Bismillah. Nama aku L. Aku cuma nak share. Kisah cinta bertepuk sebelah tangan. Tak best pun. Nak baca, baca, tak nak baca, cauu. Hahaha. Bukan cerita cinta, lebih kepada kisah aku nak move on. Entah dah move on ke belum.
Kisahnya bermula beberapa tahun lepas. Waktu tu aku baru mula bekerja tetap. Baru nak start life. Tengah fresh graduate.
Tengah buat kerja, tiba-tiba dapat satu whatsapp. Nombor aku tak save tapi bila buka dan tengok DP whatsapp, terus terketar-ketar tangan aku. Jantung “berdenyut” laju. Tiberhh.
Aku tarik nafas dan cuba baca whatsapp tu dengan tenang. Pengirim bagi salam dan bertanya khabar.
Aku kenal. Kenal sangat dengan pengirim tu. Dia senior tempat aku belajar dulu. Dulu agak rapat, sebab bekerja sama-sama handle program dan lain-lain.
Tapi, rapat berbatas atas urusan kerja. Lepas dah habis urusan kerja, tak contact dah. Dan bertahun la juga lepas habis belajar, kami tak contact sebab tak ada keperluan dan urusan.
Sebelum tu nak cerita sikit, sebab apa perasaan berdebar tu hadir bila dapat whatsapp dia.
Masa zaman belajar, orang nampak kami rapat. Jadi orang selalu “kenen”kan. Tapi aku selalu nafikan. Sebab memang aku tak suka dia. Bagi aku dia annoying dan “attention seeker”. Tapi dia banyak la tolong settle kerja aku. Agak bermanfaat di situ.
Aku jenis anti lelaki tau. Kawan lelaki ramai, perwatakan kasar sikit dan memang tak pernah couple dari dulu kini dan selamanya. Jadi, dengan senior ni, memang anggap senior la. Dia pun tak ada melebih-lebih. Sebab kalau melebih-lebih, aku tunjuk muka meluat.
Kawan aku ada la juga tanya-tanya. Tak suka ke kat senior tu. Aku memang jawab tak suka. Lagipun masa tu dia dikagumi juga oleh beberapa orang student lain. So, aku malas ambil port.
Hujung-hujung dia nak habis belajar, rasa lain pulak. Macam ada sikit rasa sedih. Sebab dia banyak sangat tolong aku buat kerja. Pernah sekali aku demam, dia hantar ke klinik. Berjam-jam tunggu. Bukan la pergi berdua, ada member aku teman.
Masa tu rasa kagum je la dengan dia. Mungkin masa tu start suka, tapi macam biasa. Aku keliru dengan perasaan dan menafikan perasan tu. Tapi rasa tu setakat tu je la. Ada sekali tu, aku berseloroh dengan kawan aku.
“Dia tu baik. Kalau dalam 5 tahun aku tak kawin lagi, aku nak pinang dia. Hahaha”
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Kami putus hubungan, tak contact langsung. Cuma kadang ada la lalu lalang di feeds FB.
Tiga empat tahun tak contact. Tiba-tiba dapat whatsapp dari dia bertanya khabar. Of course la rasa lain macam dan pelik dan macam-macam la aku fikir.
Dan tiba-tiba rasa perasaan lain. Rasa berdebar dan rasa bersalah sebab takut salah tafsir niat dia bertanya khabar. Al maklumlah, masing-masing dah kerja dan dewasa (lagi-lagi perempuan cepat perasan hahaha ). Tiberr teringat kata-kata aku dulu. Takut makan diri hahaha.
Dalam perbualan kami. Beberapa soalan dia tanya. Kerja kat mana. Tinggal kat mana dan bla bla bla bla. Aku jawab sekadar jawab soalan yang ditanya.
Bila dah save nombor, selalu la nampak status whatsapp dia. Dia pun selalu la juga reply status whatsapp aku. Berlanjutan la selama dua tiga empat lima bulan.
Ada satu haritu , aku ada buat status ada orang yang tak dikenali whatsapp aku. Dia reply,”ada orang nak ngorat la tu” bla bla bla. Pastu dia tanya bila nak kawin bla bla bla bla. Tiada perbualan panjang selepas itu.
Sepanjang tempoh tu, aku buat solat istikharah. Sebab setiap kali fikirkan dia, aku jadi tak tenang. Macam-macam perasaan datang. Aku cuba tenangkan diri. Solat sunat. Minta Allah bagi petunjuk. Ini first time aku dapat perasaan macam ni.
Dah panjang aku story. Okay dah sampai klimaks. Beberapa bulan kemudian, aku dapat whatsapp dari dia. Dia hantar kad jemputan kawin.
Masa tu aku terkejut sangat dan sangat-sangat tak sangka. Menangis juga la aku ni. Sambil drive nangis. Solat nangis. Makan je tak nangis. Macam orang putus kasih.
Padahal, bertepuk sebelah tangan je. Tu pun sampai sudah aku deny perasaan tu. Banyak berharap dan tak make any move. Tapi masa dia mula-mula contact, terasa seperi diberi satu harapan la pulak.
Aku pm dia, ucap tahniah. Doakan dia dan perkahwinan dia.
Hari-hari yang berlalu sudah tidak sama. Aku masih teringat-ingat kenangan dulu-dulu zaman belajar. Dia pun masih contact macam biasa walaupun dah kawin. Post gambar isteri. Masak untuk isteri. Keluar jalan dengan isteri.
Dia pun masih reply status-status whatsapp aku. Aku rasa selama ni aku je yang salah faham. Memang orang tu awal-awal contact sebab nak tanya khabar je dari awal.
Lama-lama untuk jaga hati aku, aku delete nombor dia. Dan dah tak kisah dah pasal dia. Dia pun tak ada whatsapp aku dah.
Sekarang dah beberapa tahun dia kawin. Aku doakan dia bahagia bersama isteri. Entah-entah dah ada anak. Huhu.
Aku? Aku masih sendiri. Macam tertutup pintu hati pula nak menerima seseorang. Sebelum ni tak pernah terima, dah kecewa lagilah susah nak terima. Rasanya macam dah move on.
Tapi tu la, kalau ada yang datang pun, tak ada langsung yang berkenan. Doakan aku jumpa jodoh yang terbaik ye.
Itu sahaja perkongsian aku. Terima kasih sudi baca kisah yang tak menarik ini.
P/s :
1- Kalau suka seseorang dan bersedia untuk jadikan suami/isteri , jangan lengah-lengah. Terus tanya dan bagitau.
2- Lelaki atau perempuan, kalau tak suka, jangan bagi harapan. Kesian. Sakit tau dapat harapan palsu.
– L (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit