Dah Suka, Tapi Tak Suka Pula

Assalamualaikum semua. Nama saya Melati. Saya gadis berusia 28 tahun. Saya nak meluah satu kisah.

Beberapa minggu sebelum ni saya ada kenal dengan seseorang. Secara jujur, dia yang start nak kenal saya. Mulanya saya tak hairan pun, lama2 saya pun setuju nak kenal dia.

Mula2 dia tunjuk interest, dua tiga hari lepas tu dia dah start ignore. Balas lambat, balas sepatah2. Tinggal kan chat saya tergantung tapi last seen bergerak. Sempat buat story tapi chat saya masih tergantung. Hahahahaha.

Saya pernah tanya dia, masih ada rasa nak kenal ke? Tapi dia tak jawab soalan saya tu. Sedih saya. Dia hilang terus dan muncul lagi dengan topik lain.

Start daripada situ, saya anggap itu sebagai jawapan lah yang dia tak berminat dekat saya.

Walaubagaimanapun, hati saya sedikit sebanyak dah terusik dengan kehadiran dia. Bila dia start buat macam ni pada saya, tipu la kan saya tak sedih dan kecewa.

Dia yang start nak kenal saya tapi akhirnya dia sendiri yang putuskan dengan cara yang saya kena faham sendiri.

Kalau saya tak faham, dah nampak macam saya pulak yang terhegeh-hegeh nak kan dia. Tak patut dia buat macam tu.

Last dia ghosting saya kat whatsapp, saya masih lagi tegur dia dekat ig story, saja nak tengok kalau dia masih ada keinginan nak kenal lagi.

Tapi sayang, dia reply dua tiga patah dah terus hilang.

Saya kena ghosting lagi. Kalini double ghosting! Boleh bayang tak malu, geram, sakit hati tu macam mana rasa dia. Hahaha dia betul2 menguji jiwa kewanitaan saya ni.

Tapi sebab saya dah ready yang dia tak berminat, saya ketawa je lah bila tengok dia seen je last chat saya.

Dia ada post gambar, sumpah sakit hati saya nengoknya. Hari ketiga baru saya like. Saja nak tunjuk yang apa dia buat tu tak memberi kesan kat diri saya pun.

Sebenarnya saja nak buat dia rasa bersalah kalau dia sedar la apa yang dia buat kat saya selama ni. Tapi tak harap pun dia cari saya. Lelaki macam tu kan, saya anggap nak test market je la.

Takpe lah, saya doakan dia tak jumpa jodoh dia sampai bila-bila.

Saya dah nekad, tu lah last saya like gambar dia. IG story dengan post dia pun saya dah mute. Saya nak hidup macam saya yang dulu sebelum kenal dia, post story yang enjoy2 je walaupun single.

Saya harap saya sentiasa happy sampai bila-bila. Kalau nak post gambar kat IG pun, nak post gambar saya yang cantik2 dan pergi bercuti je. Biar dia ada rasa menyesal, hehe.

Sekian sahaja luahan saya, thank you semua yang sudi baca :)

– Melati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *