keluarga, bangsa, agama dan negara.
1. Ubah bentuk pemikiran
Pemikiran ini umum meliputi kehidupan kita sehari-hari seperti belajar, bekerja dan berkahwin (maaf).
Contoh, kalau kita sebagai pelajar maka buat gaya pelajar jangan buat gaya macam orang dah akad nikah. Kalau dah kahwin masa masuk U, itu kita tak sentuh di sini.
Kita just cakap kepada yang masih single termasuk saya ini. Hihi. Kalau pelajar yang masih single buat style macam dah kahwin, akan menganggu pembelajaran dan kegiatan harian kita dengan member.
Contoh eh, kawan ajak kita lepak, tapi kita badmood dan marah-marah sebab baru lepas putus cinta. So, seolah-olah kita ni budak-budak yang baru lepas kehilangan Teddy Bear.
Perkara ini dengar macam lawak tapi kalau jadi betul-betul silap-silap member pun tak nak kawan dengan kita lagi-lagi member yang jenis strict.
Nak bercinta boleh tapi biar kena pada cara lah. Maka, begitu juga jika kita telah berkerja mesti ada sikap seperti seorang pekerja yang sebenar.
Contoh, kalau datang office just nak letak punch card lepastu duduk sahaja tanpa buat apa-apa tak ubah seperti budak tingkatan 5 yang baru lepas masuk dalam pagar sekolah pada pukul 8 pagi semata-mata tak nak kena marah dengan cikgu.
Kita buat perangai macam ni pun akan mudah dapat masalah. Hujung-hujungnya mengamuk sorang-sorang di media sosial sebab baru kena tendang dengan bos.
2. Ubah cara bercakap
Percakapan melambangkan siapakah diri kita yang sebenarnya. Kalau umur 20, cakaplah macam orang yang ada educated sikit walaupun tak formal.
Contoh, andaikata Perdana Menteri bagi ucapan macam budak darjah 1, confirm rakyat jelata tak nak dengar dan terus tukar siaran. Begitulah kita, orang akan jadi bosan dan meluat nak berkawan dengan kita.
3. Perbaharui iman
Makin meningkat usia, makin besar cabaran yang kita akan hadapi. Bila dah menginjak umur 20, kita sebenarnya telah masuk ke era dunia baru iaitu dunia yang penuh ujian dan fitnah.
Andai iman kita goyah disebabkan kita tak jaga kewajipan dan tak perbanyakkan amal soleh, sudah tentu kita akan mudah menerima dakyah-dakyah kaum kufur dari luar sana yang kononnya boleh menjamin kebahagiaan hidup yang kekal abadi.
Mahu tidak mahu, agama ini kena jaga juga.
Tak semestinya perlu jadi ustaz atau wali Allah, kita sebagai seorang Mukmin (lelaki)/ Mukminah (wanita) perlu bertanggungjawab atas iman yang telah dikurniakan pada kita.
4. Jaga hubungan dengan manusia dan makhluk-makhluk lain
Dah masuk umur 20, tak ada istilah bergaduh, mengaibkan orang, mengumpat dan memfitnah orang dan sebagainya. Hal ini menunjukkan yang kita tiada tujuan yang jelas dalam hidup.
Bila kita buat perkara-perkara tersebut menunjukkan yang kita ada masalah hati atau masalah jiwa. So, rawat hati dan jiwa dengan pendidikan dan kerohanian.
5. Jangan menunggu bulan jatuh ke riba
Kehidupan ini tiada istilah senang lenang, tiada istilah zon selesa, tiada istilah puluhan guni emas datang bergolek. Hidup pada usia 20 an sampai mati kena bergerak.
Sedangkan Isarb yang dah jadi famous kerana dia berusaha, jumlah pendapatan dia tak payah kata lah, YB pun boleh pengsan.
Itu sahaja beberapa nasihat yang saya boleh kongsikan. Semoga bermanfaat. In Shaa Allah.
– Asyraf (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit