Dah Tahun 2025 Ni, Masih Ada Ke Suami Yang Abaikan Anak Bini?

Assalamualaikum semua. Tak tahu kenapa, tapi kebanyakan orang di sekeliling aku menghadapi masalah yang sama (of course, mereka lebih berusia daripada aku).

Perkahwinan mereka dah lebih 10 tahun, tapi nasib mereka masih sama—ada suami, tapi tak rasa dilindungi, tak diutamakan berbanding orang luar (termasuk keluarga masing-masing). Makan minum pakai cukup-cukup saja.

Bukanlah mereka fakir, ada saja lebihnya, tapi duit lebih tu kebanyakannya digunakan untuk bayar hutang orang, belanja orang…

Langsung tak ada niat nak memewahkan anak isteri.

Aku tertanya-tanya, orang macam ni sebenarnya nak apa? Fame? Good impression dari orang luar? Apa yang mereka dapat lepas tu?

Akhirnya, anak isteri juga yang kena jaga makan minum, pakaian, kesihatan, segalanya.

Kadang-kadang aku tak faham, apa sebenarnya yang mereka cari dalam perkahwinan kalau bukan untuk berkasih sayang dengan keluarga sendiri?

Hal melepak satu hal, hal nak manjakan anak isteri pun satu hal.

Si isteri terkontang-kanting urus anak macam ibu tunggal, kecuali ada suami yang sediakan makan, minum, tempat tinggal… itu pun tak sempurna. Ramai yang terlepas pandang emosi seorang isteri.

Bila isteri mampu buat sesuatu, suami biarkan saja. Lama-kelamaan, isteri jadi terlalu independent dan tawar hati. Tak lagi mengharap apa-apa daripada suami sebab dah terlalu banyak kali kecewa. Bila minta sesuatu, tak pernah dapat.

Kalau suami betul-betul dah tak ada duit sebab habis belanja untuk keluarga, itu lain cerita.

Tapi ada juga kes suami yang ada duit lebih, tapi sibuk bayar hutang orang, bagi pinjam duit, labur dalam benda yang tak berfaedah… macam-macam hal.

Saya doakan mana-mana wanita bujang yang baca post ni dikurniakan pasangan yang mengutamakan anak isteri dalam apa jua perkara—baik dari segi wang ringgit mahupun masa.

Ada sesiapa yang pernah alami situasi yang sama?

– Jagung (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Realiti hidup berkhwin.Bini yg terkorban

    Perkahwinan tu tidaklah indah seperti dlm kisah dongeng.

    Semoga awk tabah.Tlg jgn letak cinta kpd suami melebihi Allah dan Nabu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *