Salam semua.pertama kali aku berceloteh kat sini… aku student lain bukan uia. dan aku direct terus. .aku ada 7 beradik dan 3 dah kawen duduk berasingan. tujuan aku confess di sini mana la nak tau ada yang boleh bantu aku menghadapi masalah makhluk jin ni. benda ni berlaku hampir 10 tahun yang lalu dimana bermulanya adik aku diganggu apabila aku bawa dia berubat di rawatan islam dan dirukyahkan, sejak itu dia mula memberontak, mengamuk yang memerlukan tenaga lelaki hampir 15 org. apabila keadaan tak dapat dikawal.. kami ikat dia dikatil sementara nk tunggu org ubati dia (kalau tak ikat dia mengamuk lari rumah, dia mampu panjat dinding rumah, dia juga akan hisap darah di ibu jari kaki sapa-sapa, lelaki cuma ada 6 org tak mampu tahan dia dan ada baby di rumah akak baru lepas bersalin agak bahaya) keadaan rumah aku dikelinlingi hutan dan berbukit. takut dia lari dan tak balik dah.
Keadaan ni berulang selang sehari dan kami dah penat berubat di merata-rata walaupun di bulan puasa still jadi. sehingga la satu malam dia nazak macam menunggu ajal . dia tak boleh berjalan, bergerak, makan or minum langsung tak boleh (sebelum ni dah 5 hari dia tak makan dan tak boleh berjalan, nak kencing pun hanya tepuk disitu sahaja, darah haid sentiasa turun). malam ni dah tak boleh bergerak.. dia hanya keluarkan air mata dan mata dia langsung tak tutup, nafas ja turun naik.. hanya mampu baca yasin.. tapi malam tu tiba-tiba ada orang inform ayah yang sorang pakcik ni boleh berubat so malam tu juga pukul 3 pagi kami usung dia.
sampai di rumah pakcik ni, rawatan pun bermula, tiba-tiba adik aku meloncat nak berlawan dan sebiji mcm rimau, merangkak dan bercakap garau tapi pakcik ni sekejap je dpt control keadaan dan adik jatuh semula, (kaki dan tgn dia dikunci guna ilmu pakcik tu hanya suara dia ja maki-maki pakcik tu sambil dia gelak suara dah lain mcm dia xmampu nk terkam dah) bila dah settle berubat dia dah mampu bergerak dan berjalan guna tongkat. selepas hampir sebulan dua dia dah makin sihat, kena rasuk just on off je tak selalu sangat.
adik aku hampir 3 hingga 4 tahun sembuh tapi tak sepenuhnya dan sekrang kena pada yang lain tp keadaan yang berbeza.
1) adik A tido asyik di himpit dan sentiasa rasa ada orang tido dengan dia,
2)adik B asyik nampak bukan bukan (dia dah duduk luar rumah, sentiasa nampak kemana sj dia pegi) ditarik selimut, Menjelma atas loker.
3) kakak yang paling teruk sentiasa di ganggu dirasuk, tak boleh balik kg asyik nak marah mak ayah dan adik-adik je.
4)mak aku pulak sentiasa sakit anggota badan (hari ni kaki, esok tgn pulak tak boleh angkat, lepas tu kaki kiri plak, lepas tu peha dan mcm mcm. badan dia sentiasa ada benda bergerak (ustaz kata jin dalam badan dia dah dirukyah tapi esok masuk balik)
5) aku sendiri baru berubat minggu lepas kerana asyik nak mengamuk jer (alhamdulillah dah ok cuma badan aku sentiasa ada benda bergerak dalam kulit, tangan aku kadang bergerak sendiri, ibu jari kaki bergerak sendiri, tido malam kaki kena tarik)
6) ayah pulak tak lekat rumah (dia rasa kerap nk marah, panas baran bila duk rumah, asyik nak marah adik-adik, marah mak) dia kerap pegi rumah kwn kwn dia yg berdekatan
Manakala keadaan rumah aku ni menakutkan sikit, bila sunyi dengar la orang duk ketip kuku, benda jatuh dari atas bumbung, bunyi yang pelik-pelik, sometime dengar orang duk menyanyi berduet (lagu dulu-dulu tapi sedap, sayup jer, kerap sangat) org kampung kalau bawa moto malam malam jumpa la org tua berjalan la.. jumpa benda menakutkan yang mcm mcm. dan kami ni kerap gaduh jadi cepat panas, tambah tambah adik-adik yang memang stay dirumah kg memang kerap gaduh (dulu tak mcm ni pun).
kami sekeluarga solat, nagji tiap malam sebab mak sendiri ajar adik ngaji. dan mak niaga kecil-kecilan di kampung.. sedih tengok mak niaga.. kadang jumpa ulat sebesar ibu jari kaki warna hitam di sekeliling rumah dan kedai… sembur ubat xhilang tapi bila sembur dengan air kolah masjid yg dah dirukyah terus hilang, masak laksa tengah hari dan dalam 2 jam dah basi, orang tak nampak mak niaga la, mcm-mcm dugaan bila mak niaga..
Betul ni kisah benar keluarga aku.. tujuan aku confess disini pasal dah penat berubat sana dan sini tapi tak tau punca, hubungan kami dalam keluarga pun agak panas sekarang tapi bila duk jauh masing-masing rindu, terlalu sedikit aku luah berbanding keadaan yang sebenar yang makan masa bertahun tahun, duit pun aku agak hampir 20k maybe dah habis berubat tapi still mcm ni.. kalau sesiapa tahu berkaitan rawatan islam inform la.. tapi kalau darul syifa dah berpuluh kali kami pegi.
yang buntu,,,
fiona
– fiona
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit