Untuk confession sebelum ini, (https://iiumc.com/cemburu-seorang-mertua/).
Alhamdulillah saya sangat bersyukur ke hadrat Ilahi. Rata-rata komen yang sangat positif, berikan kata-kata semangat dan dorongan untuk diri saya menjadi seorang insan yang lebih positif hari ke hari bagi meneruskan kehidupan ini.
Saya tak rasa diri ini keseorangan. Sungguh! Sukar nak diucapkan atau diterjemahkan dengan kata-kata.
Saya sungguh terharu dengan sokongan yang diberikan oleh anda semua. Sedikit sebanyak membantu diri saya dalam ‘recovery proces’ setelah sekian lama dilukai. Terima kasih sekali lagi.
Saya rasa lebih bersyukur dengan ujian yang Allah beri. Besar hikmahnya, saya lebih dekat pada Satu. Allah Yang Maha Pengampun Lagi Mengasihani.
Saya sedar bukan saya seorang sahaja yang diuji dalam kehidupan ni. Setiap kita diuji, bahagian masing-masing. Hinggakan ada yang memendam rasa tak mampu luahkan dengan kata-kata. Kadang kita tak tahu mana nak arah. Hilang arah tuju.
Kosong. Pada siapa kita nak luahkan? Bagi yang dah berkahwin bukan semua partner yang sudi ‘listen’. Concern juga luahan itu akan melukakan hati banyak pihak.
Maka kebanyakan daripada kita memilih untuk berdiam diri yang mana memakan diri tanpa kita sedari. Al-fatihah ku hadiahkan pada diri sendiri.
Jujur saya kata hingga kini jauh disudut hati saya, ada sedih dan kecewa. Namun, alhamdulillah saya mampu mengukirkan senyuman. Saya dikelilingi ramai insan yang positif yang tak putus-putus beri kata semangat. Terima kasih Allah. Alhamdulillah.
Semoga Allah kurniakan kita semua kesihatan yang baik, sentiasa dilimpahi rezeki dan sentiasa ceria dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Saya tetap doakan buat mereka yang pernah menyakiti hati saya jua. Sesungguhnya saya sendiri bukanlah manusia yang sempurna.
Bukan saya tak move on, macam saya kongsi tadi saya masih dalam proses pemulihan. Sesungguhnya ianya bukan satu keputusan yang mudah untuk saya ambil. Bukan mudah.
Saya kuat, dan mampu bertahan sehingga kini dengan adanya sokongan mak ayah dan adik-beradik saya yang tak jemu beri sokongan moral yang positif. Sangat positif, tak pernah memburukkan pihak sana.
Sentiasa tanamkan dalam diri saya untuk bersangka baik. Yang tak putus-putus berdoa, sumbangkan masa dan tenaga. Sentiasa ada di sisi saya tanpa menghakimi kisah yang lalu. Terima kasih mak, ayah, kakak dan adik. Terima kasih. Ini bahagian saya.
Saya nasihatkan sekiranya kita berhadapan dengan sesuatu masalah jangan sesekali kita diamkan diri. Kalau tak yakin berkongsi dengan orang yang kita kenali, kita cari kaunselor bertauliah agar rahsia kita tersimpan rapi.
Tak kira sama ada masalah peribadi, masalah di tempat kerja, masalah pengurusan emosi, masalah anak remaja. Kaunselor bertauliah yang patut kita cari. Di tempat saya, khidmat kaunselor secara percuma disediakan oleh Majlis Agama Islam Negeri.
Saya search di google dan call untuk fix temujanji. Saya boleh pilih kaunselor lelaki atau wanita. Of course sya lebih selesa dengan kaunselor wanita.
Tak silap saya di LPPKN pun ada menawarkan perkhidmatan kaunseling. Tapi saya tak gunakan perkhidmatan di LPPKN kerana ada orang yang saya kenali di situ. Tak selesa.
Semasa saya diuji, antara inisiatif yang saya lakukan adalah membuat permohonan untuk sesi kaunseling keluarga secara berjemaah. Keluarga kedua-dua belah pihak diminta hadir.(mak ayah dan ayah dan mak mentua) Kita boleh pilih, sesi secara berasingan atau sebaliknya.
Saya lebih suka, secara bersemuka untuk ‘clear the air’. Adalah trick saya buat supaya pihak-pihak yang berkenaan beri kerjasama, tidak mudah juga sebenarnya.
Sebelum itu saya sendiri pergi berjumpa kaunselor. Saya cuba perbaiki diri saya untuk menjadi insan yang lebih baik untuk si dia dan maknya dengan hasrat untuk menyelamatkan rumahtangga.
Saya cuba dan cuba untuk jadi yang terbaik. Usaha saya tak berjaya, masih lagi di takuk yang sama. Maka saya proceed dengan kaunseling keluarga.
Alhamdulillah dipermudahkan urusan. Seperti yang mak ayah selalu pesan, ‘selalulah berdoa dan minta kepada Allah. Kalau kita tak minta, mana Allah nak bagi. Sedangkan nak minta loan bank pun kena hantar application.’ Kias ayah.
Dari beberapa temujanji berkenaan yang mana tujuannya bagi proses penyelesaian bukanlah matlamatnya untuk berpisah semata atau cari salah pasangan semata mahupun cari salah yang lain, jauh sekali ungkit mengungkit.
