Assalammualaikum semua. Terima kasih admin sebab sudi siarkan confession aku. Aku dah tak tahu dah kat mana aku patut mengadu, aku lost. So aku harap sangat admin siarkan confession aku ni. So aku dapatlah pandangan dari readers.
Aku dah 8 tahun mendirikan rumahtangga. 8 tahun tu penuh ujian, dugaan or whatever you called it. Orang kata, itu resam rumahtangga, kalau hati kuat, in shaa Allah, sampai ketua bersama. Tapi tu la, aku dah give up.
Kami tiada anak. Bukan tak nak anak, but then again, it takes two to tango, am I right? Dari mula perkahwinan, memang aku aim untuk cepat-cepat pregnant. Tapi tu la, aku hanya mampu merancang.
Setahun, dua tahun dan seterusnya, masih tiada anak, so aku decided untuk dapatkan bantuan daripada pihak hospital. Aku sorang-sorang ke klinik, cerita masalah aku untuk dapatkan referral letter ke hospital.
Then, bermulalah journey TTC aku. Segala test aku buat termasuklah HSG. Everything came back normal. Dalam erti kata lain, aku tiada masalah untuk pregnant. Jadi doktor kata mungkin sebab berat badan, so aku disarankan untuk kurangkan berat badan. Doktor bagi aku tempoh at least tiga bulan untuk turun berat sekurang-kurangnya 3kg. And aku berjaya.
Tahu berapa aku turun? 10kg! Aku guna method strict diet. Cukup tiga bulan, aku ke hospital, and the doctor were surprised. So, doktor kata now husband pula kena buat test since aku tiada masalah, berat pon dah turun. So we went to the private klinik untuk buat test, a week later we went back to the hospital, and doktor mula explain.
Bayangkan lah, doktor explain dekat aku, bukan suami. Why? Sebab dia refuse nak masuk jumpa doktor, dia prefer duduk kat park and lepak main game sambil hisap rokok. Aku ingat lagi masa aku masuk bilik doktor, riak muka doktor nampak sangat dia pelik. Tapi dia tak tanya apa.
So bila dah sampai rumah, aku tunjuk kertas result dia and explain balik apa yang doktor cakap and vitamin yang dia kena beli. But, he chose to throw a tantrum as if, aku menipu. Aku tahu itu hanya amukan ego dia, dia rasa tercabar. Tapi aku masih sabar.
3 years turned to 6— masih tiada usaha, perubahan. Masa ni aku sorang je ulang alik hospital. Gigih bawa motor tanpa lesen sebab aku masih mahu zuriat. Dia? Masa ni aku dah tak pasti samada our feelings are mutual anymore. Sebab aku tak nampak pon usaha dia untuk kurangkan rokok dan sebagainya. Tapi aku masih mahu terus mencuba.
Dalam tempoh 6 tahun ni, aku perasan, perasaan aku terhadap dia seakan-akan makin berkurang. Dengan dia yang tak berhenti menagih kasih pada wanita lain dan aku diabaikan, aku tak tahu apa yang aku expect daripada dia lagi. Nafkah jangan ditanya, kadang aku perlu rayu untuk beli barang keperluan aku. Dia? Gaji masuk, segala benda serba baru. Rim tayar, vape, kasut.. aku? Pakai je apa yang ada.
Aku sangat redha. Entahlah, mungkin sebab aku tahu gaji dia tak seberapa, tapi kadang-kadang, terdetik juga rasa marah. Dia mampu beli, tukar itu ini, aku? Aku perlu list down kan kenapa aku perlu barang tu. Adilkah?
Masuk tahun ke 7, aku berhenti jumpa doktor. Usaha aku sia-sia. Aku bertepuk sebelah tangan dan aku pula dihukum. Sedih aku hanya tuhan je yang tahu. Pelbagai janji manis ditabur. Tahun ke 8, katanya mahu usaha lagi. Tapi sampai harini, tiada sebarang usaha dipersembahkan.
Iye, aku tidak nafikan yang dia cuba perbaiki kehidupan kami kepada yang lebih baik, tapi.. dia sudah terlambat. Hati aku terlalu tawar. There’s nothing he can do to change how I feel. Sayang tu dah tiada lagi— cinta? Dah lama mati. Dia tahu apa perasaan aku terhadap dia. Aku cakap direct pada dia yang aku sudah tidak sayang and aku mohon dia lepaskan aku. Tapi dia tak mahu.
Aku bukan kejam sangat. Aku bagi dia jalan keluar, maybe he’ll find someone he’s been looking for but that person, definitely not me. Aku tak tahu apa yang dia inginkan dalam hidup. Sebab aku tahu, dia masih tercari-cari. And aku, aku nak bahagia dengan dia and maybe, with our future kids. Tapi selagi dia berperangai macam ni, takan aku nak terus sabar dan bertahan.
Kalau ikutkan, kami dah bersama hampir 12 tahun. 12 tahun tu lah kami kenal hati budi masing-masing, baiki apa yang perlu dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik for each other— sepatutnya, tapi lain pula yang jadi.
Aku bersyukur sangat Allah tetapkan hati aku pada dia, tapi sekarang ni kalau kau tanya aku, aku akan cakap yang dah bersedia untuk mula hidup baru tanpa dia. Dia ada lagi 2 bulan to turn everything around, if not, aku akan angkat kaki. Aku dah penat.
Aku tahu, aku pon banyak silap aku. Tapi sekali sekala, aku juga perlu merasa dihargai. Korang faham tak? Usaha aku pon dia kata tak seberapa. Habis, aku nak kena buat macam mana lagi. Disebabkan perkara macam ni, aku jadi depressi.
Berapa banyak appointment hospital yang aku gagal hadir? Banyak. Sebab? Sebab he never cares. Dia selalu cakap pergi sendiri. Dulu aku ada motor, kira boleh juga aku pergi sendiri, lepas motor aku dia jual, aku nak pergi macam mana? Duit pon aku tak ada. Bila minta, dia marahkan aku. “Duit, duit”..
Aku memang merancang nak filekan Fasakh. Tapi aku nak tahu pendapat kalian dulu. Apa yang aku patut buat sekarang?
– MakJem (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit