Assalamualaikum,
Pertama sekali,terima kasih kepada admin kalau dapat siarkan cerita aku ni.
Aku mai,Moga ada yang sudi membaca kot2 korang penah kene macam aku ni.
Seperti hari biasa yang lain,aku kerja dari pagi sampai ke tgh malam.Kerja Aku ni memerlukan fokus dan ketelitian.Kadang sampai tak makan,dan terlepas waktu solat nk bagi siapkan kerja.Suatu malam,aku rasa penat yg lain macam. Aku stop kerja dulu dan berehat.Malam2 rumah aku ni mmg biasa dengar mcm2 bunyi.Maklumlah,rumah apartment.Bunyi heret kerusi la,barang jatuhla,bunyi almari yg dah lama di buka n ditutup.Aku assume orang atas ni mesti ada anak ramai.Kadang buat aku terjerit ‘diamlah!!’ baru bunyi2 tu tak ada.Biasa aku balik mmg takkan mandi terus atau solat.Aku akan main fb,game n belek2 lazada dulu kot berkenan nk beli.Lepas balik dari kerja mmg aku tak mandi dan tak solat isyak lagi aku terus lompat atas tilam empuk aku dgn niat just nak baring2 je.tup-tup aku tertidur.
Kat sinilah bermulanya kisah aku.Yang mengubah aku jadi agak tegas.Aku sedar yang aku tengah bermimpi masa tu.Mimpi tu start dari rumah parents.Anak buah aku,hazwan nk ke sekolah agama berasrama penuh tingkatan 1.Segala persiapan semua da siap.Tinggal nk pi sekolah je.Yang paling gembira aku tengok mak dan ayah aku.Bila tengok wajah diorang yang semakin di mamah usia tu aku sebak sbb belum dapat bg cucu kat diorang lagi dlm masa yg sama aku rasa senang hati bila tengok diorang happy.
Setibanya di sekolah,aku rasa WOW sangat sbb bangunan sekolah yang gah,serba serbi canggih dan mewah tapi aku pelik kenapa di sekolah agama ni tak semua bertudung n ada yang ketat2 bajunya berpakaian seksi.Rasanya da bertampal kt pagar td suruh tutup aurat.Aku ignore jela.buat apa nk kesah.Tujuan aku kt sini nk hantar anak buah aku je.Aku teruskan perjalanan.Rupanya Asrama dia tak tersergam bangunan sekolah,Dahla area lereng bukit.Tangga pun tinggi.Setibanya di kawasan asmara,Mak aku nk ke toilet pulak,”Mai teman mak,mak nk ke toilet”.Aku pun bawakla mak aku ke toilet.Tengah mak aku kt dalam,tiba2 ramai orang serbu masuk bilik air.Semua lelaki. Diorang cakap nk ambil air sembahyang.TAPI baru pukul 11!! Nk sembahyang ape? Sampai mak aku kt dlm tu diorang halau keluar walaupun diorang cakap bahasa asing,aku seolah faham apa yg dikatakan.
Selesailah segala urusan anak buah aku,kami pun nak balik,aku tengok tangga tu tinggi nya nk naik mendaki pulak.ramai pulak tu.Bersesak kami mendaki tangga.Kesian mak aku yg berjubah hitam masa tu.Ayah aku dah jauh kedepan.Tengah2 mendaki tiba2 berlaku letupan dan gegaran.semua menjerit dan bagai nk gila orang berlari kt tangga.Masa tu aku dapat pegang lagi tangan mak aku,”mak pegang kuat tangan mai!” bila ramai yg jatuh,ada yg pegang mak aku untuk berpaut,mak aku pun jatuh.debu asap penuh tak nmpak apa2.Aku da jerit mak! Mak! Mak!Mana mak ni! Air mata dah mengalir laju sbb tak nampak mak aku.Dengan sekuat tenaga yg aku ada,aku berlari naik mendaki tangga ntuk dapatkan ayah aku pulak.
Alhamdulillah,ayah aku selamat.Rupanya letupan tu berlaku kt asrama je.Bertambah pelik bila di kawasan sekolah,macam takda apa yg berlaku,semua nampak biasa dan tenang.Aku nekad nk turun balik cari mak dan hazwan.Masa aku turun tangga,aku da nmpak mayat2 bergelimpangan,Aku da start rasa nervous,bimbang kalau2 mak ngn wan da….arghh think positive.Aku kene jgk cari diorang.
Setiba kt asrama,aku tengok da siap ada lori angkut mayat. Dalam keadaan yg mcm ni tak mungkin aku dapat cari mak ngn wan.Aku nampak ada bnyk tong2 besar semua pakaian. Aku tanya pegawai yg kerja kt situ diorang kata ni semua baju2 mayat yg ada kt sini.Aku bagai nk gila memunggah baju2 tu.