Tidak. Dalam proses ini kita perlu kawal emosi dan berlapang dada. Kita usaha yang terbaik bagi mencapai kata sepakat bagi mencari jalan penyelesaian. Dari beberapa sesi kaunseling, baru saya buat pertimbangan. Ini cara saya, mungkin orang lain, lain caranya.
Saya beranggapan ‘mak’ melalui fasa menopaus. Dia sendiri tak mampu mengawal gelodak emosi tu lalu dilepaskan kepada saya. Saya bersangka baik sahaja, walaupun hati saya disakiti.
Kadang saya terfikir, apa salah saya dilayan sedemikian rupa??? Mungkin kesan akibat kekurangan hormon estrogen inilah yang akan menyebabkan gejala menopaus dan kesan jangka panjang.
Menggila dan rasa insecure. Kesian, simpati saya. Saya fikirkan setiap wanita akan mengalami fasa menopause, dan kesekalian kalinya saya positifkan diri.
Bagi isu lain-lain. Saya halalkan semuanya. Saya nak bahagia dan tenang. Sebab itu saya tak nak menuntut apa-apa. Saya hadiahkan dengan seikhlas hati buat mereka yang pernah hadir dalam hidup saya.
Pada saya buat apa saya nak berlawan. Cukuplah selama ini jiwa saya merana. Saya tak nak tambah kenangan yang tak indah dalam memory hidup saya.
Cukuplah dengan drama yang ada sebelum ini. Cukup! Pada mereka, nampak saya kalah tapi yang sebenarnya saya menang dalam diam. Lagi manis. Saya tak sakit hati, saya tak simpan dendam. Sebab saya dah lepaskan semua beban yang bersarang dalam hati dan perasaan saya.
Dan hasil didikan mak ayah saya, saya bukanlah insan yang suka berdendam dengan insan lain.
Saya hamba Allah yang kerdil. Saya malu tika saya berdoa meminta itu ini dengan Allah, tapi kiranya hati saya masih tidak memaafkan khilaf orang lain sedangkan saya sendiri pendosa. Saya segan. Saya malu dengan diri sendiri.
Ayah saya selalu pesan, kalau nak bahagia maafkan mereka. Betul, hati saya lebih tenang. Tenang sangat. Tidur pun lena.
Selain saya amalkan teknik pernafasan yang betul untuk mengawal emosi negatif. Saya trauma dengan peristiwa sebelum ini dan saya ada rujuk dengan psikitari untuk dapatkan rawatan.
Saya tak nak rosakkan diri saya dengan perkara-perkara yang tak perlu. Saya mula self love sepertimana yang ayah saya sarankan. Saya utamakan diri saya dahulu untuk segala-galanya. Satu perubahan yang sangat awesome!!!
Pada masa PKP ini, walaupun saya jauh di tempat kelahiran saya. Saya tak lupa keluarga di ‘sana’. Kemudahan shopping online ini saya manfaatkan. Saya join group delivery di kawasan keluarga ‘sana.’
Adalah saya order dua tiga kali household provision, ikan sayur. Sebab saya tahu musim PKP ni pasti pendapatan mereka terjejas. Saya minta seller rahsiakan nama saya. Saya belikan bunga orkid, dua tiga pokok. Terapi diri tengok pokok bunga cantik.
Belikan pokok puding, pokok bunga rose. ‘Mak’ tak tahu saya belikan. Huhu. Then saya orderkan last week household provision saya minta seller tulis kat plastik tu ‘daripada menantu nismilan’. Menangis ayahnya call ucap terima kasih. Saja saya nak bagi elemen kejutan di situ.
Bukan nak tunjuk baik, tapi saya follow amalan ayah saya yang menzakatkan Dividen ASB untuk golongan asnaf. Saya tiada niat lain.
InsyaAllah. Memang tiap-tiap tahun saya cari keluarga asnaf. So apa salahnya saya bantu menceriakan hidup mak tak jadi saya tu. Kan kalau nak bantu orang mula dengan yang dekat dengan kita.
Last sekali, kalau kita benci orang tu. Kita fikirkan kebaikan-kebaikan yang pernah dia buat untuk kita. Dia tak pernah buat baik dengan kita, kita cari kebaikan yang dia lakukan untuk orang sekitarnya.
Kalau takde kebaikan juga, kita cari sampai jumpa kebaikan insan tu. Mak tak jadi saya ni kebaikan dia sedekah makan kat meow. So kira dia baik jugalah kan? Ini yang mak ayah ajar sejak saya kecil lagi.
Jangan mudah judge orang, kita pun ada khilaf. Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Pasti ada kebaikan dalam diri setiap orang walaupun hanya sedikit.
Bila tau ada dalam persekitan toxic, kita jarakkan diri perlahan-lahan. Milah bukan baik sangat pun, ini soal empathi dan kemanusiaan. Milah jalankan tanggungjawab sosial sahaja tak lebih dari itu.
Thank you semua, sudi baca coretan Milah yang berjela. Saya doakan untuk anda yang diuji sentiasa tabah. Cari bantuan, jangan asingkan diri anda, jangan tanggung sorang-sorang. Usaha, tawakal dan berdoa. Bercampur dengan circle yang positif. Self love ya!
Doakan, Milah nak further study ni. Doakan Milah. Hug and love.
– Milah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit