Assalamualaikum. Saya perempuan. Berusia 20-an.
Saya banyak membaca cerita disini. Kebanyakkan masalah tinggal dirumah mertua ataupun tinggal dirumah suami (tapi bersama keluarga suami).
Soal rumah tempat tinggal boleh membawa kepada penceraian. Boleh menentukan kebahagiaan seorang isteri setelah berkahwin.
Saya sudah mempunyai calon untuk berkahwin. Keluarga saya ingin dipercepatkan perkahwinan kerana rugi katanya dah jumpa yang elok dan baik, lambat-lambat nanti melepas.
Tapi saya ingin mengambil masa 2 hingga 4 tahun sebelum berkahwin. Kerana saya ingin mempunyai rumah sendiri.
Saya mampu untuk memiliki rumah sendiri tanpa membuat pinjaman. Cuma saya perlukan masa 2 hingga 4 tahun untuk mengumpul duit.
Keluarga saya berkata kahwin sahaja lah dan tinggallah dirumah sewa dulu. Hati saya sangat ingin bersabar sehingga memiliki rumah dahulu.
Apa pendapat Tuan Puan? Patutkah saya berkahwin segera ataupun patutkah saya mencapai cita-cita saya untuk memiliki rumah dahulu?
Setelah berkahwin ada risiko untuk tidak dapat menyimpan sebanyak sekarang kerana membantu suami. Mungkin impian saya untuk memiliki rumah juga akan terjejas.
Jadinya, rumah atau kahwin?
– Lily (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Hi, beli lah rumah dahulu.
kawin kita boleh hold dulu.. sy pun mcm awk jugak..
umur dlm 20an juga.. ada planing nk kawen,
mungkin tahun depan or 2 tahun lagi..
baru2 ni saya berjaya memenangi undian utk sebuah rumah (rumah mampu milik di sebuah negeri A..)
saya pun betul2 rasa yang peluang utk beli rumah tahun ni.. inshaallah dapat dipermudahkan
yang penting niat baik kita sendiri.
kahwin ni saya rasa, mungkin saya hold dulu..
saya pun nak ada asset sendiri.. atas nama saya sendiri..
klau rezeki berkahwin dgn seseorang dan tetiba allah swt uji..dimana jodoh kita x panjang dgn org tersebut.. kita( seorang perempuan) yg sudah ada kenderaan sendiri.. sudah ada rumah iaitu tempat tinggal sndiri… tidak lagi nk myusahkan/ beri kerisauan kpd family kita..
disebabkan saya pun mempunyai background family yng agak ramai( ada beradik saya ada 9 org tau) hehehe.
okay la, bye
semoga awak dapat membuat keputusan dgn tepat..fikir masak masak tauuuu LILY