Rupanya mayat semua dibogelkan! Tak kira perempuan atau lelaki.Aku cari gali dan akhirnya mmg pasrah aku jumpa baju jubah hitam mak aku.Aku da kelakuan seperti orang gila masa tu.tak berhenti sebut mak! Mak! Mak! sambil peluk baju tu menggigil tangan.Sampai hati diorang buat mak aku macam ni?Aku Cari2 mayat mak aku pulak dan jumpa mayat mak aku kt lori berlumuran darah n berhimpit ngn mayat yg lain.Dalam masa yg sama aku fikir pasal wan.macam mana nasib wan?Bertambah pedih n pilu hati aku.Tersedu2 aku nangis.Aku nak ambil mak aku tu tarik2 tak lepas sbb berst kene tindih ngn mayat lain.Sampai ada beberapa pegawai halau aku jauh dari mak.Lori tu pun beredar dgn perlahannya dari situ.Dalam keadaan aku yg dah lemah sbb menangis Kesedihan tu aku ikut lori tu dari belakang.
Rupanya mayat2 tadi dibakar dalam satu kawah yang sangat besar dan luas.Terduduk tak bermaya aku melihat mayat mak aku dibakar macam tu.
Disudut yg lain,aku dapat melihat ramai perempuan2 yang seksi tadi ada kat situ siap kanopi berhiasan emas seperti meraikan tragedi yang berlaku tadi.Aku pun tak fikir panjang,mmg angkara diorang la ni,Aku punya geram aku tarik rambut,tampar muka,tumbuk,tendang diorang bagi puas hati aku dan akhirnya aku ditangkap.
Diorang semua menyeru ayat ‘The Only God’ berulang kali n cuba teka? Muncul seorang lelaki yang bertubuh sasa,tinggi dan meggerunkan sambil pegang obor api dan merenung tajam kat aku.Aku da start takut & aku mula menyuruh diri aku sendiri supaya sedar dari tidur.makin dekat lelaki itu kt aku,makin laju mulut aku terkumat kamit baca ayat suci al-quran walau berterabur ayat yg aku baca sbb takut.Aku hanya berani jerit kt lelaki tu ALLAH sahaja tuhan aku.Bukan kau!Jangan kacau aku!Jangan kacau aku! Semua yang ada kt situ gelakkan aku.Mengilai2 ketawa.Aku dah semakin lemah xmampu untuk teruskan semua ni.Masa tu aku ingat Allah je.Rasa nk bertaubat sbb salah2 aku sebelum ni.Aku paksa bangun tapi tak boleh bangun.Sampailah ayah aku pegang lengan aku sambil senyum dan tanya “mai,da sembahyang isyak ke belum?
Aku terus terbangun dari mimpi dalam keadaan aku menangis teresak2 dan tersedu2.Astaghfirullahalazim..Nasib baik aku tersedar dari mimpi.Dalam kepala aku ni mesti gangguan syaitan sbb aku terus lepak kt katil tak mandi & solat dulu.Tengok jam baru pukul 4.30pagi time tu.Dengan angin yg kuat pulak pagi tu nak hujan,Aku tetiba rasa takut dgn suasana rumah aku.Rasa mcm diperhatikan.Aku terus bukak ipad bukak surah yasin kuat2. Bukak semua lampu yang ada. Baru aku solat isyak dan solat taubat.Tak tido aku sampai ke subuh walaupun badan aku ni rasa penat yg amat!.
Sebelum pergi keje,aku call mak dan ayah aku tanya khabar.Aku rasa tenang bila dengar suara diorang.Masa call mak air mata aku still mengalir sbb teringat cara kematian mak aku dalam mimpi tu sangat tragis.Baru tau perasaan orang hilang mak.Macam mana la kalau in real lifekan,contoh kt rohingya,syria,palestin.Diorang kehilangan orang yg tersayang depan mata.Selalu aku remind diri sendiri untuk sentiasa rasa bersyukur lagi2 kalau tengah stress.Sejak dari mimpi tu,mmg beri impact dlm hidup aku.Setiap kali aku dengar,baca dan lihat kisah tragis negara lain,aku mesti sebak dan berair mata dan fikir Selamatkah negara aku?Sebab tak mampu nk menghadapi situasi tragis yang sama dalam mimpi aku.
Sejak dari tu,aku dah tak tinggal solat,sekarang dalam proses mencuba solat di awal waktu pulak.Al-quran pun dah start baca walaupun ada hari aku skip2.Nak banding dulu mmg langsung x bukak al-quran.Balik kerja no.1 skang mesti mandi,solat dan baca doa sebelum tido.Kalau ada adik bradik aku datang waktu malam mesti aku cakap pergi mandi dulu & tanya da solat isyak ke belum?
Kalau belum mmg aku sound.Aku jadi tegas soal tu.
– Mai
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit